"Kai sayang! Jom lah turun makan. Lauk semua dah siap ni. Awak tak lapar ke?" jerit Karina dari dapur. Tangannya sibuk menyusun lauk pauk yang sudah siap di masak.
Dari petang tadi, Karina berperang di dapur menyiapkan makan malam untuk dia dan Tengku Kaizer. Lepas saja mengemas segala pakaiannya di bilik wardrobe yang dikongsi bersama Tengku Kaizer, dia terus turun ke dapur.
Dan sudah semestinya dia telah menyusahkan Gary dan Darrell agar membeli segala bahan masakannya untuk malam ini.
Karina menghembus nafas berbaur puas hati. Bibir tersenyum lebar melihat segala lauk pauk yang terhidang di atas meja makan. Semua lauk pauk ini adalah kegemaran Tengku Kaizer terutama sekali Tom Yam putih ala Thai yang telah dipelajarinya dari Tengku Marwa sebentar tadi.
Tak memasal dia telah menyusahkan ibu mertuanya dengan membuat panggilan video sepanjang dia menyiapkan lauk kesukaan Tengku Kaizer itu.
Ah, Karina sanggup lakukan apa saja demi mengambil hati suaminya. Lagipun Tengku Marwa sendiri pun teruja apabila Karina menelefonnya semata-mata mahu bertanyakan resepi lauk tersebut.
Katanya mana lah tahu dengan hanya Tom Yam Putih itu nanti dia dan Tengku Zain akan cepat menimang cucu.
"Kai sayang!" panggil Karina lagi setelah menyedari kelibat Tengku Kaizer belum juga muncul.
"Tak akan dia dah tidur." gumam Karina sendiri apabila Tengku Kaizer langsung tidak menyahut panggilannya.
Dia berniat mahu mendapatkan suaminya di bilik tidur mereka.
"Eh?" Karina automatik tersenyum nipis.
Belum sempat kaki Karina mahu melangkah keluar dari dapur, Tengku Kaizer sudah muncul bersama wajahnya yang dingin.
"Saya baru saja nak panggil awak di atas." sengih Karina.
"Tak perlu lah nak terjerit-jerit macam orang gila. I tak pekak lagi." beritahu Tengku Kaizer.
"Kalau awak tak pekak, jawablah bila saya panggil tadi. Kita pula nak di marahnya." Karina mencebik bibir.
"Ada apa you panggil I?" soal Tengku Kaizer malas. Dia nak rehat pun susah. Sudahlah satu hari penuh ini dia turut bersama Darrell dan Gary mengemas rumah ini.
"Makan. Awak mesti lapar kan satu hari kemas rumah? Lepas makan nanti awak boleh rehat." Karina menepuk kerusi kosong meminta Tengku Kaizer duduk di situ.
Melihat saja hidangan makan malam yang disediakan oleh Karina di atas meja sedikit menyegarkan bola matanya yang terasa mengantuk dari tadi.
Niat mahu tidur awal nampaknya terpaksa dibatalkan. Tiba-tiba perut yang dikira masih kenyang itu minta diisi pula.
"Duduk, Kaizer." arah Karina lagi apabila lelaki itu langsung tidak berganjak.
Perlahan kaki Tengku Kaizer berjalan menuju ke arah meja makan dan melabuhkan punggung di atas kerusi.
"You masak banyak-banyak serupa nak buat kenduri ini siapa saja yang akan makan?" soal Tengku Kaizer memerhati setiap lauk yang dihidangkan.
"Kita berdua lah. Siapa lagi?" jawab Karina.
Senyuman Karina lebar. Bangga dengan usaha sendiri malam ini.
Tengku Kaizer menggeleng kepala.
Membazir saja.
Baru saja tangan Karina mahu menyendokkan nasi di atas pinggan Tengku Kaizer, lelaki itu pantas merampas bekas nasi dari tangan Karina.
Gadis itu terkedu seketika.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...