19 - KARINA

13.9K 730 70
                                    

Sayang, petang ni saya minta izin balik lambat sikit ya?

Mummy dengan Selena ajak saya teman diaorang pergi spa lepastu kitaorang nak shopping sikit. Hehehe.

Malam ni saya tak masak kut. Saya bungkus makanan dari luar je untuk dinner kita malam ni. Okay?

I love you.

Pesanan ringkas beberapa jam yang lepas daripada Karina itu Tengku Kaizer baca tanpa dibalas. Iphone dimasukkan semula ke dalam poket seluar slack hitamnya lalu membuka pintu kereta.

Jam tangan jenama Franck Muller ditilik seketika sebelum melangkah masuk ke dalam perut lif.

Hari ini, shopping mall yang dijejaki kelihatan sedikit lengang dengan pengunjung. Mungkin kerana hari ini adalah hari bekerja jadi suasana di sini menjadi sunyi.

Tengku Kaizer tiba di sebuah cafe seperti yang dijanjikan bersama Rachel pagi tadi. Namun, baru saja kakinya mahu melangkah masuk, niat Tengku Kaizer itu terus mati apabila terlihat Rachel sedang berdiri di sebalik tiang putih tidak jauh dari cafe tersebut.

Bibirnya mengherot senyuman kecil dan berniat mahu menghampiri gadis itu. Mungkin Rachel sedang menunggunya di situ untuk bersama-sama masuk ke dalam cafe.

"Hey Rachel-"

"You tak boleh buat I macam ni, Sam. Tak akan you nak biar I sorang saja yang tanggung semua ni?"

Sekali lagi langkah Tengku Kaizer terhenti setelah terdengar suara Rachel. Matanya dapat menangkap seorang lelaki bersama Rachel ketika itu. Dan dengan pantas dia bersembunyi di sebalik tiang yang berhampiran.

"Please Sam, you sendiri tahu apa yang kita dah buat-"

"Stop it, Rachel." potong Sam.

"You jangan sesukahati nak tuduh I. Kita? Please. I kenal you, Rachel. I'm not the only one, right? I tahu you pernah tidur dengan lelaki lain selain I lepastu nak minta I pula yang bertanggungjawab."

PAP!

Tangan Rachel hinggap di pipi Sam.

Tengku Kaizer turut tergamam di sebalik tiang besar itu. Perbualan mereka sangat jelas di telinganya.

Tidur dengan lelaki lain?

Bertanggungjawab?

Apa dia salah dengar?

Namun, akal fikiran Tengku Kaizer masih berfungsi dengan baik untuk memproses setiap patah perbualan Rachel bersama lelaki itu.

Jadi, itu bermaksud Rachel mengandung?

Mungkin kerana itu kenapa sejak akhir-akhir ini gadis itu sering mengadu jatuh sakit.

Rachel, berapa kali lagi you harus lukakan hati I?

"Jaga sikit mulut you, Sam." mata Rachel merah menahan air mata dan marah.

"Dalam perut I ni anak you. I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain you. Malam tu you yang-"

"Diam, Rachel!"

Tangan Sam kuat mencengkam dagu Rachel.

"Hey!"

"That's not the way you treat woman, man. Let her go." pantas tangan Tengku Kaizer menolak bahu Sam sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Lengan Rachel ditarik agar gadis itu merapatinya.

Sam hanya membalas tolakan Tengku Kaizer tadi dengan senyuman sinis. Bahu yang ditolak Tengku Kaizer dibersih kasar sebelum melangkah pergi dari situ.

KARINA Where stories live. Discover now