31 - KARINA

17.5K 916 125
                                    

Majlis makan malam pada malam itu berjalan dengan lancar. Sedikit demi sedikit Karina mula selesa dan dapat menyesuaikan dengan ahli keluarga Kaizer walaupun pada ketika ini pipi dan bibirnya rasa ingin tercabut kerana terpaksa senyum sejak dia melangkah masuk ke dalam istana.

Kakinya juga hampir kebas kerana berdiri terlalu lama, diheret Tengku Kaizer ke sana ke mari kerana semua ahli keluarga Kaizer yang hadir pada malam itu mahu mengenali Karina dengan lebih dekat.

Karina sedaya upaya mengawal riak muka supaya tidak nampak terlalu bosan dan penat. Tengku Kaizer disebelah sempat di jeling geram kerana lelaki itu terlalu asyik berbual topik bisnes yang maha bosan.

Bila entah nak balik.

Penat. Mengantuk.

Karina menundukkan sedikit kepala mahu mengumpul kekuatan. Tenaganya hampir berkurangan.

Tak boleh ke kalau nak berbual-bual tu duduk atas kerusi sambil minum wine? Memang nak kena berdiri lama-lama macam ini ke?

Inilah sebabnya kenapa Karina tidak gemar menemani Dato' Andika menghadiri majlis-majlis seperti ini.

Bosan dan memenatkan.

Karina mengeluh perlahan sebelum kepala diangkat semula.

Tengku Kaizer disebelah memandang ke arah Karina dengan reaksi seakan bertanya 'kenapa'?

Karina cuma menggeleng kepala dan mengukir senyuman manis. Lengan Tengku Kaizer semakin dipaut erat.

Haih, nasib baik suami kacak. Hilang terus penat tadi.

"Congrats for your new resort, Az. Aku dengar disebabkan resort baru kau, tourists makin banyak datang ke sini. And you know my dad tak berhenti puji kau. That makes me wanna work harder to beat you." sempat Tengku Kaizer mengusik sahabat lama merangkap teman rapat keluarga Emmerson.

"Itu bukan usaha aku sorang, Kai. Kau sepatutnya ucap tahniah juga dekat anak saudara kesayangan kau ni. Dia tulang belakang projek resort aku. Aku rasa Harlem ni ada otak emas. He never disappointed me with his briliant idea. Kau bagi makan apa anak saudara kau ni, Kai?" Azrael peluk bahu Tengku Harlem.

Reaksi lelaki kacak itu hanya kosong. Mata sempat menjeling ke arah Azrael sebelum anak mata Tengku Harlem bertembung dengan seorang gadis disebelah Azrael.

Reaksi gadis itu melihatnya seakan sarat dengan amarah dan kebencian.

Dan Tengku Harlem tahu kebencian itu disebabkan apa.

Benci kerana telah melukakan hati sahabatnya.

Ah, apa yang telah berlaku bukan berpunca dari kesilapannya. Nadine yang mengkhianati persahabatan mereka. Mengapa harus dia yang dipersalahkan?

"Oh ya, Kebetulan kau dah datang ke sini, bawa lah wife kau pergi sana. Nanti aku uruskan semuanya. Kiranya macam ini hadiah dari aku untuk wedding kau." beritahu Azrael ikhlas.

"Thanks, Az. Tengok lah. Kalau aku ada masa nanti, aku bagitahu kau. Lagipun aku datang sini sebenarnya sebab nak tolong Harlem ni handle syarikat di sini sementara Eddie pergi Australia sekejap."

Karina di sebelah memutarkan bola mata ke atas.

Yalah, Kaizer. Bawalah kerja awak tu sampai mati. Orang dah bagi offer pergi bercuti free dekat resort pun awak tak nak. Sakit hati!

"By the way, Karina. This is Azrael. Family Az dengan family I, we had been known each other for a very long time ago. And ini pula isteri dia." Karina terpaksa senyum lagi dan mengangguk sedikit kepala sebagai tanda sapaan kepada pasangan suami isteri di hadapannya.

KARINA Where stories live. Discover now