Gemaan bunyi loceng rumah serentak membuatkan tubuh pasangan suami isteri yang masih enak diulit mimpi itu menghasilkan sedikit gerakan kecil.
Karina cuba tidak mengendahkan bunyi itu namun kedengarannya semakin dibiarkan malah loceng di luar rumah mereka semakin galak dibunyikan.
Mata dibuka sedikit dan wajah kerutan Tengku Kaizer di sebelah jelas kelihatan walaupun kelopak mata masih terpejam rapat tanda suaminya juga turut rasa terganggu.
Dalam kantuknya, Karina masih sempat senyum kecil apabila menyedari Tengku Kaizer memeluk pinggangnya dengan selesa serta wajah lelaki itu terlentok elok di bahu dia.
Comel.
"Kai?" lengan Tengku Kaizer yang memeluknya ditepuk lembut.
"Pergilah bawah kejap. Tengok siapa yang datang." beritahu Karina perlahan.
Tubuh yang masih terasa lemah membuatkan Karina tidak terdaya mahu menuruni anak tangga. Salah Kaizer lah ada rumah besar padang golf ini.
"Kai?"
"Hmm..."
Tengku Kaizer bergerak sedikit. Wajah digesel di bahu Karina dengan mata masih terpejam rapat. Terasa lengan Tengku Kaizer semakin erat merangkulnya.
Kalau Tengku Kaizer sedar ni, tak mungkin lelaki itu mahu memperlakukannya seperti sekarang.
"Kaizer?"
Panggilan Karina kali ini memaksa Tengku Kaizer membuka mata walau terasa payah. Dengan wajah mamai, tubuh sasanya bingkas duduk sambil mulut menggumam tidak jelas.
Rambut kusut disisirkan ke belakang sebelum iphone di atas meja di ambil mahu menilik jam.
10:00 AM.
Dia terlajak tidur pagi ini.
Loceng di luar rumah mula bergema sekali lagi. Bibir mendengus perlahan.
Siapalah manusia yang tak faham bahasa ni? Kalau orang dah tak buka pintu tu balik saja lah.
Pantas Tengku Kaizer menuruni katil dan berjalan keluar dari bilik tidur. Kakinya cepat menuju ke tingkat bawah untuk membuka pintu.
Ini mesti si biskut Gery tu.
Siaplah dia nanti!
Pintu ditarik dan kening terangkat tinggi sebaik saja melihat dua kelibat manusia yang berdiri di hadapan rumah.
"Good morning, abang saya yang paling handsome!" sapa Tengku Selena ceria.
"Selena? Mummy?"
* * * * *
"Maaf Karina. Mummy dah ganggu Karina pula pagi-pagi ini. Mummy ingat Karina dah bangun tadi." beritahu Tengku Marwa tertawa halus. Tangan menantunya disentuh.
Karina menayang senyuman nipis sambil menggeleng kepala.
"Tak apa, mummy. Tak ganggu pun."
Ibu mertuanya ini tengah sindir dia ke apa sebab baru bangun jam-jam begini? Tapi bukan dia saja-saja pun nak bangun lambat. Dia kan demam sekarang?
"Abang dengan Kakak buat apa malam tadi sampai jam macam ni baru bangun? Cuba cerita sikit. Selena nak dengar." sampuk Tengku Selena tersengih.
Abangnya yang dari tadi mendiamkan diri bersandar di pintu bilik di pandang dengan riak curiga. Bibir menyungging senyuman penuh makna.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...