Adrian Raihan yang baru saja tiba di syarikatnya,disapa mesra dengan pekerja-pekerjanya disana terutamanya pekerja wanita.Nampaknya Adrian Raihan ni sungguh banyak peminat.
Lalu dia terus menuju ke officenya apabila dia melangkah masuk kedalam,kelihatan figura Daniel sudah berada di salah satu sofa yang tersedia dibiliknya.
Adrian Raihan hanya membiarkan Daniel duduk termenung sambil melayan perasaannya yang entah apa yang difikirkan.
"Kau dah kenapa Dani? dah takde kerja ke nak buat? dahlah masuk takde kebenaran" Kata Adrian Raihan apabila dia merasa geram dengan pelakuan Daniel.
"Aku rasa nak kawinlah" Adrian Raihan yang terkejut dengan kata-kata Daniel terus memandangnya tidak percaya
'Aku yang nak kawin pun takde rasa nak kawin biarpun dah ada tunang' monolog Adrian Raihan sendiri.
"Kau? nak kawin? dah ada calon ke? girlfriend pun takde ada hati nak kawin"
"Aku taknak couple,aku nak ikat hubungan kitaorang dengan ikatan sah" kata Daniel.
Adrian Raihan hanya membuat-buat tidak dengar sambil melihat skrin komputernya.
"Rihannah oh wajahmu bak bidadari"tiba-tiba saja Daniel mendeklamasi puisi
"Kau ni boleh tak jangan nak merapuh? gelilah aku dengar" kata Adrian Raihan.
Tiba-tiba saja Daniel berdiri dan menuju kearah Adrian Raihan.Dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Adrian Raihan.
"Kau tahu tak 2 hari lepas aku dengan Khairil lunch kat cafe yang aku selalu pergi tu and then aku jumpa bidadari yang bernama Rihannah kaisarah.Dahlah lawa pergh...kalau boleh hari-hari aku lunch kat sana"
"Bukan ke kau memang tiap-tiap hari lunch kat sana? kenapa baru kau sekarang kah jumpa 'bidadari' kau tu?"
"Maybe dia pekerja baru kut? or aku yang tak perasan yang dia dah lama kat sana"
"Kau nak buat dia bini tapi tak pernah nak kenal.Macam mana kau nak ajak dia kawin kalau tak pernah nak ajak jumpa?" kata Adrian Raihan.
"Ha ahlah...aku lupa pulak pasal tu.Hahahah thanks sebab ingatkan"
Adrian Raihan hanya menggelengkan kepalanya.Dia yang nak kawin tapi orang lain pulak yang beria-ia nak kawin.
"Takpe nanti kalau aku dah nak kawin, aku jadikan kau pengapit aku.Kau nak anak buah apa girl or boy?"
Adrian Raihan tidak percaya yang Daniel akmal itu menayakannya soalan yang tidak di sangka-sangka.
"Aku rasa kau yang akan jadi pengapit dahulu" ujarnya dengan nada pelahan.
"Kau ada idea tak macam mana aku nak berkenalan dengan Rihannah tu?"
"Takde dan aku memang takkan bagi kau sebarang idea pun sebab aku tak nak masuk campur kerja gila kau ni"
Daniel memegang dada kirinya sambil membuat reaksi kononnya dia terasa seperti patah hati dan terkejut.
"Sampai hati kau kata ini kerja gila?ini namanya kerja yang halal tahu tak? sebab aku nak halalkan Rihannah tu untuk aku"
"Macam nilah Encik Daniel akmal,apa kata awak keluar dari office saya dan buat kerja awak kat office awak.Se.ka.rang"arah Adrian Raihan
LaluAdrian Raihan berdiri dari duduknya dan menuju ke pintu officenya lalu membukakan pintu mempersilakan Daniel untuk keluar.
Daniel pun berdiri dari duduknya dan menuju ke arah pintu yang dibuka oleh Adrian Raihan.Sempat juga Daniel berjalan ala-ala putra raja.Adrian Raihan pula menunduk hormat ala-ala pengawal di raja yang menunduk hormat kepada Raja.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...