Bab 13

306 12 2
                                    

Shasha Azira yang menatap cincin kawinnya itu terus saja teringat akan Adrian Raihan.Sudah lima hari dia terkurung di tempat itu.Namun dia masih lagi melindungi kehormatannya biarpun banyak orang-orang Phat mencuba mengganggunya,Kayla sentiasa ada untuk melindungi Shasha Azira.

Setiap Malam dia akan merasa risau kerana orang-orang Phat akan mencuba mengganggunya dengan mengetuk-ngetuk pintu biliknya.Dia juga akan kedengaran suara-suara lelaki itu memanggil-manggilnya.

Pernah sekali dia hampir saja dirogol apabila salah seorang orang Phat yang mabuk memecah masuk kedalam ketika dia tidur.Mujur saja Kayla muncul tepat pada masanya.

Sejak hari itu,Kayla dan dia tidur di bilik Kayla yang agak jauh dari orang-orang Phat bertugas.Orang-orang Phat tidak berani menggangu Kayla kerana Kayla milik boss mereka Phat.

"Wow! cantiknya cincin kawin awak" puji Kayla.Shasha Azira sekadar tersenyum.

"Suami saya yang pilihkan untuk saya"kata Shasha Azira apabila teringat yang Adrian Raihan dan dia saling mencarikan cincin sesama-sendiri.

"Shasha,esok kita dah boleh mula rancangan kita.Awak dah ready?" kata Kayla.

"Kalau awak dan yang lain dah ready,begitu juga dengan saya" kata Shasha Azira.Mereka berharap agar rancangan yang diubah oleh Shasha Azira ini berjaya.Mereka tidak akan menggunakan rancangan Kayla.

"Tak sabar rasanya keluar dari sini.Dah 2 tahun saya terkurung di sini" kata Kayla.Shasha Azira memegang tangan Kayla.

"Saya pasti yang rancangan ni akan berjaya.Percayalah" ujar Shasha Azira.Kayla mengganguk.

~♡~

Adrian Raihan yang sudah tidak terurus itu hanya menatap gambar kawinnya dan Shasha Azira.Sudah lima hari Shasha Azira hilang.

Datin Humairah menyuruhnya untuk tinggal dirumah Mommynya itu.Agar makan minum Adrian Raihan terurus.Namun Adrian Raihan langsung tidak menjama makanannya walau pun sikit.Dia hanya berkurung di biliknya sambil menatapi gambar isterinya.

"Adrian? Ad jom turun makan sayang.Ad?" panggil Datin Humairah yang mengajak Adrian Raihan makan.Pintu bilik Adrian Raihan di ketuk banyak kali namun Adrian Raihan tidak menyahut panggilan Datin Humairah.

Tombol pintu Adrian Raihan juga di pusingkan namun tidak dapat kerana Adrian Raihan mengunci dari dalam.
Dato Hisyam yang baru tiba terus menyoal isterinya.

"Adrian kunci dari dalam.Saya risaulah dia buat something yang bukan-bukan"ujar Datin Humairah.

"Awak pergi ambil kunci pendua bilik Adrian" arah Dato Hisyam.Lalu Datin Humairah mengambil kunci pendua bilik Adrian Raihan.

"Ad? Ad buka pintu ni Ad.Papa nak cakap sikit.Ad?" panggil Dato Hisyam.Lalu Datin Humairah tiba dengan kunci pendua bilik Adrian Raihan.Dato Hisyam memasukkan kunci tersebut ke lubang dan kunci pintu Adrian Raihan terbuka.

Lantas saja Dato Hisyam masuk ke dalam bilik Anaknya itu.Alangkah terkejutnya dia apabila bilik Adrian Raihan seperti kapal pecah dengan kaca yang bertaburan,katil yang sudah tidak terurus,semua barang-barang bertempiaran di lantai.

"Ad,kenapa Ad macam ni? Ad tak kesian ke dengan Mommy yang tiap-tiap hari hantar makanan kat depan pintu tapi Ad langsung tak makan.Kalau Ad sakit macam mana?" kata Dato Hisyam.

Adrian Raihan yang duduk di sudut biliknya hanya diam dan memandang kearah gambar Shasha Azira yang memakai baju pengantin.Dato Hisyam menghampiri anaknya itu.

"Ad? jom turun makan.Mommy ada masakkan makanan kesukaan Ad"ajak Dato Hisyam.

"Favorite food? favorite food Ad masakan isteri Ad.Shasha Azira" katanya tanpa secalit nada.Dato Hisyam sudah tersenyum.

"Ad dah mulai cintakan Shasha ke? or Ad just rindukan dia? takpun risau?" ujar Dato Hisyam.

"Tipulah kalau Ad tak cintakan Shasha.She is my wife"ujar Adrian Raihan.Dato Hisyam hanya tersenyum.Akhirnya Adrian Raihan mengatakan bahawa dia mencintai isterinya itu.

"Cuba Ad fikir,apa perasaan Shasha kalau dia dapat tahu yang Ad dah lima hari tak makan? mesti dia marah sebab husband dia tak makan"kata Dato Hisyam.

Adrian Raihan diam.Lalu Dato Hisyam berdiri dan menarik gambar yang berada di tangan Adrian Raihan.

"Daddy?!" jerkah Adrian Raihan dan terus berdiri.Tiba-tiba dadanya sakit.Dia memegang dadanya.Dato Hisyam yang sudah risau melihat keadaan Adrian Raihan lantas memanggil isterinya.

"Macam keadaan Adrian? dia okay?" soal Datin Humairah kepada Doktor Kamarul iaitu doktor pribadi keluarga mereka.

"Adrian kekurangan banyak tenaga dan tahap tekanan darahnya menaik.Saya sarankan buat masa sekarang biarlah Adrian rehat dan kurangkan beri tekanan pada dia.Saya takut Adrian akan mendapat kemurungan jikalau dia terus tertekan dengan masalah yang dialaminya" nasihat Doktor kamal agar Adrian Raihan diberikan rehat yang cukup.

"Baiklah,terima kasih kamal" ujar Dato Hisyam lalu mengiringi Doktor kamal sampai ke pintu bilik.

Datin Humairah yang duduk dibirai katil mengusap pipi Adrian Raihan yang tidur di katil.Adrian Raihan terpaksa si letakkan di bilik tetamu kerana keadaan biliknya yang sangat bersepah.

"Kesian Adrian,risau sangat dengan Shasha sampai lupa diri sendiri.Kalau saya tahu siapa yang culik menantu saya tu,dah lama saya masuk kat dalam lokap" ujar Datin Humairah.

"Bukan ke Adrian cakap dalang semua ni si Clara?" kata Dato Hisyam.

"Entahlah bang, saya pun taktahu betul ke tidak budak Clara tu yang rancang semua ni"

"Dahlah,jom keluar.Nanti Adrian terbangun pulak.Awak dengarkan apa Doktor Kamal kata? biarkan Adrian rehat dulu" ujar Dato Hisyam.Datin Humairah hanya akur dengan kata-kata suaminya itu.

Lalu mereka meninggalkan Adrian Raihan seorang diri disana.

~♡~

Shasha Azira yang hanya duduk sambil memegang cincin kawinnya tidak dapat melelapkan matanya kerana dia merasa tidak sedap hati.

"Sha? asal tak tidur lagi? kan esok kita dah nak mula rancangan kita tu?" kata Kayla yang tiba-tiba saja terbangun dari lenanya.

"Entahlah,saya rasa tak sedap hatilah.Macam ada sesuatu yang menimpa suami saya.Saya risau kalau-kalau....."ayatnya tergantung lalu dia mengeluh.Kayla bangun dari pembaringannya.

"Shasha,tak baik fikir macam tu.Apa kata awak berdoa kat tuhan,supaya suami awak dalam keadaan yang selamat"ujar Kayla.

"Saya cuba tepis semua tu,tapi hati saya kuat mengatakan suami saya dalam keadaan yang tak baik.Saya takutlah kalau dia sakit sebab fikirkan saya.Saya taknak dia jatuh sakit hanya kerana saya" kata Shasha Azira.Kayla memeluk bahu Shasha Azira cuba menenagkan hati Shasha Azira yang dilanda rasa risau.

"Dahlah,baik awak tidur.Dah malam ni.Nanti kita lambat pula nak buat rancangan kita pagi nanti" ujar Kayla.Shasha Azira hanya mengganguk.

~♡~

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now