Shasha Azira yang merasakan seperti tubuhnya di lilit sesuatu,Alangkah terkejutnya dia apabila Adrian Raihan memeluk tubuhnya itu kedakapannya.Muka Shasha Azira betul-betul berada di bidang dada Suaminya.
'D....ia peluk aku? and aku tak sedar yang dia peluk aku masa tidur? Mama! Adrian peluk Shasha!!!'Monolognya seorang diri.
Shasha Azira yang mencuba melepaskan diri dari suaminya itu agak sukar kerana Adrian Raihan memeluknya seperti Teddy bear.
"Kau nak pergi mana? boleh tak jangan banyak gerak?"ujar suaminya dengan suara yang serak-serak basah
Lantas mata Shasha Azira membutang.Dia melihat kearah Adrian Raihan namun suaminya itu masih tidur.
'Mamat ni bercakap ke tadi?' monolognya.
"Awak...saya nak solat ni? boleh awak lepaskan saya?" ujar Shasha Azira yang meminta izin suaminya.
Perlahan-lahan tangan Adrian Raihan yang memeluk tubuh isterinya di lepaskan.Shasha Azira lantas bangun dan menuju ke tandas.
~♡~
Pagi di perth tersangatlah nyaman.Hari itu,Shasha Azira dan Adrian Raihan berjalan-jalan di sekitar taman tema.Shasha Azira yang menikmati pemandangan di situ hanya diperhatikan oleh Adrian Raihan.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Adrian Raihan tersenyum melihat gelagat isterinya yang seperti budak-budak.Lalu dia mengeluarkan telephonenya dan mengambil gambar isterinya secara senyap-senyap.Shasha Azira yang kelihatan seronok itu hanya diperhatikan Adrian Raihan dari belakang.
Kelihatan seorang jejaka sedang memandang kearah Shasha Azira yang leka memakan gula-gula kapasnya dan terdapat Adrian Raihan di belakang Shasha Azira yang bermain telephone.Senyuman sinis terlakar di wajah jejaka tersebut.
"Adrian,saya nak ke tandas boleh tak?"soal Shasha Azira lalu Adrian Raihan hanya mengganguk.
Lalu Shasha Azira menuju ke sebuah tandas awam dan Adrian Raihan duduk di sebuah bangku sambil menunggu isterinya.
Jejaka yang tadinya memerhatikan Shasha Azira kini mengekorinya dari belakang.Adrian Raihan yang tidak sedar bahawa isterinya sedang diekori oleh seseorang hanya bermain dengan telephone.
Tiba-tiba saja Adrian Raihan menjadi tidak sedap hati.Dia lantas berdiri dan melihat sekelilingnya.Lalu dia mencari tandas awam yang berdekatan.
Shasha Azira yang baru saja keluar dari tandas tiba-tiba saja di tarik oleh seseorang lalu mulutnya di tutup oleh kain yang mengandungi ubat tidur.Lama-kelamaan dia tertidur didalam dakapan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut lantas membawa Shasha Azira dari sana dan menuju ke sebuah kereta berwarna hitam.
Adrian Raihan yang baru tiba di tandas awam terus memanggil-manggil isterinya itu.Namun tiada siapa-siapa disana mahupun Shasha Azira.Tanpa berfikir panjang dia terus saja masuk ke dalam tandas wanita.Hampa apabila kelibat isterinya itu tiada di sana.Lalu dia keluar semula.
"Kalau nak report mesti tunggu 24 jam dulu.Aish! susahlah macam ni!" lalu Adrian Raihan mula mencari di sekitar tempat itu sambil di temani oleh Lucas.
"Mr. Adrian, I think Mrs. Shasha is not here. Why don't we make a police report?" ujar Lucas.
Adrian Raihan sudah buntu.Mana lagi dia mahu cari isterinya itu? satu kawasan taman tema itu sudah dicarinya.
"We have to wait 24 hours before making a police report. I do not want to wait that long. My wife is in danger" kata Adrian Raihan.Lalu dia mengeluarkan telephonenya.Nombor telephone milik Shasha Azira di cari.Namun telephone bimbit Shasha Azira telah dimatikan apabila dia mendail nombor telephone isterinya itu.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Historia CortaAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...