Bab 22

205 8 0
                                    

Adrian Raihan hanya diam sambil mendengar penyampaian kerja yang dibuat oleh pekerjanya.Sekarang ini dia sangat tertekan akibat satu message yang di terimanya dari nombor yang tidak dikenalinya.

Selesai saja mesyuarat,kesemua pekerjanya bersurai termasuk Adrian Raihan.Setibanya Adrian Raihan di Officenya,dia terus melabuhkan punggungnya di kerusinya.

Telephonenya di keluarkan dari poket dan aplikasi whatapps dibuka.

Unknow Number:I can't wait to see your tears.Jangan risau,I ada untuk you.

Adrian:Kau siapa? kenapa tiba-tiba hantar text macam ni?

Namun messagenya tidak di balas.Adrian Raihan sudah risau sekiranya ada sesuatu yang terjadi pada isterinya dan anaknya.Tanpa berfikir panjang Adrian Raihan mendail nombor isterinya.

Shasha Azira baru yang saja selesai menghantar pesanan pelanggan dan menuju kearah dapur terhenti apabila telephonenya berdering.Dia mengeluarkan Telephonenya dari poket seluarnya dan tertera nama Hubby di skrin pemanggil.

"Assalammualaikum Hubby"kata Shasha Azira yang memberi salam seraya senyuman.

"Waalaikumsalam,Sayang masih kat cafe ke?"Tanya Adrian Raihan yang di hujung talian.

"Ya,kenapa Hubby?"Kata Shasha Azira lalu berlalu ke dapur.Kelihatan Safiya sedang bermain dengan Kak Emmy yang duduk di kerusi.

"Hubby rindu~"Kata Adrian Raihan dengan suara yang meleret.

"I miss you too"Kata Shasha Azira yang dengan senyuman.

"Sayang,nanti Hubby ambil lambat sikit tau.Sebab Hubby nak siapkan kerja kat office lagi"Kata Adrian Raihan.Pagi tadi dia yang menghantar isterinya dan anaknya ke cafe kerana kereta Shasha Azira tiba-tiba saja tidak dapat hidup.

"Its okay,Sayang okay je.Lagipun Hubby busykan? takpelah"kata Shasha Azira

"Okaylah Sayang,Hubby nak sambung buat kerja.Assalammualikum"

"Waalaikumsalam.Buat kerja jangan stress-stress tau?"

"Okay Sayang"Lalu talian di tamatkan.Shasha Azira tersenyum dengan telatah Suaminya itu.

Adrian Raihan tersenyum nipis.Mahu saja dia katakan yang dia risau akan keselamatan isterinya dan anaknya.Namun dia gembira kerana isterinya dan anaknya dalam keadaan yang selamat.

"Ya Allah kau lindungilah isteri dan anakku"Lalu Adrian Raihan memicit dahinya yang terasa sakit.

~♡~

"Apa masalah orang tua ni? balik-balik call"Lalu Clara menekan butang decline.

"Aku rasa bapak kau tu dah tahu pasal kerja yang kau buat belakang dia"Ujar Vince.

"Biarlah,ada aku kisah? lagipun dia bukan bapa kandung aku pun"Ujar Clara dengan nada yang tidak sopan.Ya Dato jeffry bukan ayah kandungnya kerana Ayah kandungnya sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung.Jadi Ibunya berkawin dengan Dato Jeffry.

"Clara,aku laparlah.Kau suruhlah orang kau pergi beli makanan"Ujar Vince.

Clara hanya menjelingkan matanya.Makan saja kerja Vince.

~♡~

"Siapa yang call tadi? husband Shasha ek?"Kata Kak Emmy dengan nada mengusik.

"Ha ah.Katanya dia ambil lambat sikit hari ni"Lalu Shasha Azira mengusap rambut anaknya.

"Mama,Safiya haus"Ujar Safiya sambil memandang kearah Shasha Azira.

"Haus? okay jap Mama ambil kan air"Lalu Shasha Azira mengambil botol air Safiya dan memberikan kepada Safiya.

"Eeeee geram betul akak tengok anak kamu ni.Comel sangat"Lalu Kak Emmy mencubit pipi Safiya lembut.

Shasha Azira tersenyum.Sungguh dia bertuah kerana memiliki Safiya sebagai anaknya.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now