Bab 6

352 21 0
                                    

Pagi itu Shasha Azira menuju ke cafe iaitu tempat kerjanya dengan senyuman yang sungguh manis.

"Good morning lofi worker!" sapa Shasha Azira dengan bersemangat.

Rihannah,Farah,Erina dan Jimmy memandang kearah Shasha Azira yang sangat gembira di hari khamis itu.

"Wow! happy semacam je aku tengok? kau ni mesti ada something ni kaaaan?....cepat cerita kat kitaorang" arah Hannah.Lalu Shasha Azira menyuruh mereka untuk berkumpul di satu meja.

Selesai saja Shasha Azira menceritakan kepada kawan-kawannya,dia terus menutup telinganya yang hampir tercabut kerana suara mereka yang kuat itu.

"What?!" serentak mereka berkata.Boleh berdarah telinga Shasha Azira mendengar jeritan kawan-kawannya itu.

"Seriuslah?!" ujar Erina.

"Asal kau tak bagitahu kitaorang yang kau dah tunang?!" kata Farah.

"Congrtas babe! aku doakan supaya kau hidup bahagia dengan bakal husband kau tu.Aminn'' kata Hannah

"Tak sangka kawan aku yang pemalu nak mampus ni dah nak kawin.Apa-apapun tahniah!"ucap Jimmy.

"Thank you korang! tapi...tulah ada problem sikit kalau bab bahagia tu..."ujar Shasha Azira.

"Alaa...cinta ke tak cinta ke itu belakang kira.Yang pentingnya korang saling percaya satu sama lain.Itu yang penting" ujar Erina.

"Aku taklah pandai sangat nak bagi nasihat.Tapi...Aku boleh lah bagi sikit.Kalau korang ada problem,settlekan dengan cara yang baik.Jangan nak ikut emosi sangat.Kau tu dahlah kuat emosi so aku harap kau boleh ingat apa yang aku cakap ni.Faham?" kata Farah yang tiba-tiba saja menjadi gadis normal.

Selama ni dia mana nak serius.Main je kerja.Nasib baiklah makanan yang dia buat tu masih selamat untuk di makan.

"So aku sebagai lelaki nak kongsikan tips macam mana nak 'berurusan dengan kaum lelaki ni' number one,please jangan ingat dia ada perempuan lain kalau dia out dengan mana-mana perempuan yang kau tak kenal.Sebab itu mungkin boleh jadi kawan dia yang dah berpunya or itu adalah perempuan yang cuba-cuba goda dia dan dia cuba elakkan daripada perempuan tu.Number two,jangan nak suka-suka control laki kau sebab kaum kitaorang tak suka.Number three,cuba belajar untuk percaya apa yang laki kau cakap.Mungkin benda yang dia cakap tu ada betulnya tapi kalau kau rasa curiga kau boleh lah pasang spy kat dia.Number four........kau fikirlah sendiri" kata Jimmy.Shasha Azira yang tekun mendengar terus hilang selera mahu mendengar lagi.

"So nampaknya tinggal aku lagi? hmm.....aku pun bukannya pandai sangat nak bagi nasihat.Tapi aku cuba ek?.. ehem! ehem! test-test one two three okay!.So kau kan bakal jadi bini dia? so aku nak kau cuba tunjukkan kat dia yang kau percaya kat dia,sayang dia,terima dia seadanya and....tunjukkan kat dia yang kau betul-betul nak sangat hidup susah mahupun senang dengan dia.Ha itu jelah" terang Hannah

"Korang tahu tak? aku happy sangat sebab dapat kawan macam korang ni.Thanks sebab dah jadi kawan aku,kongsi masalah sama-sama,terima semua kekurangan dan kelebihan yang kita ada,faham satu sama lain,saling maafkan sesama sendiri.Thanks sebab dah setia dengan aku.I love you guys so much" kata Shasha Azira.

Hannah,Farah dan Erina memeluk Shasha Azira.Jimmy hanya tersenyum melihat kawan-kawan perempuannya.Dia tidak boleh memeluk gadis kerana dia tahu dia berlawanan jantina.Sungguh dia terharu kerana dia mempunyai kawan perempuan yang sanggup menerimanya.

Dahulu dia sering dibuli kerana suka berkawan dengan perempuan.Namun dia sudah tidak kisah dengan semua itu.Dia berhak berkawan dengan siapa pun dia mahu.Dia bukan lembut mahupun seperti perempuan,dia suka berkawan dengan gadis kerana dia mahu melindungi gadis yang dia sayang yang bernama 'kawan'

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now