Bab 44

222 8 0
                                    

Lelaki yang memakai pelitup seluruh muka itu di tolak dan terduduk di kerusi.Kelihatan Daniel dan Khairil memandang kearah lelaki itu.Daniel membuka penutup muka lelaki itu.

"Bagi tahu aku siapa yang hantar kau untuk bunuh Shasha?!"Jerkah Daniel.

Pagi tadi semasa Shasha Azira ingin membawa Adrian Raihan membuat temu janji dengan doktor yang merawat Adrian Raihan,Entah dari mana lelaki yang duduk di kerusi itu tiba-tiba saja ingin menekup mulut Shasha Azira namun Shasha Azira lebih pantas dari lelaki itu dan bertindak menendang lelaki tersebut hingga terjatuh.

Orang-orang yang di hantar oleh Daniel turut melihat kejadian tersebut dan menuju kearah Shasha Azira dan Adrian Raihan.Nasib saja mereka berdua tidak di apa-apakan.

"Siapa bos kau?! kenapa dia arahkan kau untuk bunuh Shasha?!"Jerkah Daniel lagi.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku bukan datang nak bunuh Shasha."Kata lelaki itu.Khairil menaikkan sebelah keningnya."Habis tu kenapa kau spy Shasha?"Soal Khairil.

Lelaki itu tertawa sinis.

"Bos aku nak aku culik Shasha dan...bunuh Adrian."Daniel yang marah dengan kata-kata lelaki itu melayangkan penumbuk di muka lelaki itu.

Lelaki itu terpaling ke kiri.Kolar bajunya di tarik kasar oleh Daniel.

"Siapa bos kau dan kenapa dia arahkan kau untuk culik Shasha?!"Lelaki itu tersenyum sinis walapun bibirnya sudah pecah.

"Bukan urusan kau"Kata lelaki itu.

Khairil mendekati lelaki itu.

"Dan kenapa dia arahkan kau untuk bunuh Adrian?"Tanya Khairil.Daniel melepaskan kolar baju lelaki itu.

"Sebab dia nak singkirkan Adrian supaya Shasha jadi milik dia."

Daniel sudah menggumpal penumbuk.Khairil menahan Daniel dari menumbuk lelaki itu lalu menggelengkan kepalanya."No."Kata Khairil.Daniel berdengus geram.

"Jadi bos kau lelaki? dia nak Shasha sebab dia suka Shasha? macam tu?"

Lelaki itu sekadar tersenyum sinis.

"Aku rasa kita perlu bawak lelaki ni ke balai polis."Kata Daniel.

"Belum lagi,aku belum puas soal dia."Daniel sekadar mengangguk.

"Kalau kau tak nak muka kau ni hancur teruk...bagitahu siapa bos kau."Kedengaran suara Khairil masih lagi tenang.

"Bagitahu jelah apa susah?!"Jerkah Daniel yang sudah hilang sabar.

"Carilah sendiri."

Daniel baru saja mahu melayangkan penumbuknya namun di tahan oleh Khairil.

Khairil menuju kearah lelaki itu dan mulai menggeledah baju lelaki tersebut.Lelaki itu kelihatan cuak.Khairil tersenyum sinis kearah lelaki itu apabila dia terjumpa telephone lelaki itu.

"Kau kata cari sendirikan?"Sinis sungguh suara Khairil.

Daniel sudah tersenyum sinis melihat wajah cuak lelaki tersebut.

"Password ID?"Lalu Daniel merampas telephone itu dari Khairil dan menghalakan pada muka lelaki tersebut."Nah."Telephone tersebut bertukar tangan.

Khairil mencari kalau-kalau nombor bos lelaki tersebut ada di kenalan telephone lelaki itu.

"Ini mesti bos kau kan?"Khairil menghalakan skrin telephone tersebut kearah lelaki itu.Lelaki itu mengalihkan pandangannya.

"Dia tulis kan sini Tuan Vince.Maybe ni kut bos dia."Bisik Khairil di telinga Daniel.

"Oi! ni bos kau ke?"Tanya Daniel.

"Entah."Jawab lelaki itu tanpa memandang kearah Daniel.Khairil meleretkan skrin telephone tersebut hingga ke bawah.

"Banyak betul nama awek kat phone kau ni? lelaki sikit pulak?"Kata Khairil.

"Muka macam ni pun masih ada yang nak? fuh..."Kata Daniel pula.

Khairil masih lagi memandang kearah nama Tuan Vince itu.Hinggakan dahinya berkerut.

"Ini kut bos dia?"Kata Khairil sendiri.Lalu dia mengeluarkan telephonenya dan mengambil gambar nombor telephone tersebut.

"Bersepah nama awek kat contact kau ni."Kata Khairil.

"Bukan urusan kaulah!"

"Ni mesti playboy nak mampus."Kata Daniel pula.

"Eh kau orang jangan sibuklah!"

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now