Bab 38

182 8 0
                                    

Datin Humairah bergegas mendekati Shasha Azira yang duduk di kerusi pelawat.Shasha Azira yang terlihat kelibat ibu mertuanya itu terus berdiri dan menyalami tangan Datin Humairah.

"Macam mana Adrian boleh pengsan?"Lalu mereka berdua duduk di kerusi."Shasha pun tak tahu.Mommy maafkan Shasha sebab tak jaga Adrian baik-baik"Wajahnya jelas menunjukkan riak sedih dan bersalah.Datin Humairah menggelengkan kepalanya."Shasha tak perlu minta maaf.Mommy sepatutnya berterima kasih kat Shasha sebab sudi jaga Adrian"Kata Datin Humairah.

Namun Shasha Azira masih lagi dengan perasaan bersalahnya.Pintu bilik wad yang menampatkan Adrian Raihan dibuka dari dalam.Shasha Azira dan Datin Humairah lantas berdiri apabila Doktor yang bertugas memantau Adrian Raihan keluar dari bilik tersebut.

"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?"Tanya Datin Humairah.

"Encik Adrian dalam keadaan baik.Tapi buat masa sekarang dia perlukan rehat sebelum dia boleh di bawa balik"Ujar Doktor tersebut.Shasha Azira dan Datin Hunairah mengucap syukur.

"Terima kasih Doktor"Ucap Shasha Azira."Sama-sama.Kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri dulu?"Lalu Shasha Azira mengangguk.Doktor tersebut pun meninggalkan tempat itu.

"Mommy masuklah dalam dulu"Kata Shasha Azira."Shasha tak nak jumpa Adrian ke dulu?"Tanya Datin Humairah."Shasha nak call Mama dulu nak tanya keadaan Safiya"Sebelum Shasha Azira menuju ke sini,dia menghantar Safiya ke rumah ibubapanya terlebih dahulu.Datin Humairah sekadar mengangguk lalu dia masuk ke dalam.

Shasha Azira mengeluarkan telephonenya dan mencari nombor telephone Puan Aliya.Tanpa dia sedar,seseorang sedang memerhatikannya dari jauh yang sedang berbual di telephone.

"Okay Mama,Assalammualaikum"Lalu talian di putuskan.Shasha Azira memasukkan telephonenya ke dalam beg tangannya semula.Belum sempat dia memegang tombol pintu bilik wad tersebut seseorang sudah berada di belakangnya.

"Assalammualaikum Shasha"Shasha Azira yang terkejut dengan suara itu lantas memusingkan badannya.

"Waalaikumsalam.Eh? Daniel? awak buat apa kat sini?"Tanya Shasha Azira.

"Tadi saya nak pergi rumah awak.Nak lawat Adrian.Tapi masa meetting dengan Dato Hisyam dia kata Adrian masuk hospital tu yang saya terus datang sini.Macam mana dengan keadaan Adrian?"Terang Daniel.

"Doktor cakap dia dalam keadaan stabil"Jawab Shasha Azira.
"So apa cite Adrian boleh masuk hospital?"Tanya Daniel lagi."Masa kat rumah tadi Adrian tiba-tiba je pengsan.Masa saya jumpa dia kat luar rumah"Katanya lagi.

"Awak nak masuk tengok Adrian?"Soal Shasha Azira pula."Awak masuklah dulu.Kejap lagi saya masuk"Kata Daniel.Shasha Azira sekadar mengangguk lalu dia masuk ke dalam.

Apabila Shasha Azira sudah masuk ke dalam,Daniel memandang di hujung jalan menuju di mana tempat dia sedang berdiri.

Daniel yang baru saja keluar dari lift mengatur langkahnya menuju bilik wad yang menampatkan Adrian Raihan.Langkahnya terhenti saat terpandang sesusuk tubuh sedang memerhatikan seseorang dari jauh.Daniel mengecilkan matanya.Orang tersebut sedang memerhatikan Shasha Azira yang sedang berbual di telephone.Daniel menyembunyikan dirinya di sebalik dinding sambil memerhatikan Lelaki itu.Lelaki itu ligat memerhatikan Shasha Azira dari jauh.

Apabila lelaki tersebut memusingkan badannya,terdapat sebilah pisau bersaiz kecil berada di tangan kanan lelaki tersebut.Daniel terkejut saat melihat kejadiaan itu.Lalu lelaki itu beredar dari sana dan Daniel keluar dari tempat persembunyiannya.

"Siapa lelaki tu tadi? and kenapa dia perhatikan Shasha?"Daniel masih lagi tertanya-tanya dengan kejadian tadi.Lelaki itu berpakaian serba hitam dan di tangannya terdapat sebilah pisau bersaiz kecil.

Vince melemparkan gelas kaca di tangannya dan pecah berderai di lantai.Anak-anak buahnya sudah kecut perut melihat Vince yang sedang marah.

"Aku dah bagi kau kerja paling mudah,Mudah!"Tengkingnya pada salah seorang pengikutnya."Tapi satu pun kau tak boleh nak buat!"Jerkahnya.

"Maaf Boss,masa saya nak masuk dalam bilik tu dah ada orang kat luar"Kata lelaki itu.Vince menguak rambutnya ke belakang.Lelaki itu menundukkan wajahnya ke bawah

"Ini bukan kali pertama kau gagal kau tahu tak?"Kata Vince.Lelaki itu hanya berdiam diri sambil memandang ke bawah."Kau nak aku bunuh keluarga?"Kata Vince.

Lelaki itu memandang kearah Vince."Boss.Saya janji lepas ni perkara ni takkan berulang lagi.Tolong bagi saya peluang"Kata lelaki itu dengan nada merayu.

"Dah banyak kali aku bagi kau peluang.Tapi...."Lalu sepucuk pistol dihalakan di kepala lelaki itu.Lelaki itu sudah cuak."Kau buat apa?"

"Boss saya janji lepas ni sa-"

BANG!

Lelaki itu sudah terbaring kaku dengan kesan tembakkan di dahinya.

"Aku paling pantang kalau kerja yang aku suruh tak jadi macam yang aku nak"Tubuh kaku itu di pandang kosong.

"Urus mayat ni"Arah Vince.Lalu dua pengikut lelaki membawa mayat itu keluar dari bilik tersebut.Pistol di tangannya di letakkan di atas meja.

"Kau tunggu nasib kau Adrian''Kata Vince.

Khairil memandang pelik kearah Daniel yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Woi!"Daniel yang terkejut dengan sergahan tiba-tiba Khairil itu lantas memandang kearah Khairil."Kau ni ajak aku lepak ke ajak aku tengok kau termenung?''Kata Khairil separuh marah.Sudah lima minit dia dan Daniel duduk di sana tapi tiada apa-apa yang dibualkan.

"Khai? kalau aku cakap something ni kau jangan ingat aku gila or-"Ayatnya tergantung apabila Khairil memotong percakapannya.

"Cakap jelah..."Kata Khairil yang sudah naik bosan.Lalu di menyandarkan badannya pada kerusi

"Aku rasa ada orang nak bunuh Shasha"Kata Daniel yang membuatkan Khairil terkejut.Badannya lantas menjadi tegak.

"Kau ni sakit ke dah gila?"Kata Khairil.Mana tidaknya apabila dia mendengar kata-kata Daniel yang tidak masuk akal fikiran.

"Masa aku on the way nak lawat Adrian aku ada nampak sorang lelaki ni.Dia perhatikan Shasha masa Shasha tengah bercall"Kata Daniel.Khairil sudah memicit dahinya.

''Dia tengok je kan? tak bermaksud dia nak.."Lalu Khairil memandang ke kiri dan kanan sebelum menyambung ayatnya"Bunuh"Katanya lagi.Daniel menggelengkan kepalanya.

"Masa dia pusingkan badan dia,aku nampak ada pisau kat tangan dia"Kata Daniel dengan wajah serius.

"Kau biar betul Daniel? kau jangan main-main.Ke kau salah tengok ni? mana tahu time tu kau penat ke?"

"Aku tak main-main.And aku langsung tak penat or salah tengok masa tu.Memang lelaki tu pegang pisau"Kata Daniel.

"Kau sure ke dia nak bunuh Shasha?"Kata Khairil keningnya di naikkan sebelah.

"Habis tu kenapa dia perhatikan Shasha?"Balas Daniel.

"Setahu aku Shasha mana ada musuh?"Kata Khairil.

"Macam mana kau sure dia tak ada musuh?"Kata Daniel pula.

"Dia kawan aku? macam mana aku tak tahu?"Lalu Daniel berdiam diri seketika.

"Kalau betul apa yang kau cakap pasal lelaki yang nak bunuh Shasha tu,Lebih baik kita report polis."kata Khairil.

"Tapi aku nak siasat dulu kalau betul target lelaki tu ialah Shasha"Kata Khairil lagi.

"Nak kita bagitahu Shasha ke pasal ni?"Soal Daniel.

"Lebih baik jangan dulu.Selagi kita tak ada bukti kukuh,selagi tu kita jangan bagitahu apa-apa kat Shasha"Ujar Khairil.

"Macam mana kalau lelaki tu datang balik?"

"Aku akan hantar beberapa orang awasi Shasha"Jawab Khairil.Daniel sekadar mengangguk.




CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now