Datin Humairah yang melihat Adrian Raihan tidak habis-habis mendail seseorang hanya mampu bersabar dengan anaknya yang kehulu-kehilir.
"Ad,cubalah kamu duduk dulu? kamu cuba bawak bersabar.Mommy pasti Shasha selamat" kata Datin Humairah.
"Asalammualaikum,Mairah" tiba-tiba saja seseorang memberi salam.Kelihatan Puan Aliya dan Encik Sharul sudah berada di sana.
"Waalaikumsalam"Jawab Datin Humairah.Lalu Datin Humairah mengajak mereka berdua duduk.Puan Aliya yang melihat Adrian Raihan seperti serabut terus saja memandang kearah Datin Humairah.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia tu.Aku cakap pun bukan dia nak dengar" kata Datin Humairah
"So dah make sure ke penculik tu bawa Shasha kat Thailand?" soal Encik Sharul.
Lalu Adrian Raihan melangkah kearah ibu dan bapa mertuanya.
"Sebenarnya,Adrian tahu siapa yang culik Shasha" ujar Adrian Raihan.Lalu mereka bertiga memandang satu sama lain.
Adrian Raihan mula menceritakan hal sebenar kepada ibubapa mertuanya dan Datin Humairah.Alangkah terkejutnya mereka apabila mendengar cerita sebenar.Datin Humairah lagi tidak menyangkakan bahawa penculik tersebut anak kepada Dato jeffry ismail.Clara yang dia kenal dahulu bukan lagi Clara yang baik.
"Kamu dah pastikan yang Clara dalang semuanya? kamu jangan tuduh sembarangan Adrian" ujar Datin Humairah.
"Kamu dah ada bukti yang kukuh ke Adrian? yang anak Mama tu kena culik oleh perempuan tu?" kata Puan Aliya.
"Adrian pasti yang Clara culik Shasha sebab itulah yang dia bagitahu Adrian pasal Shasha di bawak ke Thailand.Ad tahu Ad takde bukti yang kukuh.Tapi Ad pasti Clara buat ni semua sebab nak balas dendam dengan Ad" ujarnya.
Datin Humairah hanya mampu berdiam.Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk membantu anak lelakinya itu lagi.Thailand bukannya kecil.Tapi besar!
"Macam nilah,Apa kata kamu rehat dahulu.Papa dengar yang kamu baru je balik dari Perth" kata Encik Sharul yang menyuruh agar menantunya itu berehat.
"Macam mana Adrian nak berehat sedangkan Isteri Ad dalam bahaya? Shasha ialah tanggungjawab Adrian sebagai seorang Suami" kata Adrian Raihan.Dia merasa gagal menjadi seorang suami yang tidak mampu menjaga isterinya sendiri.
~♡~
Mata Shasha Azira yang ditutup dengan kain berwarna hitam hanya mampu mendengar suara-suara yang berada di sekelilingnya.Tangannya pula diikat.
'Aku kat mana pulak ni? Adrian....Awak kat mana?' monolog hatinya berharap suaminya sedar bahawa dia sudah hilang.Tiba-tiba dia mendengar bahasa asing baginya.Bahasa itu seperti bahasa Thailand.
'Aku kat Thailand ke? sebab setahu aku.Aku rasa beberapa jam tadi rasa macam kat kapal terbang' tekaannya betul.Sekarang ini dia berada di Thailand.
"ผู้หญิงที่เจ้านายต้องการมาถึงแล้ว"
(Boss perempuan yang bos nakkan sudah sampai)"ที่ไหน? พาเขาเข้าไปเดี๋ยวนี้"
(mana? bawak dia masuk sekarang)Lalu Shasha Azira dibawa masuk kedalam sebuah bilik.Shasha Azira merasakan bahawa dia berada di thailand.
Lelaki botak yang berbadan besar itu menuju kearah Shasha Azira.Tangannya menyentuh pipi gadis tersebut namun Shasha Azira memalingkan wajahnya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Cerita PendekAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...