Bab 9

344 21 0
                                    

Perth,Australia

Kini Shasha Azira dan Adrian Raihan sudah berada di perth.Mereka berjalan menuju ke pintu keluar lapangan terbang itu.Kelihatan seorang lelaki memakai kot berwarna hitam sedang melihat kearah Adrian Raihan.

"Good afternoon Mr. Adrian and Mrs. Adrian. I am Lucas. I will be your driver if you want to go anywhere" ujar lelaki yang bernama Lucas itu.

"thanks, but can you send us to the hotel first?" ujar Adrian Raihan

"Yes sir. Please come in sir and madam" arah lucas sambil membukakan pintu untuk mereka berdua.

"Thank you"Ujar Adrian Raihan.Lalu dia dan Shasha Azira masuk ke dalam perut kereta tersebut.Bagasi milik mereka berdua pula di masukkan kedalam bonet kereta oleh Lucas.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel,Shasha Azira hanya memandang kearah luar tingkap kereta.Tak sangka bahawa dia sekarang berada di negara orang.

Adrian Raihan hanya berlagak seperti biasa.Dia hanya bermain dengan telephonenya.

Beberapa puluh minit kemudian,mereka telahpun tiba di hotel.Lucas membukakan pintu untuk mereka dan mengambil beg bagasi milik Shasha dan Adrian.

Selesai saja mengambil kad bilik hotel mereka,Shasha dan Adrian menuju ke lift untuk ke tingkat 10.Sesampainya mereka di tingkat sepuluh,mereka terus mencari bilik yang bernombor 406.

"Wow! cantiknya view kat sini" ujar Shasha Azira yang kelihatan teruja.

"Kau mandi lah dulu.Aku nak rehat kejap" kata Adrian Raihan lalu membaringkan tubuhnya ke katil bersaiz king tersebut dan lengannya diletakkan dimukanya.Shasha Azira langsung tidak mengendahkan kata-kata Suaminya.

"Adrian boleh tak kalau saya nak jalan-jalan kat bawah?'' ujar Shasha Azira yang meminta izin agar Suaminya mengizinkannya.

"Hmm..." itu saja yang dibalas Adrian Raihan.Shasha Azira sudah tersenyum keriangan.

"Thank you!" lalu dengan perasaan yang gembira dia menuju ke pintu bilik dan terus keluar dari situ.

Shasha Azira yang kini berada di lobi hotel bersama senyuman yang tidak pudar dari wajahnya itu berjalan-jalan di sekitar sana.Lalu dia menuju ke luar hotel kelihatan seperti hari itu sangat cerah.

Shasha Azira yang leka berjalan melihat-lihat sekitarnya terhenti apabila melihat sebuah keluarga yang bahagia.Dimana si suami berpegangan tangan dengan isterinya dan si Anak yang didalam dukungan Ayahnya itu.Sungguh dia cemburu melihat suami isteri yang masih tetap menunjukkan kemesraan mereka biarpun sudah mempunyai anak yang terkadang membuatkan ibubapa sukar membuat kerja.

'Kan bagus kalau aku ngan Adrian macam tu? mesti best sebab dapat spend time dengan husband macam tu' desis hatinya.Dia sebenarnya sangat mengharapkan agar Adrian Raihan melayannya seperti seorang isteri.

Apabila dia perasan yang semua yang berada si sana mempunyai pasangan membuatkan dirinya seperti tiada pasangan hidup.Kelihatan pasangan suami isteri yang sudah tua masih berpegangan tangan antara satu sama lain.Kelihatan si isteri ketawa apabila si suami membuat lawak.

Terdapat juga pasangan suami isteri yang dimana isterinya sedang mengandung.Si suami sangat menjaga isterinya itu hinggakan sanggup membawa bagasi dan beg tangan si isteri dan isterinya yang memeluk lengan suaminya kelihatan gembira apabila suaminya mencium dahinya.

"Kat sini rupanya kau,kau tahu tak aku cari kau macam nak gila? tadi Mommy call tanya kalau kita dah sampai ke belum.Yang kau tak jawab call aku dah kenapa? buat aku risau je kalau kau hilang.Dahlah tempat ni baru lagi untuk kau kang parents kita marah pulak kat aku kata yang aku tak pandai tengok-tengokkan kau ni.padahal kau yang tak pandai nak jaga diri sendiri.Please jangan nak susahkan aku boleh?" kata Adrian Raihan.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now