Shasha Azira memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.Kakinya menuju ke arah sofa dan bagasi tersebut diletakkan bersebelahan sofa.Adrian Raihan yang baru masuk ke dalam menyerahkan Safiya kepadanya.
"Hubby dah nak gerak ni.Kalau ada apa-apa call Hubby terus tau?"Shasha Azira mengganguk dan menyalami tangan Adrian Raihan.
"Safiya jangan nakal-nakal tau? kesian Mama kamu nanti"Pesan Adrian Raihan lalu dia mencium dahi Safiya.
"Okaylah,Hubby gerak dulu? Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam.Hati-hati drive''Kata Shasha Azira yang sempat berpesan pada Suaminya itu.
"I'll will"Lalu Adrian Raihan menuju ke pintu masuk.Shasha Azira sekadar menghantar kepergian Suaminya dengan melihat Adrian Raihan yang sudah pun masuk ke dalam perut kereta.
Kereta yang di pandu Adrian Raihan meninggalkan perkarangan banglo tersebut.
Shasha Azira mencapai bagasi miliknya dan beg pakaian Adrian Raihan dan di bawa menuju bilik.
Shasha Azira mengikat rambutnya yang paras bawa bahu menjadi ekor kuda.Safiya yang berbaring di atas katil sambil memeluk selimut bersaiz kecil yang terdapat gambar kartun hanya diam sambil memadang ke arah Mamanya.
Shasha Azira menuju ke arah Safiya.Lalu dia membawa Safiya ke dakapannya.Shasha Azira membawa Safiya keluar dari bilik tersebut dan menuju ke ruang tamu.
"Safiya duduk sini kejap eh? Mama nak masak kat dapur dulu.Okay?"Ujar Shasha Azira lalu Safiya mengganguk.Shasha Azira tersenyum.
Adrian Raihan yang baru tiba di syarikat H.S holdings terus di sapa oleh pekerja di sana.Kakinya menuju ke arah lift.Sesampainya dia di tingkat dua puluh dia terus keluar dari lift tersebut dan menuju ke officenya.
Adrian Raihan meletakkan briefcasenya di atas meja lalu dia membuka kotnya dan di letakkan pada kerusi.Punggungnya di labuhkan pada kerusi.Matanya dipejam untuk beberapa saat.
"Haih,serabut otak aku kalau macam ni tiap-tiap hari"Rungutnya.Telephonenya di capai.Aplikasi whatapps di buka.
Matanya melihat satu persatu gambar yang di hantar oleh seseorang yang tidak dikenali.Gambar tersebut menampakkan Adrian Raihan yang berada di tempat yang berbeza-beza dan masa yang berbeza.Lalu di meletakkan telephonenya di atas meja.
Rambutnya di kuak ke belakang.Nampaknya seseorang sedang memerhatikan setiap pergerakkannya.Hatinya kuat mengatakan bahawa itu adalah orang yang dihantar oleh Clara.
"Perempuan ni tak penat ke asyik ganggu aku je? dengan hantar spy bagai.Haish! memang nak cabar aku nampaknya perempuan ni"Jarinya mengetuk-ngetuk mejanya.
Otaknya ligat berfikir cara agar Clara boleh menunjukkan dirinya.Dia mahu membuat Clara keluar dari tempat persembunyiannya agar Adrian Raihan boleh membawanya di muka keadilan.
Tiba-tiba Adrian Raihan menerima satu message dari nomber yang tidak dikenali.Lantas Adrian Raihan mencapai telephonenya dan membuka message tersebut.
Nombor yang tidak dikenali
-Hari ni,kau pastikan yang hati kau dah cukup kuat untuk menerima kenyataan bahawa kau dan isteri kau akan berpisah.
Adrian Raihan sudah mula risau.Message yang di terimanya itu sungguh membuatkannya menjadi takut.Apa maksud message yang ditulis itu?
Adrian Raihan menekan butang dail untuk membuat panggilan kepada si penghantar.Hampa apabila suara gagal mendail muncul di telephonenya.Adrian Raihan sudah semakin resah.Tanpa berfikir panjang dia terus mencapai briefcasenya dan melangkah pergi.
Kereta yang di pandu oleh Adrian Raihan laju membelah jalan raya.Sekarang ini yang hanya ada di fikirannya adalah isteri dan anaknya.Telephonenya tiba-tiba berdering.Nombor yang tidak di kenali muncul di skrin telephonenya.
Adrian Raihan memandang sekilas telephonenya yang berdering.Kakinya menekan pedal brake.Lalu dia merasa pelik.Dia mencuba untuk menekan lagi pedal brake tersebut namun tidak berjaya juga.Keretanya semakin bergerak laju.Telephonenya yang berdering di capai.Pembesar suara di tekan.
"Clara! kau dengar sini! kau jangan berani sentuh keluarga aku!"Jerkah Adrian Raihan.Tanganya ligat mengawal stereng kereta.
"Clara? hahahaha aku Vince,Adrian.Bukan Clara"Ujar si pemanggil di hujung talian yang bernama Vince dengan nada sinis.
Adrian Raihan sudah pelik.Vince? siapa Vince?
"Kau siapa?! apa kau nak dari aku?!"Kata Adrian Raihan.Kini dia berada di jalan raya yang banyak selekoh.Tangannya masih ligat mengawal stereng keretanya.
"Aku just nak bagitahu kau,yang brake kereta kau dah tak berfungsi.Jadi berhati-hatilah ya?.Oh ya,By the way.Kau dalam keretakan sekarang? Hahahaha"Kedengaran ketawa lelaki bernama Vince itu membuatkan Adrian Raihan semakin merasa marah.
"Kau orang Clarakan?!"Kata Adrian Raihan yang sudah semakin tidak terkawal.
"Aku mungkin berkerja untuk betina tu.Tapi aku tak ikut pun perintah dia yang nak bunuh Shasha.I'm interested with your wife.Jadi aku kenalah singkirkam kau dahulu kalau aku nak Shasha"Ujar Vince.
Adrian Raihan sudah tidak dapat membendung sakit di hatinya.
"Oh ya aku lupa nak bagitahu.Clara dah ada kat depan pintu rumah bapak dia.Tapi tulah,kesian juga aku tengok dia.Dah tak bernyawa"Adrian Raihan sudah terkejut dengan kata-kata lelaki tersebut.
"Kau bunuh Clara?!"
"Ya Adrian,Aku bunuh dia.Sebab dia dah bunuh kekasih aku! dia dah bunuh Jessica!"Kata Vince dengan nada yang marah.
Rupanya dalam diam,Clara menyembunyikan rahsia bahawa di telah membunuh Jessica iaitu kekasih kepada Vince.Vince menyangkakan bahawa Jessica masih hidup walhal Kekasihnya sudah meninggal dunia.Clara memberitahunya bahawa Jessica hilang dan di temui mati dengan kesan tembakkan di kepalanya.Mula-mula Vince menerima ia dengan hati yang terbuka.
Apabila dia dapat tahu hal yang sebenar,Dia terus membuat rancangan agar Clara tidak mensyak apa-apa.Vince merancang untuk membuatkan Clara percaya kepadanya agar dia tidak ketahui.Dengan cara berkerja sama dengan Clara dia juga sedang menjalankan rancangannya itu.
"And for now,giliran kau pula untuk mati Adrian"Ujar Vince.Lalu talian di matikan.
"Tak guna!"Jerit Adrian Raihan.Tiba-tiba keretanya semakin laju dari sebelumnya.Adrian Raihan sudah tiada cara lain selain melanggar pokok yang berada di tepi jalan.Dia berharap agar keretanya berhenti.
Dengan hati yang berat,Adrian Raihan membelokkan keretanya ke kiri dan melanggar pokok disana.Hadapan keretanya sudah remuk dengan sangat teruk.Kepalanya terhantuk dengan sangat kuat pada cermin keretanya.
Darah pekat mengalir di dahinya.Asap sudah berkepul-kepul keluar dari bahagian hadapan keretanya.Adrian Raihan pengasan tidak sedarkan diri.
Shasha Azira yang baru saja mahu meletakkan pinggan kaca itu di atas meja tiba-tiba saja jatuh dan pecah.Shasha Azira terkejut apabila dia menyentuh serpihan kaca tersebut jarinya terluka dan berdarah.Hatinya tiba-tiba menjadi risau.
''Ya Allah, kenapa aku tak sedap hati ni?"Lalu Shasha Azira berdiri dan menuju ke singki untuk mencuci jarinya yang terluka.
Tiba-tiba saja telephonenya yang berada di atas meja berdering.Shasha Azira mencapai telephonenya.Nombor yang tidak di kenali.Shasha Azira menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"Ujar Shasha Azira.
"Puan ni Shasha Azira ke?"Soal si pemanggil.
"Ya saya.Kenapa ya?"Tanyanya kembali.
"Suami puan Adrian Raihan terlibat dalam kemalangan jalan raya.Sekarang beliau berada di hospital"Ujar si pemanggil.Shasha Azira sudah menekum mulutnya.Jantungnya seakan-akan berhenti apabila mendengar berita yang mengatakan bahawa Suaminya Adrian Raihan terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.
"Baiklah,saya akan kesana sekarang"Lalu talian di matikan Air matanya sudah mengalir membasahi pipi.Shasha Azira menuju ke ruang tamu.Safiya yang duduk di sofa di dukung dan di bawa ke bilik.
"Mama?"Kata Safiya.Shasha Azira sudah tidak kisah tentang dirinya sekarang ini.Yang dia kisahkan hanya Adrian Raihan suaminya.

YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Historia CortaAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...