Sinaran matahari yang menerobos masuk ke bilik itu memaksa Shasha Azira untuk membuka matanya.perlahan-lahan matanya dibuka.Apakah?!.Kini dia bukan lagi berada di pulau.Kayla?.Kayla di mana? dan dia di mana?
Matanya meliar memandang keadaan sekelilingnya.Lalu dia memegang kepalanya.Pening.Dia terdengar bunyi pintu di buka dan ditutup.Shasha Azira sudah menarik selimutnya menutupi bahagian dadanya.
Adrian Raihan yang baru saja masuk ke bilik hotel tersebut sambil membawakan makanan untuk isterinya terkejut apabila mendapati Shasha Azira sudah terjaga.
"Adrian!"lantas dia belari menuju kearah suaminya itu dan memeluk tubuh Adrian Raihan.Adrian Raihan pun membalas pelukkan isterinya itu.
"Morning,Tak sangka aku yang kau masih hidup.Aku dah lah kat rumah macam orang yang nak mati bila tahu kau hilang masa kat perth"lalu dia memegang kedua belah pipi isterinya itu.
"Awak...awak tahu tak...mereka kat sana buli saya.Nasib baik ada Kayla" terang Shasha Azira menceritakan bahawa orang-orang Phat dengan tangisan yang tersisa.
"Dah-dah janganlah nangis.Penjahat-penjahat tu semua dah kena tangkap.Tapi si Phat...belum lagi.Tapi kau jangan risau sebab pihak polis kat china akan tolong cari mamat tak guna tu"Shasha Azira sekadar mengganguk.Adrian Raihan bersyukur apabila isterinya sudah kembali kepadanya.
"Kayla dan yang lain-lain kat mana? mereka semua dah selamat ke?"Shasha Azira masih memikirkan tentang keselamatan kawan-kawannya yang baru dia kenal lima hari ketika berada di sana.
"Mereka semua okay.Thanks to you to sebab selamatkan kesemua gadis-gadis tu.Oh,by the way...Kayla bagitahu aku yang dia say thank you sebab selamatkan dia and yang lain.Sekarang ni dia dah balik ke rumah lama mendiang ibubapa dia" terang Adrian Raihan.Shasha Azira berasa sedih kerana itu adalah kali terakhir dia berjumpa dengan Kayla dan yang lain-lain.
"Dahlah,apa kata kau makan and then rehat.Kau tu masih lemah lagi sebab Kayla bagitahu aku yang kau tak berapa nak makan makanan kat sana"Bagaimana dia mahu makan makanan yang dihidang disana jikalau dia merasa khuatir dengan makanan tersebut.
"Okay"Shasha Azira terpaksa akur dengan arahan suaminya itu.Sebenarnya mahu saja dia menolak namun apakan daya?
Sepanjang Shasha Azira makan,Adrian Raihan lah yang menyuapkannya untuk makan.Dia tidak ingat sejak bila Adrian Raihan begitu ambil berat dengannya.
"Hmm...awak? masa saya takde...awak ada makan and rehat tak?"Adrian Raihan hanya tersenyum kecil.Mahu saja dia menipu isterinya bahawa dia dalam keadaan yang baik-baik sahaja sepanjang ketiadaan isterinya itu.
"Awak? awak dengar tak apa saya cakap ni?" ujar Shasha Azira yang perasan suaminya itu membiarkan pertanyaanya tergantung.
"Well,aku...macam mana nak cakap ek? entahlah aku pun tak tahu"Shasha Azira berfikiran bahawa suaminya itu tidak mahu berkata jujur kepadanya tentang keadaan suaminya itu.
"Awak tak makan and rehatkan sepanjang saya tak ada? tell me.Yes or no"Adrian Raihan sudah agak bahawa isterinya akan risau pasal keadaannya juga.Padahal keadaan isterinya lagi parah berbanding dirinya.
"Hmm...tapi aku ada tidur dan makan sikit jugak?kau tu yang langsung taknak makan.Kayla yang bagitahu aku"terpaksalah dia berkata begitu sahaja untuk mengurangkan risau iaterinya itu.
"Awak...awak tahukan kalau awak tak cukup rehat nanti awak jatuh sakit? now tell me.Kenapa muka awak nampak pucat? awak mesti jatuh sakitkan? jujur dengan saya"semua tekaan isterinya tepat.Sebenarnya Adrian Raihan masih dalam keadaan yang lemah.Doktor Kamal sudah menyuruhnya agar berehat saja di rumah.
"Aku okaylah.Tak payahlah risau.Lagipun aku bukannya teruk sangat sampai tak boleh nak bangun? masih mampu lagi angkat kau bawak kat sini?"
"Thank you.Tapi awak janji dengan saya lepas balik je,awak rehat secukupnya.Okay?"
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...