Bab 41

223 10 0
                                    

Shasha Azira mencium dahi Safiya sebelum gadis kecil itu di bawa pergi oleh Dahlia.Air matanya cuba di kawal agar tidak tumpah.Keluarganya dan kawan-kawannya yang lain juga turut berada di sana mengucapkan selamat tinggal kepada Safiya.

"Awak janganlah risau,saya tetap akan bawa Safiya jumpa awak...Awakkan ibu Safiya juga?"Kata Dahlia.Shasha Azira mengangguk lemah.

"Safiya?...dengar cakap Auntie Lia ye sayang?"Pesan Shasha Azira kepada anaknya itu.Dahlia tersenyum melihat Shasha Azira yang sayang benar dengan anak buahnya itu.

Mereka semua melambaikan tangan selamat tinggal kepada Safiya.Walaupun berat bagi mereka semua menerima kenyataan tersebut.Lalu kereta yang di pandu Dahlia keluar dari perkarangan banglo itu.

Shasha Azira yang sudah tidak ketahanan lantas melangkah masuk ke dalam.Mulutnya di tekup agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.Puan Aliya yang melihat kejadian itu lantas mengejar anak perempuannya itu.

Shasha Azira mengalirkan air matanya setelah dia masuk ke dalam bilik.Puan Aliya ragu-ragu mahu mengetuk pintu bilik tersebut.Lalu Datin Humairah,Dato Hisyam dan Encik Sharul juga sudah berada di sana.

"Apa kata kita bagi ruang buat Shasha dulu?"Kata Encik Sharul."Tunggu dia reda dulu,baru kita bawak berbincang"Tambah Dato Hisyam.Puan Aliya risau melihat keadaan anaknya itu begitu juga Datin Humairah.

Shasha Azira memeluk erat baju Safiya.Tangisannya semakin menjadi-jadi dek terlalu rindu kepada anaknya itu.Kalau saja dia ibu kandung kepada Safiya,sudah tentu Safiya tidak di bawa pergi jauh darinya.

"Ya Allah,besar sungguh ujian mu"Air matanya masih setia mengalir.Kini dia di uji dengan dua ujian.Berat sungguh ujian yang di tempuhinya itu.

Daniel membawa Khairil menjauhi yang lain.Kahiril sudah kehairanan melihat Daniel.

"Apa kau nak ni?"Marah Khairil dengan suara yang di perlahankan.Daniel memandang ke kiri dan ke kanan."Aku nak bincang pasal lelaki yang aku nampak kat hospital tempoh hari"Kata Daniel.

"Bincang tu memang boleh,tapi kau pilih tempat yang salah"Kata Khairil."Salah ke betul ke...belakang kira...skang ni aku dah rancang nak hantar spy untuk awasi Shasha dan Adrian.Mana tahu pembunuh tu datang lagi?"Kata Daniel.

"Spy boleh,tapi kalau kau cuba-cuba tambah CCTV kat rumah ni memang kenalah kau ngan Adrian"Kata Khairil."Aku tak ada cakap pun nak tambah CCTV ke apa...Lagipun aku tahulah benda tu salah."Kata Daniel

"Lagi satu,Adrian mana ingat apa-apa pasal CCTV ke memori lama dia ke...dia tu dah amnesia"Kata Daniel."Itu aku tahulah,tapi kalau dia dah ingat nanti? macam mana?"Daniel menjelingkan matanya."Ya ya ya...kau ni kan suka buat aku risaulah kan?"Marah Daniel.

"Apa tidak? kau buat kerja gila kut?"kata Khairil."Gila tak gila.Ini untuk keselamatan kawan kita juga?"Kata Daniel.

"Kau jangan lupa,yang kau tu tak lama lagi nak kawin"Kata Khairil."Aku tahulah,kau tu sampai sekarang masih tak ada calon"Kata Daniel."Nanti-nanti jelah aku cari"Kata Khairil sambil menggosok belakang tengkuknya."Hm..cakap je pandai.."

Daniel melangkah pergi dari sana.Khairil memandang kepergian Daniel.Lalu Khairil menggigit bawah bibirnya.

"Nak confess ke tidak?"Kata Khairil.Dalam diam sebenarnya dia sudah menaruh hati pada seseorang."Kalau dia reject? weeei tak boleh tak boleh...parah.."Kata Khairil.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now