Azan yang berkumandang dari telephone milik Adrian Raihan membuatkan dia terjaga.Isterinya yang masih lelap hanya dibiarkan kerana Shasha Azira tidak boleh solat.Dia duduk sebentar sebelum menuju ke bilik mandi.Terserlah tubuh badannya yang langsung tidak mengenakan sebarang baju kecuali seluar paras lututnya.
Bahu kanannya terasa sedikit lenguh.Lalu dia memukul-mukul bahu kanannya menggunakan tangan kirinya.Shasha Azira yang terjaga melihat kearah suaminya.
"Kenapa Hubby? bahu Hubby sakit ke?"ujar Shasha Azira lalu dia bangun dari pembaringan dan mendekati suaminya.
"Sikit je ni"Lalu tangan Shasha Azira naik ke bahu Adrian Raihan dan mula memicit-micit bahu suaminya itu.
"Hubby nak solat kejap.Nanti sayang sambung balik ek?"ujar Adrian Raihan.Isterinya sekadar mengangguk.
Sepanjang Adrian Raihan menunaikan solat subuh,Shasha Azira bermain dengan telephonenya.Tanpa dia sedar Adrian Raihan sudah pun selesai menunaikan solat subuh.Tiba-tiba saja Adrian Raihan berbaring di paha isterinya.
"Hari ini Hubby malaslah nak ke office.Lagipun kerja Hubby semua dah siap"ujar Adrian Raihan tangan Shasha Azira pula mengusap lembut rambut suaminya itu.
"Hubby nak temankan sayang kat rumah ke?"ujar Shasha Azira.
"Yup,Lagipun Hubby nak rehat. Oh ya, nanti Hubby kena pergi overseas kat langkawi.Around one week macam tu? kalau Sayang nak balik rumah mommy or Mama sayang pergilah Hubby izinkan.Lagipun Hubby takut Sayang bosan sorang-sorang kat rumah"kata Adrian Raihan.
"Alaaa...kenapa tak suruh je Daniel? kenapa Hubby yang kena pergi?"Adrian Raihan ketawa kecil.Lalu dia bangun dari pembaringan dan bersandar di bahu isterinya.Tangan Isterinya dipegang.
"Daniel pun busy dengan kerja dia.Hubby mana boleh suruh dia suka-suka hati Hubby je.Dia pun CEO"terang Adrian Raihan
"Kalau Sayang rindu Hubby macam mana?"
"Sayang call je Hubby.But not everyhour.Sebab Hubby pun busy dengan kerja Hubby" Shasha Azira sudah mencebikkan bibirnya.
"Tu mulut tu? nak Hubby kiss ke? Hubby on je kalau Sayang bagi" gurau Adrian Raihan dengan senyuman.
"Hubby dah balik-balik kiss.Takkan tak cukup lagi? kang terlebih dos sebab terlalu manis"sindir Shasha Azira.Adrian Raihan sudah ketawa dengan kata-kata Isterinya itu.
~♡~
Daniel yang baru saja selesai dengan kerjanya lantas memandang kearah jam tangannya.Masih ada sejam sebelum masa lunch.
"Aku CEO kut? takkan aku pun nak ikut Office hour?"lalu dia berdiri dari duduknya.
Hannah yang menghantar pesanan pelanggan terkejut apabila Erina dijerkah oleh Erina dari belakang.Nasib saja makanan pelanggan sudah di hantar.
"Kau nak apa? boleh tak kalau kau stop terjah macam tu je? nasib baik aku takde heart attack"Sungguh dia geram dengan sikap Erina yang suka menerjahnya apabila membuat kerja.
"Lekla...ni aku nak bagitahu kau yang handphone kau tu,tak habis-habis nak memekak je kerjaa hang tahu dok? sakit telinga ngan mata aku tengok message dari mamat Daniel tu" rungut Erina.Hannah hanya menjongketkan bahunya dan berlalu meninggalkan Erina seorang diri.
Daniel yang duduk didalam keretanya menunggu messagenya di balas oleh Hannah.Keretanya yang berparking di hadapan cafe lofi story tiba-tiba saja dihampiri oleh seorang gadis.
Cermin kereta milik Daniel diketuk oleh Hannah lalu Daniel menurunkan cermin keretanya"Hi awak,happynya saya jumpa awak.Jom dating nak?"ajak Daniel tanpa segan pilu.
"Maaflah Encik Daniel,tapi saya memang tak boleh nak keluar dengan Encik Daniel.Sorry?"ujar Hannah.Entah yang keberapa kali Hannah menolak ajakkan Daniel itu.
"Hmm...how about the day after tomorrow? awak cutikan?"Hannah tidak mahu mengecilkan hati Daniel.Namun dia terpaksa menolak tawaran Daniel itu.
"Please....sehari je? lepastu saya janji saya takkan ajak awak lagi.Please Hannah? pleaseeeee..."rayu Daniel sambil kedua tangannya dirapatkan.
Hannah sudah buntu.Dia tidak mahu menolak lelaki itu namun dia takut jikalau Ayahnya yang tegas itu tidak membenarkannya untuk keluar.Hannah masih anak dara dan tidak boleh keluar sesuka hati.
"Saya takutlah kalau Ayah saya tak izinkan saya keluar dengan awak.Lagipun Ayah saya tu agak tegas and dia hanya izinkan saya keluar dengan perempuan je"Pernah sekali Hannah ingin keluar bersama Jimmy namun Ayahnya tidak membenarkan atas sebab Hannah masih anak dara.
"Kalau saya jumpa Ayah awak macam mana?"Hannah sudah menggelengkan kepalanya.Dia takut jikalau Daniel di apa-apakan.
"Saya tak sure kalau awak boleh keluar hidup-hidup"ujar Hannah.Daniel hanya ketawa.
"Saya pasti Ayah awak izinkan.Entah-entah saya boleh masuk minang awak sekali? siapa tahu"Membahang wajah Hannah apabila Daniel berkata begitu.
''Dahlah Encik Daniel.Saya nak masuk dulu.Assalammualaikum"lantas Hannah menuju ke dalam cafe semula.Wajahnya sudah mengukir senyuman.
"Waalaikumsalam.Hannah hannah,geram pulak aku ngan kau ni.Aish nasib je kau bukan bini aku.Kalau tak....aish dah lama aku terkam kau.Geram pulak aku"lalu Daniel ketawa kecil.Keretanya pula sudah bergerak di atas jalan raya.
~♡~
Shasha Azira yang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari tadi tiba-tiba saja dipeluk dari belakang oleh suaminya.Kepala Adrian Raihan dilentokkan pada bahu isterinya.
"Hubby,kan Sayang tengah basuh pinggan ni? nanti Hubby basah macam mana?"kata Shasha Azira sambil tangannya membilas pinggan.
"Hubby rasa Hubby addicted sangat dengan Sayang ni.Sebab tulah susah nak lepas"ujar Adrian Raihan.Shasha Azira hanya senyum.
~♡~
"So kau nak aku buat apa dengan perempuan ni?"ujar seorang lelaki.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...