Daniel yang lagi sibuk dengan kerjanya terganggu apabila telephonenya berdering.Telephonenya dicapai.Nama Hannah tertera di skrin telephonenya.
"Assalammualaikum Sayang"Kata Daniel.Hannah yang di hujung talian sudah mengerutkan dahinya."Sayang? sejak bila awak panggil saya dengan panggilan sayang?".Daniel tersenyum."Saja je nak pratice...kenapa awak call ni? awak nak ajak saya dating eh?"Hannah sudah menjelingkan bebola matanya."Eh taklah.Saya nak ajak awak honeymoon"Sindir Hannah.Kedengaraan di hujung panggilan Daniel sudah tertawa.
"Hannah sayang,kita belum kawin lagi awak nak ajak saya honeymoon?Ke awak nak kita kawin sekarang?"Kata Daniel dengan senyuman."Saya call ni sebab saya nak tanya bila awak keluar for lunch?"Terang Hannah."Hm...maybe lambat sikit kut? sebab saya ada meetting ngan client lepas ni"Kata Daniel sambil tangan kanannya menaip sesuatu di komputernya."Oh yeke?"Kedengaraan suara Hannah seperti sedikit sedih."Hannah? awak okay tak ni?"Tanya Daniel."Sebenarnya saya ada buatkan awak lunch"Kata Hannah.
"Lah..yeke? okay takpe-takpe macam ni.Apa kata awak datang office saya?"Kata Daniel.Hannah sudah terkebil-kebil mendengar."You mean now or...?"
"Kalau boleh sekarang pun boleh.Sebab nanti saya ada meeting dengan client"Kata Daniel."Oh.Okay saya datang sekarang"Kata Hannah yang kelihatan teruja."Okay.See you.Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"Lalu talian di putuskan.Hannah kelihatan teruja kerana dia akan berjumpa dengan Daniel sebentar lagi
Farah yang pelik melihat Hannah tersenyum sendiri lantas menyoal gadis itu."Kau dah kenapa Hannah? senyum-senyum.Dah kenapa?"Tanya Farah."Aku nak jumpa Daniel"Ringkas saja dia menjawab.Farah sudah menaikan sebelah keningnya.
"Tapi belum masuk waktu lunch lagi?"Kata Farah."Aku nak hantar lunch Daniel sebab nanti takut dia tak sempat nak makan.Dia cakap dia ada meetting ngan client nanti"Farah sekadar meng'o'kan saja.
Setibanya Hannah di syarikat H.S holdings,dia terus melangkah masuk kedalam dan mencari pejabat Daniel."Excuse me?"Ujar Hannah.Lalu wanita merangkap P.A Daniel memandang kearah Hannah."Yes? may i help you miss?"Tanyanya.
"Encik Daniel ada tak?"Tanya Hannah."Maaf Cik ni siapa ya?"Tanya Wanita itu kembali."Saya...."Lalu Hannah terdiam seketika.
'Nak bagitahu ke yang aku ni tunang Daniel?'
Wanita itu sudah kehairanan."Miss? are you okay?"Hannah tersentak dari lamunannya."Er..Oh ya,saya kawan Encik Daniel.Rihannah"Katanya."Boleh saya jumpa Encik Daniel?"Tanyanya lagi.
"Kejap ye Cik Rihannah?"Lalu Wanita itu menekan butang di intercomnya."Boss ada kawan Boss nak jumpa Boss.Cik Rihannah"Ujarnya di intercom.Hannah sekadar berdiri di hadapan meja wanita itu sambil memegang bekas makanan.Wanita itu menganguk"Baiklah"Lalu dia mengalihkan pandangannya kearah Hannah.
"Cik Rihannah boleh masuk"Ujar wanita itu."Terima kasih"Wanita itu sekadar mengangguk.Pintu pejabat Daniel yang tadinya berutup di buka dari luar.Dan terlihat kelibat Hannah masuk ke dalam sambil membawa sebuah bekas makanan.
"Assalamualaikum?"Kata Hannah dengan senyuman."Waalaikumsalam"Jawab Daniel.Lalu Daniel memperlawa Hannah untuk duduk.
"Wow,rajinnya awak masakkan untuk saya.Ini yang buat saya makin sayang kat awak ni"Ujar Daniel.Hannah sekadar tersenyum."Hmm...Daniel?"Panggil Hannah.Daniel mengalihkan pandangnnya kearah Hannah.
"Yes?"Lalu Hannah menegakkan badannya."Awak tak bagitahukan pasal...status awak yang awak dah bertunang? kat staff-staff awak?"Daniel mengerutkan dahinya.
"Kenapa?"Soal Daniel pelik.Hannah menggelengkan kepalanya."Cuba bagitahu saya,kenapa awak tanya saya soalan tu?"Kata Daniel.
"Saya...hm...just nak tahu kalau staff-staff awak tahu yang awak dah bertunang?"Kata Hannah dengan perasaan ragu-ragu.Daniel tersenyum."Jom ikut saya"Daniel berdiri dari duduknya.Hannah sudah kehairanan."Huh?"Hannah sudah bingung."Jom?"Hannah perlahan-lahan berdiri.
"Excuse me?"Kata Daniel yang sekarang ini berdiri di tengah-tengah tempat pekerja-pekerjanya membuat kerja.Lalu mereka semua memandang kearah Daniel dan Hannah yang disebelah Daniel.
"Maaf sebab ganggu kamu semua.Tapi saya ada benda nak bagitahu kamu semua"Kata Daniel.Hannah sekadar diam.Dia tidak tahu apa yang ingin dibuat oleh Daniel."Saya nak kenalkan kamu semua.My fiance"Mata Hannah membutang.Lalu dia memandang kearah Daniel tidak percaya.
"Rihannah kaisarah"Katanya lagi.Lalu semua pekerja di situ berdiri dan menundukkan kepala mereka.Hannah sudah terkebil-kebil."Congrts Boss!"Ucap P.A Daniel.Danna dengan senyuman."Thank you"Balas Daniel dengan senyuman.
Hannah sekadar mengganguk dan tersenyum malu apabila Danna mengucapkan Tahniah kepadanya.
''Ya Allah malunya aku......"Kata Hannah perlahan.Daniel memandang kearah Hannah."Apa dia? sorry saya tak dengar"Hannah menggelengkan kepalanya.Selesai saja sesi berkenalan antara Hannah dah pekerja Daniel,Hannah meminta izin untuk kembali ke cafe.
Adrian Raihan yang ditemani Shasha Azira di sofa hanya berdiam diri sambil memandang kearah televisyen yang mempaparkan video Adrian Raihan dan Shasha Azira ketika mereka berbulan madu di Thailand.Di mana itu adalah bulan madu kedua mereka.
"Hubby ada ingat apa-apa pasal video ni tak?"Tanya Shasha Azira.Adrian Raihan menggelengkan kepalanya.Di dalam video itu dia boleh nampak bagaimana mesranya dia dan Shasha Azira namun dia tidak ingat langsung tentang Video itu.
Sudah berbagai cara Shasha Azira guna agar Adrian Raihan ingat akan memori lamanya.Namun satu pun tidak berkesan.Tapi itu tidak bermakna dia akan berputus asa.
Adrian Raihan memandang kosong kearah pokok bunga ros yang mekar di dalam pasu itu.
-Hari ni,kau pastikan yang hati kau dah cukup kuat untuk menerima kenyataan bahawa kau dan isteri kau akan berpisah.
Adrian Raihan memegang kepalanya.Tiba-tiba saja dia seperti teringat serangkap ayat di mindanya.Kepalanya berdenyut-denyut.
"Kau siapa?! apa kau nak dari aku?!"
Kini Adrian Raihan seperti terlihat sesuatu di mindanya.Sepertinya dia sedang cemas serta marah.Keadaan di situ juga seperti tidak terkawal.Kepalanya semakin sakit.
Shasha Azira sibuk mencari kelibat suaminya."Hubby?''Panggil Shasha Azira di ruang tamu."Mana pula laki aku ni?"Lalu dia melihat-lihat di dapur."Aik? takde?"Dia mengambil keputusan untuk mencari di luar rumah."Hubby? Hubby kat mana?"Dia mencari di serata tempat.
Akhirnya dia memutuskan mencari di berdekatan tanamannya."Hubby? Hub-"Ayatnya tergantung.Matanya terus membutang."Ya Allah! Hubby!"Adrian Raihan terbaring tidak sedarkan diri.Lantas Shasha Azira mendapatkan suaminya itu.
"Hubby? hubby? wake up!"Pipi Adrian Raihan di tampar lembut.Lalu Shasha Azira mengeluarkan telephonenya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Cerita PendekAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...