Bab 10

381 20 0
                                    

Malam itu Shasha Azira dan Adrian Raihan makan malam di sebuah restorent yang berdekatan dengan pantai.Shasha Azira yang dari tadi hanya mendiamkan diri sambil menjamu makanannya tiba-tiba saja di tegur oleh Adrian Raihan.

"Diam je..asal?'' tanya Adrian Raihan sambil memandang kearah Shasha Azira.

"Kan kita tengah makan? takkan nak bercakap masa makan?" ujar Shasha Azira tanpa memandang Adrian Raihan.Adrian Raihan hanya mengganguk.

'Sampai bila kau nak berahsia dengan aku? siapa Clara? kenapa dia cakap yang kau dan dia bercinta dalam diam?'Monolog Shasha Azira.

'Budak ni marah kat aku ke? asal muka dia serius je? aku ada buat salah ke? ish! ni lah perempuan.Marah diam sedih diam happy pun diam' desis Adrian Raihan sambil memandang kearah Shasha Azira.

"Can you stop looking at me? awak buat saya tak selesa" kata Shasha Azira yang perasan Adrian Raihan memandangnya dari tadi.

"Lepas makan ni saya nak cakap something" kata Adrian Raihan lalu dia menyambung makan.

'Kalau pasal Clara,Aku nak kau ceritakan semuanya' monolognya

Angin malam yang bertuip ditambah lagi bunyi ombak itu membuatkan Shasha Azira teringat malam yang dia  membuat janji agar dia akan mendapatkan cinta Adrian Raihan membuatkannya sakit.Sakit kerana janjinya itu tidak dapat dikotahkan.

"So apa yang awak nak cakap?" kata Shasha Azira apabila kelibat Adrian Raihan berdiri di sebelahnya sambil memandang kearah pantai.

"Pasal apa yang jadi tengah hari tadi.I mean Clara...'' lalu Shasha Azira memusingkan badannya menghadap Adrian Raihan.

"Saya nak awak bagitahu saya,siapa Clara? and kenapa dia bagitahu saya yang awak dan dia ada hubungan? saya nak awak jujur dengan saya" kata Shasha Azira sambil menanti jawapan dari Suaminya itu.

"Sebenarnya dia tu kawan saya semasa kami masih belajar kat UK.Dulu Clara seorang yang pendiam,baik and seorang yang boleh dipercayai.kitaorang sangat rapat sampaikan banyak kawan-kawan kitaorang yang ship kitaorang untuk dijadikan couple.Aku tak tahu masa tu Clara ada perasaan kat aku sebab Clara ni jenis yang tak suka cakap pasal perasaan dia" kata Adrian Raihan

Shasha Azira yang mendengar cerita Adrian Raihan seperti tidak percaya bahawa Clara dahulunya tersangatlah baik.Tapi apa yang membuatkan gadis baik itu menjadi jahat?

"Masa birthday Clara,dia ajak kitaorang sambut birthday dia kat restorent mewah.And....masa tulah dia bagitahu yang sebenarnya dia suka kat aku.I mean love.Dia beritahu aku yang dia suka kat aku depan kawan-kawan kitaorang.Bila aku bagitahu dia yang aku tak suka dia,dia terus jauhkan diri dari kami semua.Termasuk bestfriend dia sendiri.Jessica.Aku selalu tunggu Clara kat library untuk minta maaf kat dia.Tapi dia langsung tak datang.Aku rasa dia malu sebab aku reject dia depan kawan-kawan kitaorang"

"Jadi kenapa dia cakap kat saya yang korang berdua ada hubungan?" soal Shasha Azira.

"Bila? tengah hari tadi?" tanya Adrian Raihan sambil memasukkan tangan kedalam poket jeansnya.

"Masa wedding day kita" kata Shasha Azira yang membuatkan Adrian Raihan tidak percaya.

"Tapi saya tak jemput dia? macam mana dia boleh tahu location wedding kita?" ujarnya lagi.

"Masa saya beramah-mesra dengan tetamu dia yang entah dari mana tiba-tiba je tarik saya dan cakap benda tu semua.Betul ke awak dan dia takde apa-apa?" kata Shasha Azira.Adrian Raihan sudah hilang sabar dengan gaya Clara yang semakin mengila.

"Tell me,apa dia cakap kat kau?" kata Adrian Raihan yang mahu mendengar cerita sebenar.

"Dia cakap yang korang ni kekasih.Bukan kekasih biasa.Tapi korang selalu keluar sama-sama.Even......tidur sama-sama" cerita Shasha Azira lalu menundukkan mukanya memandang kebawah.Hatinya terasa sakit mendengar kata-kata Clara yang menguris hatinya.

Adrian Raihan memejam seketika matanya apabila mendengar cerita isterinya itu.Lalu dia meraup wajahnya.

"Aku dan dia langsung takde apa-apa hubungan pun.Aku langsung tak terima dia sebagai kekasih aku masa kami masih belajar dulu.So please,dengar apa yang aku nak cakap ni.Aku tak ada hubungan atau pun perasaan kat dia.Walau sikit pun"ujar Adrian Raihan sambil memegang tangan isterinya.Sambil dia memberitahu isterinya bahawa dia langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Clara.

Adrian Raihan memegang kedua pipi Shasha Azira untuk memandang kearahnya.

"Aku suami kau.Kau sepatutnya percaya kat aku.Bukan orang lain yang berkata buruk pasal aku.Aku tahu yang kau tak nak percaya kata-kata Clara.But at the same time kau rasa benda tu betul.Aku harap kau percaya kat aku selagi benda tu tak keluar dari mulut aku sendiri mulut suami kau ni" ujar Adrian Raihan sambil memandang tepat kearah isterinya

"Saya minta maaf sebab hampir percayakan kata-kata Clara.Maaf" kata Shasha Azira dengan nada yang bersalah.

"Its okay, its not your fault" ujar Adrian Raihan.Lalu dia memeluk tubuh Isterinya itu.Biarpun dia belum  mempunyai perasaan cinta terhadap isterinya,dia tetap risaukan akan isterinya itu.Shasha Azira yang merasa tenang di dakapan suaminya itu membuatkan dirinya seakan-akan mahu dipeluk sebegitu tiap hari oleh Adrian Raihan.

Malam itu sungguh sunyi dan tenang.Shasha Azira yang memandang wajah Adrian Raihan yang sudah lena dibuai mimpi tersenyum apabila teringat akan kata-kata suaminya ketika mereka di pantai.

Tangannya naik mengusap pipi Adrian Raihan.Senyuman tidak hilang dari wajahnya.Tenang saja muka Adrian Raihan tidur.

"Kau ni memang nak buat aku gilakan? kalau macam ni hari-hari boleh buat aku jatuh cinta pandang pertama kau tahu tak?.Entah pandang ke berapa aku jatuh cinta ngan kau ni"ujarnya sambil mengusap pipi suaminya itu.

"Kau cintakan aku ke?" ujar Adrian Raihan tiba-tiba.Namun matanya masih bertutup

Lantas tangan Shasha Azira ditarik semula apa bila Adrian Raihan yang disangkakan sudah tidur rupanya belum.

"A...wak belum tidur lagi? saya ingatkan awak d..dah tidur?" kata Shasha Azira yang gugup akibat malu.

"Aku tanya kau ni,kau cintakan aku?" soal Adrian Raihan lagi namun matanya masih bertutup rapat.

"Sa...ya cin...takan awak sebab awak suami sa..ya.."ujarnya gugup lalu dia menarik selimut hingga menutup hidungnya.

Adrian Raihan membuka matanya dan memandang kearah Shasha Azira.Dia tersenyum senget apabila Shasha Azira menutup mukanya dengan selimut dengan pantas.

"Kalau kau cintakan aku,Aku nak kau percaya kat aku selama aku ni masih bergelar suami kau.Faham?" katanya.

"Faham..."ujar Shasha Azira yang masih menutup mukanya akibat terlalu malu.

Lalu Adrian Raihan menukarkan posisinya membelakangi isterinya dan menyambung tidur.

Shasha Azira yang perlahan-lahan membuka selimut yang menutupi muka memandang kearah suaminya yang membelakanginya.

'Padan muka kau Shasha! kan dah dapat malu.Macam manalah kau boleh terlepas cakap pulak ni?' monolog Shasha Azira.

Shasha Azira melihat tubuh suaminya yang membelakanginya.Dia mahu memeluk suaminya itu namun dia takut Adrian Raihan akan menganggapnya mahu mengoda dirinya.

'Tidur jelah Shasha oi.Kang kalau kau peluk dia,nanti dia ingat kau nak goda dia pulak' desis hatinya.

Lalu Shasha Azira pun memaksa dirinya agar tidur sahaja.Lama kelamaan dia pun tidur.

Adrian Raihan yang sebenarnya belum tidur memusingkan badannya kembali memandang Shasha Azira.Lalu dia membawa tubuh isterinya itu kedakapannya.

"Good night wife" ucapnya lalu dahi isterinya dikucup lembut.Malam itu Adrian Raihan tidur sambil memeluk isterinya.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now