Bab 28

189 7 0
                                    

Terlihat Shasha Azira yang duduk di kerusi pelawat sambil menekum mukanya menggunakan telapak tangannya.Puan Aliya tidak henti-henti mengusap belakangnya.Encik Sharul pula sibuk menjaga Safiya.

Kelihatan Datin Humairah dan Dato Hisyam yang melangkah kearah mereka.Datin Humairah mendapatkan Shasha Azira manakala Dato Hisyam menuju kearah Encik Sharul.

"Macam mana dengan keadaan Adrian?"Tanya Datin Humairah kepada Puan Aliya.

"Doktor cakap Adrian masih belum stabil"Kata Puan Aliya.Datin Humairah sudah menunjukkan wajah risau lalu dia melihat kearah menantunya.

''Shasha,Shasha kena kuat tau.Mommy percaya yang Adrian akan selamat"Ujar Datin Humairah yang memberi semangat kepada Shasha Azira yang sudah patah semangat.

"Shasha,shasha kena berdoa minta kat Allah supaya Adrian selamat.Shasha tak boleh macam ni.Shasha kena berdoa dan jangan berhenti berdoa"Kata Puan Aliya.Shasha Azira mengangkat mukanya.Air matanya di biarkan mengalir.

"Shasha tak kuat,Shasha tak nak kehilangan Suami Shasha"Kata Shasha Azira dengan sisa tangisannya.Datin Humairah memeluk Shasha Azira sambil mengusap belakannya.

"Mommy tahu Shasha kuat.Kalau Shasha tak kuat,Allah tak akan uji Shasha sampai macam ni sekali.Allah tak pernah menguji hambanya di luar kemampuan kita.Shasha kena ingat tu"Kata Datin Humairah.Lalu pelukkan di leraikan.

"Betul tu,Shasha di berikan ujian ini kerana Allah tahu yang Shasha mampu harunginya"Tambah Puan Aliya.Shasha Azira sekadar diam.Dia tidak tahu apa lagi yang mahu di katakan

Tidak lama kemudian seorang doktor lelaki yang memakai kaca mata keluar dari bilik yang menempatkan Adrian Raihan.Shasha Azira dan yang lain sudah berdiri dan menuju ke arah doktor tersebut.

"Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor?"Tanya Shasha Azira yang kelihatan amat risau.

"Encik Adrian selamat.Cuma pesakit belum sedarkan diri lagi.Dan hanya seorang saja yang boleh melawat Encik Adrian buat masa sekarang"Ujar Doktor tersebut.Shasha Azira sudah mengucap syukur.

"Baiklah,terima kasih doktor"Kata Shasha Azira.

"Sama-sama.Kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri dahulu?"pintah Doktor tersebut.

Shasha Azira sekadar senyum dan mengganguk.Lalu Doktor tersebut pun berlalu pergi dari sana.

"Shasha,Shasha masuklah kat dalam dulu.Mama dan yang lain tunggu kat sini"Kata Puan Aliya.Lalu Shasha Azira mengganguk.Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Suaminya.

Pintu di tolak perlahan.Luluh hatinya melihat Adrian Raihan yang cedera teruk.Shasha Azira melangkah ke arah suaminya yang tidak sedarkan diri.Kepala Adrian Raihan berbalut akibat luka di bahagian kepalanya.

Shasha Azira duduk di kerusi yang terdapat di sebelah katil pesakit.Tangan Adrian Raihan di raih lembut.Hatinya sakit apabila melihat Adrian Raihan yang terbaring tidak sedarkan diri.

"Hubby,Sayang datang ni.Hubby bangun lah.Sayang rindu Hubby"Air matanya di biarkan membasahi pipinya.Lalu pipi Adrian Raihan di usap lembut.

Wajah Adrian Raihan yang dulunya bersih tanpa sebarang luka kini sudah di penuhi calar akibat insiden kemalangan jalan raya yang di alaminya.Bibir Adrian Raihan menjadi pucat dan terdapat luka kecil di bawah bibirnya.

"Kesian aku tengok Shasha tu.Dah banyak sangat dugaan yang Allah bagi kat dia.Tapi Shasha tetap tabah harungi tu semua.Biarpun sakit dia tu kita tak rasa"Ujar Datin Humairah.

Puan Aliya hanya diam sambil mengganguk.Sungguh besar ujian yang Allah berikan kepada anaknya itu.Safiya yang di dukungannya sudah lama terlelap

"Mesti ada sebab kenapa Allah berikan Shasha ujian ni.Mana tahu lepas semua ni berakhir semuanya akan kembali normal dan mereka hidup bahagia.Rahsia Allah siapa yang tahu?"Tambah Encik Sharul.

"Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka.Dan bagi sokongan untuk mereka harungi semua ni"Kata Dato Hisyam.Datin Humairah mengganguk setujuh.

"Harap-harap tak ada apalah yang serius terjadi kat Adrian"Kata Puan Aliya.

"Insya Allah.Kita doakan semoga Adrian baik-baik saja"Kata Dato Hisyam lagi.

Tiba-tiba telephone milik Dato Hisyam berdering menandakan ada panggilan masuk.Dato Hisyam mengeluarkan telephonenya dari poket dan melihat nama yang tertera di skrin telephonenya.Dato Jeffry.

"Assalammualaikum,ah Jeff kenapa?"Tanya Dato Hisyam.Lalu matanya terbuntang.Dato Hisyam tiba-tiba mengucapkan takziah.

"Innalillahiwainnailaihirojiun"Lalu mereka yang berada di meja itu memandang kearah Dato Hisyam.Panggilan di matikan lalu Dato Hisyam memandang kearah mereka.

"Clara di temui depan pintu rumah Dato Jeffy petang tadi,Tapi..... dah tak bernyawa"Kata Dato Hisyam.

Datin Humairah sudah menekum mulutnya menggunakan tapak tangan kanannya.Puan Aliya sudah mengucap begitu juga Encik Sharul.

"Ya Allah,Tapi macam mana Clara boleh meninggal Innalillahiwainnailaihirojiun"Kata Datin Humairah.Sungguh dia terkejut dengan berita yang di beritahu oleh suaminya itu.

"Ada kesan kelar pada leher Arwah.Nampaknya kes ni mungkin kes pembunuhan.Sebab mana mungkin Arwah bunuh diri?"Ujar Dato Hisyam.

"Ada betulnya juga.Mana mungkin Arwah nak bunuh diri sendiri?"Tambah Encik Sharul.Dato Hisyam hanya mengganguk kecil.

"Kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan yang beriman"Ujar puan Aliya.

"Amin"Ujar mereka serentak.

Tanpa mereka sedar,Ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari sebuah meja yang tidak jauh dari tempat mereka duduk.Hanya terdapat beberapa orang saja di Kafeteria itu.Senyuman sinis terlakar di wajahnya.

'Itu hanya nasib kerana Adrian selamat.Tapi aku takkan biarkan lelaki tu hidup buat kali kedua'Desis hatinya.Lalu dia berlalu dari sana.


CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now