Shasha Azira yang duduk berhadapan dengan Adrian Raihan hanya mampu diam membisu tanpa melihat kearah Adrian Raihan.Adrian Raihan pula hanya berlagak biasa.
Shasha Azira mencuba mengawal perasaan gementar dan malu dengan cara mengawal mimik mukanya agar kelihatan tenang.Namun dia tetap merasakan tidak selesa apabila Adrian Raihan memandang kearahnya.
"Shasha? Shasha okay tak ni sayang? kenapa senyap je dari tadi?" soal Puan Aliya yang duduk bersebelahan dengan anaknya itu.
"Ha? ya..Shasha okay" kata Shasha Azira dengan senyuman yang dibuatnya agar Puan Aliya tidak risau kepadanya.
''Shasha malu lah tu.Iyalah,kan baru kali pertama dia berjumpa dengan Adrian.Normallah bagi gadis pemalu macam Shasha ni" Kata Datin Humairah yang sempat mengusik Shasha Azira.
"Takpayahlah nak malu dengan Adrian ni,Nanti kau orang dah jadi suami isteri tinggal satu rumah,satu bilik dah takdenya lah nak malu-malu bagai macam sekarang ni" kata Puan Aliya.
Adrian Raihan hanya tersenyum sinis memandang Shasha Azira yang menundukkan kepalanya.
"Yang ada pun kemesraan di antara Shasha dan Adrian"Kata Datin Humairah sambil tersenyum-senyum kearah Shasha Azira.
Pipi Shasha Azira yang putih gebu itu bertukar menjadi merah-kemerahan akibat malu di perlakukan sebegitu.
Adrian Raihan hanya berlagak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.'Budak Shasha ni memang tak suka pandang orang ke atau malu nak tengok aku?'monolog Adrian Raihan sendiri.
'Adui...kenapalah mamat ni tak stop-stop pandang aku? dahlah aku tak suka dipandang macam tu.Seram tahu tak?'monolog Shasha Azira yang sekilas melihat kearah Adrian Raihan.
'Sah budak ni malu tengok aku.Tengok pun sekilas je.Entah dia nampak ke tidak tengok aku sekilas macam tu je'
'Boleh tak kau stop tenung aku macan tu? seram pulak aku tengok muka mamat ni.Ni ke muka yang aku akan tengok everyday? dengan muka yang tak tahu senyum lagi.Ya Allah macam mana aku nak kuat kalau lelaki di hadapan aku ni macam rupa nak makan orang.Sabar Shasha kau boleh!'
Tanpa amaran Shasha Azira terus mengangkat wajahnya memandang ke arah Adrian Raihan.Adrian Raihan hanya memasang muka tenang.
'Wow? boleh tahan berani juga budak ni nak pandang muka aku.Tapi dia tak takut ke? Aku punyalah paksa tahan muka supaya ketat macam ni'
'Ya Allah...apa aku nak buat ni? tulah kau Shasha pandang muka dia tapi tak tahu nak cakap apa.Adrian kau pun satu, kenapalah awak tak boleh senyum?'
"Dah habis tenung muka aku?" tiba-tiba saja Adrian Raihan bersuara tanpa secalit nada sambil Keningnya diangkat sebelah.
"Hah? hmm...iyalah kut?..." ujar Shasha Azira dengan ragu-ragu.Lalu Adrian Raihan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Shasha Azira yang perasan akan kebodohannya yang menjawab pertanyaan Adrian Raihan terus mengetuk dahinya atas kebodohannya sendiri.
Puan Aliya dan Datin Humairah silih berganti melihat Shasha Azira dan Adrian Raihan yang seperti tidak berminat bercakap dengan satu sama lain.
Sampai bila mereka ingin berdiam diri duduk di meja itu.Kalau mereka berada di restorant tidak mengapa.Tapi mereka sekarang berada di butik pengantin untuk mencari baju kawin mereka berdua.
Dengan terpaksanya,Datin Humairah dan Puan Aliya jugalah yang mencarikan mereka berdua baju kawin yang akan di pakai mereka bulan hadapan.
"Shasha,Apa kata Shasha cuba yang ni? mesti cantik kalau Shasha yang pakai" kata Puan Aliya sambil menunjukkan pakaian pengantin perempuan berwarna putih dan terdapat beberapa hiasan manik.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Cerita PendekAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...