Bab 34

180 7 0
                                    

Selepas mendapatkan kebenaran doktor,Shasha Azira membawa suaminya Adrian Raihan untuk pulang ke rumah semula.

Sempat juga doktor tersebut menasihatkan agar jangan terlalu memaksa Adrian Raihan untuk mengingati memori lamanya.Shasha Azira akur dengan nasihat doktor tersebut.

Adrian Raihan terlihat agak bingung.Dia masih tidak mengenali Shasha Azira walhal itu ada isterinya sendiri.Lalu dia melihat ke arah Safiya yang di dukung oleh Shasha Azira.Kerusi roda yang diduduki oleh Adrian Raihan di tolak oleh Datin Humairah menuju kereta.

"Nanti kalau ada apa-apa call mommy okay?"Pesan Datin Humairah kepada Shasha Azira.

"Okay Mommy.Thank you sebab tolong Shasha"Ucap Shasha Azira.Datin Humairah tersenyum.

"Mestilah Mommy akan tolong Shasha,Shasha kan menantu Mommy"Lalu Shasha Azira mengangguk kecil sambil tersenyum.

Sesampainya di rumah,Shasha Azira membawa Adrian Raihan untuk berehat di bilik.Sungguh Adrian Raihan seperti tetamu kerana dia tidak tahu apa-apa tentang rumah ini.

"Hubby nak apa-apa tak? minum? makan?"Tanya Shasha Azira.

"Siapa nama saya?"Tiba-tiba Adrian Raihan menyoal siapa namanya.Shasha Azira tersenyum.Lalu dia mengambil tempat di sebelah Adrian Raihan.

"Nama Hubby,Adrian Raihan.Tapi kawan-kawan Hubby panggil Hubby Adrian"Terang Shasha Azira secara lembut.

"Ad-apa?"Shasha Azira hampir tergelak melihat telatah Adrian Raihan yang lupa cara ingin menyebut namanya sendiri.

''A.dri.an.Adrian"Kata Shasha Azira satu persatu agar Adrian Raihan dapat tangkap ayatnya.

"A.dri.an"Kata Adrian Raihan pula.Shasha Azira bertepuk tangan apabila suaminya yang amnesia berjaya menyebut namanya sendiri.

Lalu Adrian Raihan mengalihkan pandangannya kearah Safiya menyusu sambil berbaring di katil.

"Dia siapa?"Tanya Adrian Raihan.

"Sa.fi.ya. anak kita"Terang Shasha Azira.Adrian Raihan diam seketika.Anak?

"Sa.fi.ya?"Kata Adrian Raihan satu persatu.Shasha Azira sekadar mengangguk seraya tersenyum.

"Kau pula siapa?"Kini Adrian Raihan menyoal siapa Shasha Azira.

"Shasha.Nama saya Shasha Azira.Tapi Awak panggil Sa.yang."

Adrian Raihan mencuba menghafal satu persatu namanya,anaknya dan isterinya itu.Mulutnya berkumat kumit menyebut nama Shasha Azira,Safiya dan namanya sendiri secara perlahan.

Shasha Azira yang melihat telatah Adrian Raihan yang mencuba menghafal nama itu tersenyum.Dia tahu Adrian Raihan mencuba ingat kembali memorinya.Lalu Adrian Raihan menggelengkan kepalanya.

"Saya...dah lupa"Kata Adrian Raihan.

"Hubby lupa apa?"Tanya Shasha Azira.Lalu Adrian Raihan memandang kearah Shasha Azira.

"Nama saya dan kamu"Kata Adrian Raihan.Shasha Azira tersenyum kelat.Sungguh dia sedih melihat keadaan Suaminya itu.

"Tak apalah.Lama-lama Hubby ingatlah.Yang penting Hubby jangan paksa diri"Pesan Shasha Azira.

Kini Shasha Azira berada di ruang tamu.Matanya ligat memandang telephonenya.Nombor Zarid di cari.

Zarid yang sedang menaip sesuatu dia komputer ribanya terhenti apabila telephonenya berdering menandakan ada panggilan masuk.Tertera nama Shasha di skrin telephonenya.Senyuman terukir dia wajahnya

"Assalammualaikum Shasha"Kata Zarid yang memberi salam seraya senyuman.

"Waalaikumsalam.Zarid,saya nak minta maaf sangat-sangat"Kata Shasha Azira yang tiba-tiba memohon maaf.Zarid mengerutkan dahinya minta maaf?

''Er,kenapa?"Tanya Zarid yang pelik.

"Suami saya,Adrian.Dia dah sedar"Kata Shasha Azira.

"Oh yeke? baguslah kalau macam tu.So macam mana keadaan Adrian? dan kenapa awak minta maaf "Tanya Zarid.

"Adrian,dia amnesia"Kata Shasha Azira yang berat hati ingin mengatakan hal tersebut.Zarid terkejut mendengar hal tersebut.

"Teruk sangat ke? i mean dia dah tak ingat semua ke?"Tanya Zarid.

"Ya,dia lupa nama dia,saya,anak kami Safiya even family dia sekali"Kata Shasha Azira dengan nada sedih.Entah kenapa setiap kali Shasha  Azira bercakap berkenaan statusnya  Zarid akan merasa agak tidak suka.

"Jadi awak nak cakap yang awak tak jadi dinner dengan sayalah malam ni? sebab nak jaga Adrian?"Kata Zarid.

"Ya,macam tu lah nampak gayanya.Saya minta maaf sangat-sangat Zarid sebab tak dapat dinner dengan awak sekali malam ni.Sorry"Kata Shasha Azira yang tidak habis-habis memohon maaf.Sungguh dia merasa bersalah.

"No its okay.I'm fine.Lagipun awak tak perlu risau pun pasal dinner tu.Yang penting Adrian tu.Dia kan dah sedar? jadi awak kenalah jaga dia.Its okay"Kata Zarid.Shasha Azira tersenyum mendengar kata-kata Zarid.Sungguh Zarid memahami situasi yang dialaminya sekarang ini.

"Thank you Zarid sebab faham saya.Saya pasti satu hari nanti Allah pasti balas budi baik awak ni"Kata Shasha Azira.Zarid sekadar tersenyum

"No problem.Okaylah saya nak sambung kerja saya balik ni.Take care Shasha and kirim salam dengan Adrian juga"Pesan Zarid.

"I will and thanks"Katanya sambil tersenyum.

Lalu talian di matikan oleh Zarid.Shasha Azira sungguh gembira apabila Zarid tidak marah akan dirinya.Siapalah yang bertuah akan dapat jejaka itu.

Zarid meletakkan handphonenya di atas meja.Rambutnya dikusutkan.Rosak rancangan makan malam berdua dengan Shasha Azira hanya kerana Adrian Raihan.Terpaksalah dia membatalkan semua yang di buatnya.

"Aish! habis duit aku beribu-ribu spend untuk makanan mahal kat hotel tu"Rungut Zarid.







CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now