Bab 43

236 10 3
                                    

Suasana di hotel itu menjadi riuh-rendah dengan suara tetamu di majlis kawin Daniel dan Hannah.

"Selamat pengantin baru Bro!"

Aryan menepuk bahu Daniel lalu dia senyum ke arah Hannah.

"Lawa bini kau"Bisik Aryan di telinga Daniel."Kau jangan nak ngorat bini aku Ryan.Kang aku tumbuk kau tak sempat kau kawin."Kata Daniel yang memberi amaran.

"Tahniah korang!"

Farah yang baru tiba dengan Jimmy.

"Thanks"Ucap Hannah dengan senyuman.

"who's next?"

Mereka semua memandang sesama sendiri apabila Daniel bertanya.

"Aku tunggu jodoh je...lagipun aku dah habis U."Kata Aryan yang baru saja menamatkan pembelajarannya di UK.

Khairil memandang ke arah Erina yang berdiam diri.Lalu Khairil menuju ke arah Erina.

"So? apa jawapan awak?"Katanya sambil berbisik.Erina memandang sekilas kearah Khairil.

"Tak romantik langsung kan awak ni? adakah orang bawa kawin tanpa kenal and suka sesama sendiri? dah lah message saya kat whatapps lepas tu ajak kawin? eeee tak tahu malu."

Khairil tertawa kecil.

"Daniel ngan Adrian pun bercinta selepas nikah apa? takkan kita tak boleh?"

Erina memandang kearah Khairil tidak percaya.

"Jangan nak gelojoh sangat Khairil,kang jodoh tu bukan milik kita? awak juga yang menangis."

"Kalau macam tu kita buatlah jodoh tu milik kita?"

"Kalau ada tu adalah...kalau tak ada apa boleh buat?"Kata Erina.

"Mana ada kalau ada adalah? itu namanya reject secara aman."

Erina menggelengkan kepalanya.

Shasha Azira membawa Adrian Raihan sambil memegang tangan suaminya kearah kawan-kawan mereka yang sedang berkumpul.

"Eh? Shasha,Adrian."Kata Hannah yang cantik mengenakan pakaian pengantin perempuan.

"Tak sangka aku yang kau dah kawin Hannah.Apa-apapun tahniah."Kata Shasha Azira.Hannah tersenyum.

Aryan menuju ke arah abangnya Adrian Raihan.

"Macam mana dengan Abang Ad? dia okay?"Tanya Aryan kepada Shasha Azira.

Adrian Raihan melihat kearah Aryan.

"Dia masih lagi tak ingat apa-apa."Aryan tersenyum kelat.

"Hubby...ini Aryan,Adik awak."Shasha memperkenalkan suaminya yang amnesia kepada Aryan iaitu adik kepada Adrian Raihan.

Adrian Raihan hanya berdiam diri.Dia tidak kenal mahupun ingat tentang Aryan adiknya itu.

"Tak apalah kak Sha...Aryan tahu yang Abang Ad takkan ingat Aryan punya..."Shasha Azira tersenyum kelat.

Seorang gadis yang mendukung seorang budak perempuan menuju kearah Shasha Azira dan Adrian Raihan.

"Assalammualaikum?"

Lalu mereka semua yang berada di sana menoleh ke arah suara empunya yang memberi salam.

Dahlia dan Safiya yang baru tiba di sana mengejutkan mereka semua kecuali Hannah dan Daniel.Kerana mereka berdualah yang menjemput Dahlia ke majlis kawin mereka.

"Safiya!"

Lantas Shasha Azira menuju kearah Dahlia.Lalu Dahlia menyerahkan Safiya kepada Shasha Azira yang terlihat sangat merindui gadis kecil itu.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now