Kedengaran jelas bunyi ketawa para lelaki yang berada di dalam bilik yang besar itu.Mereka semua jelas kelihatan mabuk apabila di hidangkan arak oleh para gadis di sana.Ada juga yang memegang tubuh badan gadis yang menghidangkan arak di dibahagian yang tidak sepatutnya.
Di dapur pula kelihatan para gadis yang lain berkumpul.Kayla memberikan arahan kepada para gadis itu.Shasha Azira juga berada disana untuk membantu Kayla dalam menjayakan misi mereka itu.
Kayla yang memberikan arahan dalam bahasa inggeris itu di bantu oleh Darleen untuk menjelaskan ke dalam bahasa thailand kebanyakkan gadis-gadis yang diculik dari negara sana dan ada juga dari negara lain.
Selesai saja Kayla menerangkan rancangan mereka,semua gadis itu mengganguk tanda faham.Kini mereka akan menghantar minuman arak yang sudah bercampur dengan ubat tidur dengan dos yang banyak.Tetapi mereka tidak mahu para lelaki itu mati.
Gadis-gadis yang baru saja keluar dari dapur segera menuju ke bilik yang menempatkan para jejaka itu berseronok.Tanpa mereka sedar,arak yang mereka minum sudah bercampur dengan ubat tidur.
Beberapa minit kemudian,kelihatan para lelaki tersebut seperti mengantuk dan mereka semua pun terlelap.
Bella dan Darleen membuat high-five apabila mereka berjaya membuat para lelaki itu tidur.Bella dan Darleen keluar dari bilik tersebut dan mengunci pintu tersebut.
Kayla dan Shasha Azira pula menuju ke bilik CCTV untuk mematikan sistem kawalan tersebut.Selesai saja Kayla mematikan kesemua CCTV, mereka lantas keluar dari sana.
Para gadis yang lain sudah mencari alat untuk mereka pertahankan diri masing-masing.Bilik senjata di tuju.Para gadis itu ternga-nga apabila melihat terdapat banyak jenis senjata api.Tanpa berfikir panjang mereka terus mengambil senjata-senjata tersebut yang senjata lebih mereka buang kedalam karung.
"Kau pasti ke ada telephone yang Phat tinggalkan dalam bilik tu? sedangkan orang-orang dia pun takde telephone" ujar Shasha Azira kepada Kayla yang sedang menuju ke bilik Phat membuat kerjanya.
"Saya pasti,sebab saya pernah nampak dia simpan telephone kat bilik tu"ujar Kayla.Kini mereka tiba di bilik yang di katakan.
Habis semua tempat mereka selongkar.Namun belum kelihatan sebuah telephone yang terdapat di bilik itu.Kayla dan Shasha Azira tidak putus asa mencari telephone tersebut.
Akhirnya mereka jumpa setelah sejam lebih mencari.Kayla dan Shasha Azira lantas keluar dari bilik tersebut.Kini gadis-gadis itu berada di luar.Alangkah terkejutnya mereka apabila tempat yang mereka dikurung sebenarnya pulau.
"What?!" jerit para gadis itu serentak.Kayla seorang saja yang tidak terkejut kerana dia sudah tahu bahawa mereka semua di pulau.Setahun lalu dia pernah cuba melarikan diri.Apabila dia sudah keluar,rupa-rupanya dia selama ini berada di pulau.
"Kayla? macam mana kita nak keluar dari pulau ni?" ujar Shasha Azira.
"Jangan risau,saya dah hubungi salah seorang rakan saya yang juga berkerja untuk Phat namun dia tidak setia kepada lelaki tak guna itu.Mungkin kita perlu tunggu sehingga dia datang" kata Kayla.Lalu para gadis itu duduk di pasir begitu juga dengan Shasha Azira.
"Kayla? boleh saya pinjam telephone tu kejap?ujar Shasha Azira.Lalu Kayla menyerahkan telephone tersebut kepada Shasha Azira.
~♡~
Adrian Raihan yang menyuapkan bubur ke mulutnya terhenti apabila telephonenya berdering.Dia mencapai telephonenya.Nombor yang tidak dikenali.Dia dengan malasnya menjawab panggilan tersebut.
"Hello?" ujar Adrian Raihan.
Shasha Azira yang mendengar suara suaminya itu terus saja mengalirkan air matanya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...