Adrian Raihan memandang pelik kearah tujuh orang yang duduk di sofa sambil berbual-bual dengan Shasha Azira.
"So Adrian betul-betul lupalah?"Kata Daniel sambil memandang kearah Shasha Azira.Shasha Azira sekadar mengangguk.Dia merasa seperti Adrian Raihan tiada di samping walaupun Adrian Raihan sudah kembali padanya.
Lalu Daniel mengalihkan pandangannya kearah Adrian Raihan yang duduk membisu di sofa.
"Adrian? kau ingat aku tak?"Tanya Daniel tiba-tiba.Adrian Raihan menjadi hairan.Lalu dia mengalihkan pandangannya kearah lain.Dia tidak kenal siapa lelaki itu.
"Adrian,kita sebenarnya dah lama kenal.Tapi aku terpaksalah bagitahu balik nama aku"Kata Khairil Adrian Raihan memandang sekilas"Aku Khairil Nazrul.Tapi kau panggil aku Khairil je atau Khai"kata Khairil.
"Aku pula Daniel"Kata Daniel.Adrian Raihan langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Dia hanya diam sambil mendengar.
"Hubby?"panggil Shasha Azira lembut Adrian Raihan melihat Shasha Azira sekilas.
"Maaf tapi saya tak ingat kamu semua"Kata Adrian Raihan sambil menundukkan wajahnya.Mereka yang mendengar kata-kata Adrian Raihan itu tiba-tiba merasa seperti kehilangan Adrian Raihan.
"Shasha,doktor ada cakap tak kalau Adrian boleh sembuh?"Tanya Hannah.
"Bergantung kepada kesihatan dia.Doktor ada bagitahu juga kalau nak Adrian cepat sembuh,Aku kena buat something yang kita orang selalu buat dulu"Terangnya.
"Termasuk masuk office ke?"Sampuk Erina.
"Itu aku tak pasti.Sebab Adrian mana ingat macam mana nak buat kerja kat office tu"Kata Shasha Azira.
"Apa kata kau bawak dia pergi terapi?"Kata Jimmy yang mencadangkan agar Adrian Raihan dibawa terapi.
"Ha ah,apa kata kau bawak Adrian terapi? mana tahu otak dia boleh berjalan dengan lancar untuk ingat semua memori lama dia?"Kata Farah yang bersetujuh dengan cadangan Jimmy.
"Aku memang ada terfikir juga pasal tu"Kata Shasha Azira lalu dia memandang ke arah suaminya yang diam tanpa sebarang bunyi pun.
Sementara itu disebuah gudang lama terlihat Vince yang sedang bercakap dengan seseorang di telephone.
"Aku nak kau pastikan yang tak ada satu pun orang pun perasan kau buat kerja ni.Faham?"Katanya dengan nada tegas.
Lalu Vince sekadar mengangguk apabila mendapat jawapan dari si pemanggil di hujung talian.Talian di matikan oleh Vince.
"Saya risaulah kalau Adrian dah tak ingat langsung apa-apa tentang kita"Kata Datin Humairah.
"Cubalah awak berhenti cakap benda macam tu?"Kata Dato Hisyam.Sudah berhari-hari isterinya berkata benda yang sama kepadanya.
"Awak nikan.Adrian tu anak kita tahu tak? macam mana saya tak risau?"Datin Humairah memandang kearah Dato Hisyam dengan pandangan tidak puas hati.
"Iya,saya tahu Adrian tu anak kita,tapi tak baik kalau awak terus berfikiran negatif.Cubalah doakan semoga Allah pulihkan ingatan Adrian semula?itukan lebih baik?"Datin Humairah menarik muka.
Dato Hisyam sudah menggelengkan kepalanya melihat isterinya yang merajuk mungkin terasa hati.
"Asal saya tegur je buat muka.Tak fahamlah saya dengan awak ni"Dato Hisyam beredar dari sana meninggalkan Datin Humairah di ruang tamu.
"Suka sayalah nak buat muka ke ganti muka ke? muka saya juga?"Rungut Datin Humairah yang menghantar kepergian Dato Hisyam dari ekor matanya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...