Shasha Azira yang membantu Puan Aliya menyiapkan sarapan pagi di dapur tiba-tiba saja di sapa oleh Adrian Raihan yang baru saja tiba.
"Morning Sayang"Sapa Adrian Raihan di telinga Shasha Azira dengan suaranya yang diperlahankan namun boleh di dengar oleh Shasha Azira.
"Morning too"ucap Shasha Azira dengan senyuman.Lalu Adrian Raihan mencuit hidung Shasha Azira.
Puan Aliya yang tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri itu terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
Encik Sharul yang pelik melihat isterinya tersenyum sendiri terus menyapa isterinya.
"Awak dah kenapa? senyum-senyum,dah kenapa?"Tanya Encik Sharul yang duduk di meja makan.Puan Aliya memandang kearah dapur sebelum menuju kearah suaminya.
"Abang tahu tak si Shasha dengan Adrian tadi panggil each other Hubby dan Sayang.Eeeeee romantik sangat dia orang dua tu kan?"Kata Puan Aliya dengan senyuman.
"Biarlah dia orang tu.Dah nama pun suami isteri suka hati dia oranglah"Kata Encik Sharul sambil membawa surat khabarnya.
"Tak sangkakan? dia orang tu boleh sweet sampai macam tu sekali"Kata Puan Aliya sambil menunangkan teh ke cawan Encik Sharul.
"Hmm"Encik Sharul sudah menggelengkan kepalanya.Tidak habis-habis isterinya masuk campur urusan anaknya itu.
Shasha Azira dan Adrian Raihan yang baru tiba di meja makan hanya di perhatikan oleh Puan Aliya.Lalu Adrian Raihan mencium dahi Safiya yang duduk di kerusi diantara dia dan isterinya.
Encik Sharul melipat surat khabarnya dan diletakkan di atas meja.
"Adrian tak kerja ke hari ni?"Tanya Encik Sharul sambil memandang Adrian Raihan.
"Kerja,tapi tengah hari nanti baru Ad masuk office"Kata Adrian Raihan.Encik Sharul sekadar mengganguk.
Selesai saja mereka bersarapan,Shasha Azira membantu Puan Aliya membasuh pinggan di dapur.
"Mama,sorrylah sebab sehari je kita orang kat sini.Adrian akhir-akhir ni busy sangat sebab dah lama dia tak masuk office"Kata Shasha Azira.
"Tak apalah,asalkan kamu ada balik sini dah cukuplah buat Mama and Papa happy.Its okay"Ujar Puan Aliya.Shasha Azira sekadar senyum.
Lalu Puan Aliya meminta izin untuk masuk kerana kerjanya sudah siap.Shasha Azira hanya tersenyum dan mengganguk.Puan Aliya yang berselisih dengan Adrian Raihan hanya memberikan senyuman.
Adrian Raihan bersandar pada meja sambil berpeluk tubuh dan memerhatikan Shasha Azira yang sedang membasuh pinggan.Nampaknya kerja membasuh pinggan sudah pun selesai.
Shasha Azira yang memusingkan badannya terkejut apabila melihat suaminya sudah berada di belakangnya.Adrian Raihan tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Hubby,terkejut Sayang.Nasib baik Sayang tak ada sakit jantung"Ujarnya.
"Sorry Sayang.Hubby tak sengaja" sambil kedua-dua belah tangannya memegang pipi milik Shasha Azira.
"Safiya mana?"Tanya Shasha Azira.
"Ada kat atok dia"Balas Adrian Raihan.Shasha Azira sekadar mengganguk.Shasha Azira yang baru ingin melangkah terhenti apabila Adrian Raihan menarik tangannya.
"Ya? Hubby nak apa-apa?"Tanya Shasha Azira.
"Nak......Sayang.Boleh?"Kata Adrian Raihan.Shasha Azira sudah mengeluh.
"Sorry,but......no"Kata Shasha Azira dengan nada sedikit bersalah.
"Its okay,Hubby saja je tadi tu"Kata Adrian Raihan dengan senyuman.
"So,can you let my hand go? Sayang nak masuk dalam"Kata Shasha Azira.
Adrian Raihan tersenyum dan melepaskan pegangan tangannya.Dia hanya melihat kelibat isterinya yang semakin jauh darinya.'Sabar Adrian,sabar.Kau kena ingat,kau tak boleh paksa dia'monolognya seorang diri.
Shasha Azira yang melihat Safiya dan Encik Sharul sedang menonton televisyen di sofa lalu dia tersenyum.Kakinya di atur mendaki tangga.
'Sorry Hubby,Sayang masih tak boleh bagi hak Hubby sebagai seorang suami.I'm sorry'desis hatinya.
Trauma yang ada pada dirinya masih kuat menghantuinya.Dia tahu yang Adrian Raihan mempunyai hak yang sah kerana mereka ialah suami isteri.Mahu saja dia melawan traumanya itu.Namun,dia sungguh lemah.
Beg bagasi bersaiz sederhana itu di masukkan ke dalam bonet kereta.Lalu Adrian Raihan menutup pintu bonet tersebut.Dia membetulkan tali lehernya sebelum melangakah kearah Puan Aliya dan Encik Sharul.
Shasha Azira menyalami Puan Aliya dan Encik Sharul.Puan Aliya memeluk Shasha Azira buat kali terakhir sebelum mereka pulang.
"Nanti kalau ada masa,Shasha datang lagi ya?"kata Shasha Azira sambil memegang tangan puan Aliya.Puan Aliya sekadar mengangguk dan senyum
Adrian Raihan menyalam tangan Encik Sharul.Lalu dia menyalami tangan Puan Aliya.
"Ha Adrian,bawak kereta hati-hati tau?"pesan Encik Sharul.
"Okay Papa"Balas Adrian Raihan.
Puan Aliya mencium dahi Safiya dan mencubit lembut pipi Safiya.
"Okaylah Mama Papa,Kita orang gerak dulu ya?"Kata Shasha Azira.
"Shasha,jangan lupa pesan Mama tau? jangan paksa diri"Kata puan Aliya yang hanya di dengari oleh Shasha Azira saja.
"Okay Mama.Assalammualaikum"ucap Shasha Azira.Lalu Adrian Raihan menuju ke arah tempat duduk penumpang di hadapan dan membuka pintu tersebut dan berlalu ke arah tempat duduk pemandu dan masuk ke dalam.
"Waalaikumsalam"Serentak Encik Sharul dan Puan Aliya menjawab
Shasha Azira melambai ke arah ibubapanya sebelum masuk ke dalam kereta.
"Hati-hati bawak kereta tu"pesan Puan Aliya.Lalu Adrian Raihan menekan hon dan perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah itu.

YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...