Adrian Raihan yang baru saja keluar dari kereta bergegas ke sebelah tempat duduk penumpang.Pintu kereta dibuka dan Shasha Azira pun keluar.Shasha Azira tersenyum
Kelihatan seorang budak perempuan berumur satu tahun di dalam dukungan Shasha Azira.Budak perempuan tersebut hanya diam sambil menyedut minuman kotaknya.
Lalu mereka melangkah masuk kedalam banglo.Arvian Raihan pula membawa masuk beg dan terus menuju ke tingkat atas.Shasha Azira membawa budak perempuan tersebut ke dapur.
Shasha Azira meletakkan budak perempuan tersebut di atas kerusi.Adrian Raihan yang baru saja masuk ke dalam dapur menuju kearah budak perempuan tersebut.
"Papa nah dah habis"ujar Safiya sambil menghulurkan kotak minuman yang telah kosong.
"Dah habis? good girl"lalu Adrian Raihan mengambil kotak minuman yang telah kosong itu.
"Hubby? boleh tak bawak Safiya kat depan kejap? Sayang nak masak dahulu"ujar Shasha Azira yang menyuruh Adrian Raihan membawa Safiya ke ruang tamu.Adrian Raihan yang baru saja selesai membuang kotak minuman yang kosong itu memandang kearah Shasha Azira.
"Okay Sayang.Safiya let's go ikut Papa"Lalu Safiya di dukung dan di bawah di ruang tamu.
Adrian Raihan yang melihat Safiya bermain dengan anak patung beruang itu tersenyum.Tak sangka bahawa sekarang dia bergelar seorang bapa.Biarpun Safiya hanya anak angkat,dia merasakan bahawa Safiya adalah anaknya sendiri.
Safiya atau nama sebenarnya Safiya Az-zahrah binti Adrian Raihan.Ya,Kini Safiya anak kepada Adrian Raihan dan Shasha Azira yang sah.Sebenarnya,ibubapa kandung Safiya telah meninggal dunia saat Safiya berumur lima bulan.Ibubapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya.Lalu Safiya dihantar ke rumah anak yatim kerana Safiya tidak mempunyai keluarga yang lain.
"Safiya.Nanti Papa bawak Fiya jumpa nenek dan atok okay?"ujar Adrian Raihan sambil mengusap kepala anaknya itu.
"Okay"ujar Safiya walaupun dia tidak faham.Adrian Raihan sudah tersenyum.
Makan malam kali itu sangat meriah apabila Safiya makan hingga mulutnya comot.Adrian Raihan yang menyuapkan makanan kepada Safiya tersenyum apabila Safiya juga turut suka apabila di suap.Shasha Azira hanya memerhati dua beranak itu sambil tersenyum.
Selesai saja mereka menjamu makan malam,Adrian Raihan dan Shasha Azira membawa Safiya ke bilik.Safiya berlari kearah katil bersaiz king itu.
"Hahaha Kesian dia tak dapat naik"lalu Adrian Raihan membawa Safiya naik ke atas katil.Shasha Azira sudah menggelengkan kepalanya apabila Adrian Raihan dan Safiya tidak henti-henti ketawa.
"Safiya tak ngantuk ke?''lalu Shasha Azira mengusap rambut milik Safiya.
"Safiya Papa dah ngantuklah.Kita tidur okay sayang?"lalu Safiya menuju kearah Shasha Azira dan memeluk leher Shasha Azira.
"Hubby tidurlah dulu.Maybe Fiya belum nak tidur lagi"kata Shasha Azira.Lalu Adrian Raihan mengganguk dan senyum.Adrian Raihan merebahkan badannya dan memusingkan badannya ke kanan.
"Fiya taknak tidur lagi ke?"lalu Safiya menggelengkan kepalanya.Shasha Azira hanya senyum.Safiya kembali memaut leher Shasha Azira.
Beberapa minit kemudian Safiya pun terlelap.Shasha Azira membaringkan Safiya di tengah-tengah antara Adrian Raihan dan dirinya.Shasha Azira mencium dahi Safiya sebelum membaringkan tubuhnya.
~♡~
Datin Humairah yang menuju kearah pintu masuk terus membuka pintu.Kelihatan wajah Adrian Raihan sudah berada di pintu masuk.
"Assalammualaikum Mommy.Did you miss me? hmm?"ujar Adrian Raihan dengan suaranya yang agak dibuat-buat sexy.Datin Humairah tidak menghiraukan Anak lelakinya itu malah Datin Humairah menolak tubuh anaknya menjauhinya.
"Aduh! Mommy? sampai hati Mommy tolak anak mommy?"Datin Humairah sudah menjelingkan matanya.
"Assalammualaikum Mommy"ujar Shasha Azira lalu menyalami tangan Datin Humairah.
"Waalaikumsalam.Ya Allah ini ke cucu Mommy? comelnya"lalu Shasha Azira menyerahkan Safiya kepada Datin Humairah.
"Siapa nama dia? Az-Zahrah?"tanya Datin Humairah.
"Safiya Az-Zahrah binti Adrian Raihan"ujar Adrian Raihan dengan bangga.Datin Humairah mencium pipi milik Safiya.
"Real name or......?"Lalu Datin Humairah memandang kearah Shasha Azira.
"Safiya kitaorang yang bagi.Az-Zahrah nama sebenar dia"ujar Shasha Azira lalu mencubit pipi Anaknya.
"Eh? dah jomlah kita masuk ke dalam dulu.Kesian Safiya kepanasan"Lalu Datin Humairah menolak tubuh Adrian Raihan menjauhinya.
Adrian Raihan sudah ternga-nga.Datin Humairah marah dia kah?
"Alololo......Kesian dia....."Lalu Shasha Azira meninggalkan Suaminya seorang diri.
Sekali lagi Adrian Raihan ternga-nga.
"Ya Allah, mengapa diriku di tolak-tolak dan dibiarkan seorang diri?"Lalu Adrian Raihan meletakkan tangannya di mulutnya seakan-akan menahan tangisan.
"Hubby?! masuklah Hubby oi!!"kedengaran suara Shasha Azira memanggil namanya dari dalam.
"Ya ya ya! Hubby masuklah ni!"lalu Adrian Raihan masuk ke dalam.
"Nasib kaulah Adrian"ujarnya sendiri
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...