Bab 24

210 8 0
                                    

"Assalammualaikum Mama,Papa"Kata Shasha Azira yang melangkah masuk ke dalam rumah Puan Aliya.Safiya yang di dukungannya sudah pun tertidur ketika di dalam kereta.

"Waalaikumsalam,Shasha.Ya Allah rindunya Mama dengan anak Mama"Lalu Puan Aliya melihat Safiya yang terlelap di dukungan Shasha Azira.

"Lah cucu nenek dah tidur? kamu bawaklah anak kamu kat bilik dulu"Kata Puan Aliya.

"Eh? Shasha.Adrian mana?"Sampuk Encik Sharul yang baru tiba.

"Adrian ada meetting dengan client.Sebab tu dia tak ikut sekali"Kata Shasha Azira yang memberitahu bahawa Adrian Raihan tidak ikut bersamanya.

"Hmm...dahlah kamu naik atas lepas tu rehat"Kata Encik Sharul.Lalu Shasha Azira mengganguk.

Safiya yang terlelap di letakkan di atas katil lalu Shasha Azira mencium dahi anaknya sebelum melangakah ke arah almari.Pintu yang tadi tertutup rapat di buka oleh Puan Aliya dari luar.

"Shasha,Nanti kalau kamu lapar ada nasi lemak kat dapur"Kata Puan Aliya.Lalu Shasha Azira menoleh ke belakang.

"Oh okay Ma"Dengan senyuman.Puan Aliya melangakah ke arah Safiya.

"Comel je Safiya ni tidur.Tak meragam dia ke kalau malam?"Tanya Puan Aliya.Lalu Shasha Azira yang selesai meletakkan baju ke dalam Almari terus menuju kearah Puan Aliya.

"Tak juga"Kata Shasha Azira.Lalu dia mengusap rambut anaknya.Tak dia sangka yang kini dia bergelar seorang ibu.

"Teringat dulu Mama masa kamu dan Adrian baru nak kawin.Dua-dua malas nak bertegur sapa"Kata Puan Aliya.Shasha Azira hanya tersenyum.

"Shasha pun tak sangka yang lepas je Shasha kawin dengan Adrian,Shasha rasa happy sangat sebab Adrian tak pernah buat Shasha sedih or sakitkan hati Shasha"Kata Shasha Azira.Sungguh dia bersyukur kerana di kurniakan seorang suami yang cukup baik.

"Di setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.Macam Shasha dan Adrian.Bercinta selepas nikah.Maksudnya Allah nak kamu berdua bercinta dengan cara yang halal"Kata Puan Aliya.

"Shasha tak pernah terfikir yang Shasha akan dapat Adrian sebagai suami Shasha"Kata Shasha Azira.

"Rahsia Allah,Siapa yang tahu?"Kata Puan Aliya.Lalu Shasha Azira tersenyum.

"Dah sebulan dah Shasha kawin.Tapi,Adrian masih belum dapatkan hak dia sebagai seorang suami.Shasha.Shasha bukan tak nak bagi.Cumanya.....Shasha masih trauma"Kata Shasha Azira sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

"Tak apalah,Mama percaya mesti ada sebab kenapa semua benda ni terjadi"Kata Puan Aliya.Tangan Anaknya di capai.

"Shasha tak boleh nak paksa diri buat sesuatu yang Shasha tak boleh buat.Itu namanya menyiksa diri sendiri"Kata Puan Aliya.Shasha Azira hanya tersenyum nipis.

"Betul cakap Mama.Thank you Mama sebab selalu ada untuk Shasha"Katanya dengan senyuman.

"Mama akan selalu ada untuk Anak Mama sebab Shasha ialah tanggungjawab Mama yang Allah berikan kepada Mama.Mama bersyukur sangat sebab Allah kurniakan Anak sebaik Shasha"Lalu Shasha Azira memeluk Puan Aliya.

"Shasha janji yang Shasha akan jaga Mama seperti mana Mama jaga Shasha"Kata Shasha Azira.Puan Aliya sudah tersenyum.

~♡~

Daniel memandang kearah Hannah yang dari tadi hanya senyap.

"Hannah? awak okay?"Tanya Daniel.Lalu Hannah memandang ke arah Daniel dan mengganguk.

"Kalau awak nak balik saya boleh hantarkan"Kata Daniel.

"Macam mana awak boleh terfikir nak masuk meminang saya masa hari yang awak nak bawak saya keluar?"Kata Hannah.Dia teringat masa Daniel ingin mengajaknya keluar.Hannah ingatkan Daniel hanya akan berjumpa dengan Ayah untuk meminta izin.Rupanya Daniel terus masuk meminangnya.

"Saya pun taknak bawa anak dara orang keluar suka-suka.And,sebenarnya saya.......betul-betul maksudkan nak jadikan awak sebagai isteri saya dan kekasih halal saya"Kata Daniel ikhlas dari hatinya.

"Tapi saya belum kenal awak sepenuhnya lagi? macam mana saya nak cintakan awak kalau saya tak kenal baik budi awak?"Kata Hannah.

"So awak nak berkenalan lah dulu?"Lalu Hannah mengangguk.Daniel berdeham sebelum memulakan bicaranya.

"Nama di beri Daniel Akmal bin Dato Khalid Omar.height 180 and favorite color red and blue.Favorite food cooked by my mother also yours.Status It belongs to Hannah"Hannah sudah tertawa dengan karenah Daniel.

"And my love only for you"Kata Daniel lagi.Hannah sudah tersenyum malu.

"Wow? not bad"Kata Hannah.Daniel sudah tersenyum bangga.

"And,one more thing"Kata Daniel.

"What?"Tanya Hannah dengan senyuman.

"You are mine"Kata Daniel dengan nada yang menggoda.Pipi Hannah sudah merah lalu dia menyedut air strawberrynya yang dipesan.Senyuman cuba di sorokkan.

Daniel sudah tersenyum.Matanya tidak lepas memandang Hannah yang kini merupakan tunangnya.

CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)Where stories live. Discover now