Khairil baru saja melangkah keluar dari balai polis.Telephonenya di keluarkan dan terus mendail nombor Dato Hisyam.
"Assalammualaikum Uncle?"
Langkahnya di atur menuju kereta.Kereta yang di pandu Khairil laju membelah jalan raya.Beberapa minit kemudian dia sampai di perkarangan rumah Dato Hisyam.
Kelihatan Shasha Azira dan Adrian Raihan sudah ada di sana.Dato Hisyam yang melihat kedatangan Khairil lantas berdiri dan mendekati Khairil.
"Jadi macam mana?"Tanya Dato Hisyam."Lelaki tu bukan lelaki yang sama dengan yang datang kat hospital tempoh hari."Tiba-tiba saja sudah ada Daniel dan isterinya Hannah di sana.
"What? sorry,Uncle tak faham."Kata Dato Hisyam.Daniel mendekati Dato Hisyam."Lelaki yang di tahan tu dan yang datang ke hospital tu orang yang berbeza."Kata Daniel.
Daniel dan Khairil menceritakan hal yang sebenar.Cerita yang mereka ceritakan ini dari hasil mereka dapat dari lelaki yang di tumbuk oleh Daniel.
"Maksudnya,Vince bos kepada lelaki yang kena tahan tu dah bunuh lelaki yang datang kat hospital tempoh hari? macam tu?"Tanya Dato Hisyam.
Daniel menganggukkan kepalanya.Tidak sia-sia dia mengotorkan tangannya menumbuk muka lelaki itu.Akhirnya lelaki itu memberitahu semua yang di perlukan oleh mereka.
"Dan...yang paling mengejutkan..."Khairil memandang kearah Shasha Azira."Vince yang rancang kes pembunuhan arwah Clara dan...Sebab macam mana Adrian boleh hilang ing-"Ayatnya tergantung apabila Adrian Raihan tiba-tiba saja berdiri dari duduknya.
Semua yang berada di sana terkejut.
"Aku dah agak!"Kata Adrian Raihan tiba-tiba.Shasha Azira yang di sebelahnya terkebil-kebil.Ternga-nga mulut mereka semua.Adrian Raihan memandang kearah mereka satu-persatu.
"Eh? Kantoi?"Kata Adrian Raihan dengan senggihannya.Shasha Azira di pandang."Sebenarnya..."
"Tapi kenapa ya Encik Adrian?"Tanya Doktor Iqram.Adrian Raihan berpaling kearah Doktor Iqram.
"Saya mungkin tak ingat semuanya.Tapi saya dah ingat benda terakhir yang saya nampak dan dengar.Mungkin saya masih tak ingat kalau saya ni dah kawin ataupun belum.Tapi saya tahu siapa saya.Saya ingat siapa ibubapa saya dan adik lelaki saya."Kata Adrian Raihan
Adrian Raihan di sahkan hilang ingatan.Namun,dia hanya kehilangan ingatan tentang hidupnya sekarang.Dia hanya ingat tentang dirinya di mana ingatannya sekarang ini ketika dia berumur 23 tahun lima tahun lepas.
"Encik tak nak bagitahu keluarga encik pasal ni?"Adrian Raihan menggelengkan kepalanya."Saya tak pasti lagi dengan apa yang saya ingat.Jadi saya nak Doktor tolong rahsiakan ini dari pengetahuan keluarga saya.Boleh?"
"Termasuk isteri Encik? Puan Shasha?"Jujur Adrian Raihan tidak ingat langsung berkenaan Shasha Azira.Dia hanya ingat bahawa dia masih bujang dan belum mengenali siapa Shasha Azira.
"Saya tak ingat pasal dia.Tapi,Ya.Tolong rahsiakan dari dia juga."Doktor Iqram menganggukkan kepalanya.
"Baiklah Encik Adrian."Adrian Raihan tersenyum."Encik bertuah sebab ada isteri sebaik puan Shasha."Adrian Raihan sekadar tersenyum nipis.
Mereka yang mendengar cerita yang di ceritakan oleh Adrian Raihan sangat terkejut.Shasha Azira juga turut terkejut.
Adrian Raihan memandang kearah Shasha Azira.
"And...saya rasa saya dah jatuh cinta buat kali kedua kat isteri saya."Kata Adrian Raihan.Mereka yang berada di sana sudah tersenyum-senyum.
"Jom tinggalkan mereka berdua."Bisik Dato Hisyam di telinga Khairil.Lalu Khairil membisikkan di telinga Daniel.Mereka semua berdiri dan berlalu naik keatas meninggalkan Shasha Azira dan Adrian Raihan.
Tangan Shasha Azira di raih lembut.
"Masa saya terjaga dari koma,dan benda pertama yang saya nampak ialah ibubapa saya.Tapi benda yang terakhir saya nampak dan dengar ialah awak."Shasha Azira sudah tersenyum.
"Saya tahu kita dah kawin,tapi saya masih lagi tak ingat semuanya.Saya masih berada di lima tahun lepas.Dan saya masih lagi bujang lima tahun lepas.Tapi bila awak,bagitahu saya dan ceritakan semua benda yang saya lupa,saya perlahan-lahan terima apa yang awak cakap kat saya.Jujur saya katakan,susah saya nak terima apa yang awak ceritakan kat saya."
Pipi Shasha Azira di ulas lembut.
"Saya masih lagi terasa di lima tahun lepas,dan saya rasa awak ialah cinta pertama saya untuk tahun ini dan lima tahun lepas.Tak sangka rupanya saya dah kawin.Bila awak bagi saya tengok gambar kawin kita dan video honeymoon kita,saya tak tahu kalau saya dah jatuh cinta kat awak.Saya jatuh cinta sekali lagi kat awak.Jatuh cinta kali kedua kat isteri saya sendiri."
"Saya tak tahu macam mana awak boleh buat saya jatuh cinta.Tapi saya boleh tahu macam mana rasanya jatuh cinta.Macam mana awak berikan kasih sayang dan cinta awak kat saya.Dan macam mana awak boleh bersabar dengan saya."
Shasha Azira cuba menahan air matanya.
"Terima kasih sebab dah jadi isteri saya...dan ibu kepada Safiya.Walaupun saya tahu yang Safiya bukan anak kita.Tapi cara awak jaga dan sayang Safiya,jadikan awak seorang ibu kepada Safiya.Tak kisah tentang status dan kisah bagaimana besarnya sayang awak kat Safiya.Dari situlah saya mulai belajar terima awak.Bukan sekadar terima.Tapi,terima awak sebagai isteri dan ibu kepada Safiya.Awaklah yang pertama dan terakhir untuk saya."
"I...I love you Sayang."Ucap Adrian Raihan.Shasha Azira yang sudah tidak tahan lantas memeluk Adrian Raihan.Air mata kegembiraannya akhirnya tumpah.Adrian Raihan tidak habis-habis mengucapkan rasa syukur di dalam hatinya.
"I love you too Hubby."Adrian Raihan mengeratkan lagi pelukkannya.
Tanpa mereka sedar,Datin Humairah,Puan Alya dan Encik Sharul yang baru datang melihat dan mendengar semua yang terjadi di hadapan mata mereka.Datin Humairah turut mengalirkan air matanya apabila Adrian Raihan sudah ingat semuanya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Historia CortaAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...