Kereta yang dipandu oleh Adrian Raihan berhenti di sebuah perkarangan banglo dua tingkat.Dia menoleh kearah Shasha Azira yang sudah dibuai mimpi.
"Nak kejut ke tidak? ah!... lantak kau lah!" lalu dia keluar dari perut kereta dan menuju ke bonet.Dua beg bagasi dikeluarkan dan di bawa masuk kedalam banglo tersebut.
Shasha Azira yang baru tersedar dari lenanya,terkejut apabila kereta suaminya itu berhenti di hadapan banglo dua tingkat.Apabila dia menoleh ke arah kerusi pemandu,Adrian Raihan sudah tiada di sana.
"What?! dia tinggalkan aku sorang dalam kereta ni? suami jenis apa dia ni? Ya Allah...dugaan apakah ini?"Apabila dia memerhatikan semula.Kelihatan Adrian Raihan yang melangkah keluar dari banglo tersebut.
"Eh? dah bangun dah? aku ingat aku nak angkat kau masuk kat dalam.Tapi alang-alang kau dah bangun,Jalanlah masuk kat dalam sendiri" ujar Adrian Raihan.
"Jap? maksudnya awak tak tinggalkan saya seorang dirilah dalam kereta mewah awak ni?" Kata Shasha Azira yang menyangkahkan bahawa Adrian Raihan meninggalkan dirinya.
"Apa kau merepek ni? memang taklah aku nak tinggalkan kau dalam kereta aku ni.Apa? kau ingat aku lupa yang kau ni isteri aku ke?" kata Adrian Raihan sambil tangannya diletakkan di pintu kereta yang terbuka itu.
"Maybe? Eh jap?! asal awak tak kejutkan saya je? kan senang? daripada awak nak susah-susah angkat saya?" pelik juga Shasha Azira dengan suaminya itu.Taknak penat.Tapi diri sendiri juga yang membuatkan penat.
"Aku takut kau penat je...iyalah,tadi kau layan tetamu sampai tak dapat nak duduk" semasa majlis mereka sedang berlangsung,Shasha Azira tidak habis-habis beramah-mesra dengan tetamu yang hadir.
"Bagasi saya mana? masih kat bonet ke?" soal Shasha Azira.
"Aku dah bawak masuk tadi masa kau masih tidur.Dahlah jom masuk.Kang kak ponti dan Abang ocong tu curi kau pulak" Sempat juga Adrian Raihan mengusik isterinya itu malam-malam.
"Mulut tu boleh tak jangan nak celupar sangat? not funny okay?" Lantas saja Shasha Azira masuk ke dalam banglo tersebut.
"Tahu takut.Tapi aku pun takut jugak sebenarnya" Dengan langkah yang laju,Adrian Raihan terus membontoti isterinya dari belakang.
Malam itu,Shasha Azira dan Adrian Raihan hanya berdiam diri sambil membuat kerja masing-masing.Shasha Azira yang meyikat rambutnya itu tiba-tiba di tegur oleh Adrian Raihan.
"Aku dengar,kalau orang perempuan sikat rambut tengah malam,Ada mahluk lain yang akan masuk dalam rumah" Shasha Azira memandang kearah Adrian Raihan.Sikat rambut yang berada di tangannya di humban ke arah Adrian Raihan.
"Auch! wei sakitlah! nasib baik tak kena muka aku.Kalau tak,dah lama aku kurung kau kat stor"
"Can you just stop saying benda silly tu semua? tak lawaklah.Kalau awak suka sangat seru diaorang tu,Baik awak buat pemujaan roh je"
Shasha Azira menuju kearah Adrian Raihan dan mengambil sikat rambutnya semula.Sungguh dia marah dengan sikap Adrian Raihan yang tidak habis-habis menakut-nakutkan dirinya.
"pengecut! kau percaya ke dengan perkara-perkara tu semua? hahahahaha.Budak kecik pun tahulah benda tu tak wujud" kata Adrian Raihan.
Shasha Azira yang sudah hilang sabar dengan karenah Adrian Raihan yang tidak habis-habis menyindirnya,Dengan langkah yang berani dia berdiri di hadapan Adrian Raihan.
"Kau dah kenapa? takut ek? Hahahaha" tawa Adrian Raihan membuatkan lagi hati Shasha Azira sakit.
''Benda tu memang tak wujud,Tapi syaitan tu wujud.Awak jangan lupa yang mereka boleh muncul dalam apa-apa rupa sekalipun.Even manusia" kata Shasha Azira tanpa secalit nada.Tawa Adrian Raihan terhenti.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...