Kini Keluarga Shasha Azira dan keluarga Adrian Raihan berada di hospital kuala lumpur.Pintu bilik Adrian Raihan di buka dari dalam dan keluarlah Datin Humairah.
Shasha Azira yang melihat Datin Humairah baru saja keluar dari bilik yang menempatkan suaminya lantas menuju kearah Datin Humairah.
''Mommy? Shasha dah boleh tengok Adrian ke?"Tanya Shasha Azira yang sudah tidak sabar.Raut wajah Datin Humairah kelihatan sedih.
"Mommy? Mommy okay tak ni? kenapa Mommy nampak sedih?"Tanya Shasha Azira yang perasan akan raut wajah ibu mertuanya yang kelihatan sedih.
"Shasha,Adrian.Adrian....."Datin Humairah memberhentikan kata-katanya lalu dia memandang ke bawah.
"Adrian kenapa Mairah? dia okaykan?"Celah Puan Aliya.Lalu Dato Hisyam yang baru saja keluar dari bilik yang menempatkan Adrian Raihan menuju ke arah Shasha Azira.
"Adrian...Adrian amnesia"Kata Dato Hisyam yang tidak sanggup memberitahu menantunya itu berkenaan Suami Shasha Azira sudah hilang ingatan.
"Apa?"Jantungnya bagai berhenti berdegup.Kakinya menjadi lemah dan sudah tidak mampu berdiri lama.Puan Aliya menekup mulutnya akibat terkejut.Shasha Azira memandang ke arah pintu masuk bilik tersebut.
Tanpa berfikir panjang,Shasha Azira merempuh masuk ke bilik tersebut.Mereka yang berada di sana terkejut dengan perbuatan Shasha Azira.
Adrian Raihan yang duduk di atas katil pesakit itu tersentak apabila muncul figura Shasha Azira.Adrian Raihan menjadi hairan dengan kehadiran Shasha Azira.
"Hu...hubby?"Kata Shasha Azira.Air matanya cuba di tahan agar tidak membasahi pipinya.
"Kau...siapa?"Tanya Adrian Raihan yang sudah tidak mengenali isterinya Shasha Azira.Shasha Azira perlahan-lahan mendekati Adrian Raihan.
"Hubby,Hubby ini Sayanglah.Isteri Hubby.Hubby tak ingat Sayang ke?"Kata Shasha Azira yang sudah mengalirkan air matanya.Adrian Raihan semakin bingung dengan kata-kata Shasha Azira.
"Kau siapa? dan aku dekat mana?"Tanya Adrian Raihan yang benar-benar tidak ingat walau sedikit pun.
"Hubby kat hospital.Hubby betul-betul tak ingat apa-apa ke?"Soal Shasha Azira pula.
"Kau kenal aku?"Ujar Adrian Raihan.Shasha Azira lantas mengangguk.
"Ya,Sayang isteri Hubby.Shasha Azira.Hubby,suami Sayang.Adrian Raihan"Terang Shasha Azira yang mencuba mengingatkan tentang status Adrian Raihan.
Adrian Raihan mencuba ingat kembali.Namun hampa apabila dia tidak ingat apa-apa langsung berkenaan dirinya mahupun Shasha Azira.Dia menggelengkan kepalanya.
"Saya tak ingat apa-apa langsung pasal awak atau pun saya"Kata Adrian Raihan lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Safiya? hubby tak ingat Safiya? anak kita"Sekali lagi Shasha Azira mencuba mengingatkan memori lama Adrian Raihan.Adrian Raihan memandang ke arah Shasha Azira semula.
"Maaf.Tapi saya langsung tak ingat"Kata Adrian Raihan lagi.Jujur dia tidak ingat apa-apa langsung berkenaan dirinya mahupun keluarganya sendiri.
Shasha Azira meraih kedua belah tangan suaminya.Adrian Raihan terkejut dengan perbuatan Shasha Azira itu.
"Even Hubby tak ingat apa-apa,Sayang nak Hubby tahu yang Hubby ialah suami Sayang dan Sayang ialah isteri Hubby.Sayang janji akan tolong Hubby ingat semula kenangan manis pahit yang kita lalui bersama"Ucap Shasha Azira yang ingin membantu Suaminya Adrian Raihan untuk memulihkan ingatannya semula.
Adrian Raihan bingung dengan situasi yang dialaminya sekarang ini.Betulkah apa yang dikatakan oleh wanita yang dihadapannya ini?Tangannya di tarik semula.
"Maaf,tapi saya tak kenal awak siapa.Dan saya tak tahu siapa saya"Kata Adrian Raihan.
Shasha Azira tersenyum hambar.Jantungnya bagi disiat dan hatinya bagai retak.Jujur dia amat sedih apabila mendengar kata-kata Suaminya itu.
YOU ARE READING
CINTA YANG KUBERIKAN:kerana cinta hadir dari hati yang ikhlas(TAMAT)
Short StoryAdrian Raihan bin Dato Hisyam Shah merupakan CEO kepada H.S Holdings yang terpaksa berkawin dengan anak kepada kawan Papanya Shasha Azira binti Sharul Rizal yang berkerja di sebuah Cafe. Bagi Adrian Raihan perkawinan itu hanya di atas kertas dan tia...