" Are you sure Maisarah akan bertunang dengan Amsyar? " soal Syazana dengan riaksi wajah yang terkejut.
" Ya. Sekarang ni kita nak buat apa? " soal Zamri sambil menahan marah terhadap Amsyar.
" Aku ada rancangan " kata Syazana sambil tersenyum sinis.
" apa rancangan kau? " soal Zamri.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
" Myra, kau okay tak ni? " soal Maisarah sambil menepuk bahu Myra yang sedang memikirkan sesuatu.
Myra tersedar dari lamunannya apabila bahunya ditepuk oleh Maisarah.
" kau okay tak ni aku tanya? " soal Maisarah lagi dengan riaksi wajah yang pelik apabila melihat Myra dari tadi hanya mendiamkan diri seperti tunggul.
" Maisarah, Zurin, kau ingat tak aku pernah cerita ada lelaki handsome tangan dia terkena gula-gula getah yang aku letak bawah kerusi makan tu? " soal Myra.
" yang mana ni? Aduh tak ingat la. Asal? " soal Zurin.
" alah, kau ingat tak yang aku selalu cerita tentang dia sebab aku crush kan dia dulu masa zaman sekolah. Aku selalu kata ' wieh aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. ' kau ingat tak? . Crush aku ada sorang je, takkan tak ingat? " jelas Myra lagi sambil mengeluh .
" ouh... Ha aku ingat. Lelaki yang kau jumpa dekat kedai makan tu kan? " soal Maisarah dengan yakinnya.
" ouh, lelaki handsome yang kau kata dia terkena gula-gula getah kau kan? Sebab kau malas nak buang, kau selit bawah kerusi. " soal Zurin pula.
" ha !! Ingat pon! " balas Myra.
" apa kena mengena dengan kau sekarang ni? " soal Maisarah.
" Dia boss aku !! " jawap Myra.
" seriously? " soal Maisarah dan Zurin secara setentak. Mata Maisarah membulat . Zurin pula menekup mulutnya.
" Ya.. Bukan tu je, dialah lelaki yang aku tolak masa dekat universiti dulu. Yang aku tolak dia depan orang ramai tu , sebab dia terlanggar aku. " jelas Myra lagi.
Muka Maisarah dan Zurin lagi sekali menjadi reaksi wajah terkejut.
" habis sekarang ni dia kenal kau la? " soal Zurin.
" haah. Aku sangka Dato' Jaafar tu pemilik syarikat, rupanya tu ayah dia. " kata Maisarah.
" dia ada marah kau ke? Sampai kau termenung je dari tadi. " soal Maisarah.
" dia tak delah marah. Tapi, dia ada kata sesuatu dekat aku sebelum aku keluar dari bilik dia. "
" cuba kau bagi tahu , apa dia kata dekat kau ? " soal Zurin.
Flashback.....
Taufiq pula bangun dari duduknya lalu berdiri di hadapan Myra untuk menghalang Myra meneruskan langkahnya.
" ya Allah " Myra terkejut apabila bossnya secara tiba-tiba berada di hadapannya. Myra mengeluh kecil. Nasiblah tidak langgar bossnya.
" boss ada apa-apa lagi ke? " soal Myra
" Saya masih ingat lagi awaklah perempuan yang letak gula-gula getah bawah kerusi meja makan saya. Saya takkan lupa semua tu. Saya nak ingatkan dekat awak yang saya takkan lepaskan awak " bisik Taufiq di telinga Myra.
Myra memandang bawah . Wajah Myra menjadi cuak apabila bossnya memberi tahunya dia adalah lelaki yang terkena gula-gula getah . Cetus hatinya berkata ' betul ke apa yang aku dengar ni? Orang yang aku tolak masa dekat universiti dengan orang yang tangan dia terkena gula-gula getah aku tu adalah orang yang sama ? . ' . Myra memandang bossnya semula. Melihat sahaja wajah bossnya terus dia perasankan sesuatu ' haah la orang yang sama. Kenapa aku tak perasan dari tadi? ' soal Myra dalam hatinya. Myra terus keluar dari bilik bossnya.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...