" Thanks for everything amsyar . Saya minta maaf atas segalanya . halalkan makan minum saya dan terima kasih atas kasih sayang yang palsu yang pernah awak berikan . " ucapnya sambil mencium tangan suaminya.
Cincin di jarinya di tanggalkan lalu dia meletakkan di tapak tangan Amsyar dengan perasaan hampa . " Assalamualaikum . " salamnya sebelum berlalu dari situ .
" Sayang " panggilan dari Amsyar sambil mengejar Maisarah.
Lantas Zamri menghalang Amsyar dari mengejar Maisarah. " Dah la Amsyar . Kau memang tak layak untuk dia. Sampai hati kau buat Maisarah macam ni . Kau ingat dia tak da perasaan ? . " ujar Zamri sambil memandang serius pada Amsyar.
" Zam , kau ketepilah ! . Kau ingat aku tak tahu pasal punca kematian Mak ayah Maisarah ? ! kau yang rancang semua tu kan !! " tengkingnya dengan perasaan marah .
" apa yang kau cakap ni ? " soal Zamri sambil menolak bahu Amsyar .
" Kau jangan nak pura-pura tak tahu la bodoh !! " ujarnya lagi dengan dingin. Habis merah muka Amsyar pada ketika itu. Perasaan marah usah dikatakan pasti tahap kemarahannya hampir hilang sabar.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
" Nadia !! " panggilan dari Zamri . panggilan itu berjaya menarik perhatian Nadia yang baru sahaja selesai solat. dia tersentak.
pintu bilik Nadia dikuak dengan kuatnya . Pandangan Maisarah tertumpu pada Zamri yang kini sedang memandang tajam ke arahnya . Zamri menuju ke arahnya dengan gesa. Sanggulnya di tarik dengan kuat sehingga Nadia meraung kesakitan.
" Awak , sakit ! sakit ! " raungnya sambil mengalirkan air mata.
" tahu pun sakit . kalau kau tak nak kena macam ni , kenapa kau buat !! " marahnya sambil menolak kepalanya . Nadia masih lagi menangis sambil memegang kepalanya.
" saya buat apa sampai awak buat saya macamni ? " soal Nadia sambil memandang suaminya .
" Kau buat apa kau tanya ? "
" Kau yang bagi tahu Amsyar pasal kematian Mak ayah Maisarah kan !? " soal Zamri dengan dingin .
Nadia terdiam .
" Kenapa kau diam ? " soal Zamri
" Memang kau yang bagi tahu kan !? "
" yes , memang saya yang bagi tahu Amsyar . Termasuklah semua rancangan awak untuk rampas Maisarah dari dia . ! " balas Nadia dengan perasaan marahnya . Sungguh dia tidak sanggup melihat kawannya tersiksa kerana perbuatan suaminya sendiri.
" Kurang hajar !! "
PANG !!! tamparan hinggap di pipi mulusnya . tidak cukup dengan itu , Zamri menolak isterinya sehingga terjatuh . perut isterinya di tendang kemudian dia mengambil tali pinggang kemudian dia melibas Nadia tanpa belah ihsan . Nadia hanya mampu meraung kesakitan , mengalirkan air mata dan tanggannya menghadang kepala dan mukanya agar tiada satu pukulan pun hinggap di bahagian kepala dan mukanya .
Zamri merengus geram kemudian tali pinggangnya dihempas dengan kuat.
" Bodoh punya perempuan !! . Kau ingat senang ke aku nak tdapatkan Maisarah tu dari Amsyar !? " soalnya dengan dingin.
" Awak , saya minta maaf . " sayunya sambil menangis .
" Pergi matilah dengan maaf kau tu ! " balas Zamri sambil mengatur langkah keluar dari bilik itu. Sungguh panas hatinya ketika itu. Habis rancangannya hampir hancur.
BAM!! bunyi pintu bilik Nadia di tutup dengan kuat.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...