" kita tidur rumah mama sehari dua lepas tu kita pindah rumah kita. Aku tak nak mama dengan papa tahu yang kita ada masalah. " ujar Amsyar sambil memandu keretanya.
" Okay.. " balas Maisarah sambil menundukkan pandangannya.
" bila kita dah pindah nanti, kau buat la hal kau sendiri. Tak payah nak sibuk hal aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun. Kau tak payah nak sibuk. Aku tak suka kau masuk campur hal aku " ujar Amsyar lagi sambil memandang serius pada Maisarah.
" kau dengar tak? " soal Amsyar.
" dengar " balas Maisarah sambil memandang luar melalui cermin kereta.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
Tuk! Tuk! Tuk! Bunyi ketukan pintu .
" Masuk " arah Taufiq.
" Ya boss, ada apa? " soal pembantunya.
" hari ni saya ada apa-apa mesyuarat tak? " soal Taufiq sambil menghadap skrin komputer.
" Tiada. " balas pekerja itu sambil menyemak buku catatan.
" ada apa-apa lagi ke tuan? Kalau tiada, saya keluar dulu " soal pekerja itu.
" tolong panggil Puan Myra Marsyanda " arah Taufiq.
" Baik tuan Taufiq "
Lantas pekerja itu melangkah keluar dari bilik kerja Taufiq.
Tuk! Tuk! Tuk!
" masuk " arah Myra sambil menyemak fail kerja.
" Ya . Ada apa? " soal Myra .
" Boss panggil Puan Myra "
Mukanya yang gembira itu terus menjadi tersenyum hambar.
" saya keluar dulu ya "
" ishhh mamat ni nak apa lagi? " soal Myra sambil mengetap gigi .
Lantas Myra melangkah meninggalkan bilik kerjanya dan bergegas ke bilik bossnya.
Myra mengetuk pintu bilik kerja Taufiq.
Tuk! Tuk! Tuk! Lantas pandangan Taufiq beralih ke arah Myra.
" Masuk dan duduk depan saya " arah Taufiq
Myra dengar saja arahan dari Taufiq. Dia menuju ke arah Taufiq. Kerusi di tarik kebelakangan sedikit lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang empuk itu.
" Ada apa - apa yang boss nak bincangkan dengan saya ke? " soal Myra.
" tiada. Cuma saya nak berborak dengan awak. " balas Taufiq sambil tersenyum nakal.
" Boss, saya bukan tak nak berborak dengan boss. Tapi saya ada banyak kerja yang perlu saya siapkan. Saya minta maaf sangat sangat. " jelas Myra sambil bangun dari duduknya.
" Myra Marsyanda ! "
Lantas Myra terdiam seketika apabila namanya di sebut dengan nada yang tegas.
" Duduk " arah Taufiq sambil memandang tajam ke arah Myra.
Myra ikut sahaja arahan dari Taufiq.
" Saya nak tanya berberapa soalan dengan awak. "
" Nak tanya apa? "
" awak pernah crushkan saya ke? " soal Taufiq sambil mengangkat keningnya .
Myra membulatkan matanya apabila Taufiq mengajukan soalan sebegitu. Dia mula berasa cemas. Nak saja dia keluar dari bilik itu. ' kenapa dia tanya soalan macam ni? ' soal Myra dalam hatinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/255914574-288-k679112.jpg)
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...