Bab 31: Gaduh

37 14 0
                                    

Maisarah memasuki biliknya semula selepas majlis selesai.  Sungguh dia penat walaupun hanya melayan tetamu yang hadir. Myra dan Zurin keluar dari bilik Maisarah .

Maisarah masih lagi berpakaian lengkap.  Belum sempat dia ingin membuka tudung,  seseorang memulas tombol pintu biliknya. Kelihatan tiga orang gadis di hadapnnya.

" Congratulation Maisarah.  Tak sangka kau boleh jadi tunang orang kaya. Tapi aku peliklah macam mana kau ni boleh jadi tunang Amsyar ?. OMG tak sesuai langsung. Nak kata cantik,  aku lagi cantik. By the way,  aku ada hadiah untuk kau. " kata Syazana sambil berdiri di hadapan Maisarah yang sedang duduk di birai katil.

Maisarah hanya mendiamkan diri.  Tak mahu dia bergaduh dengan tiga orang perempuan di hadapannya.

" ni dia hadiah kau " kata Syazana sambil menuangkan kuah sup di atas kepala Maisarah secara tiba-tiba. Syazana kelihatan puas hati dengan tindakannya itu.  Dua orang rakannya yang lain hanya tertawakan.

Mata Maisarah membulat. Maisarah hanya terkejut dan menahan marah.

" aku rasa tak cukup la . Apa kata kita tambah ni " cadang Bella sambil  menuangkan air sirap bandung di atas kepala Maisarah. 

Maisarah bangun dari duduknya lalu dia menolak Bella yang sedang berdiri di hadapannya.

" Hye !! .  suka hati kau je tolak kawan aku !" jerit Syazana sambil menarik tudung Maisarah.

Mereka berdua bergaduh . Manakala Bella hanya menahan kesakitan di punggungnya.

Seorang lelaki memulas tombol pintu bilik Maisarah . Lantas mereka berempat memandang lelaki itu. 

" Apa korang buat pada Maisarah ni hah !!?" jerkah lelaki itu.

Nisa' , Syazana dan Bella terkejut.  Maisarah hanya menahan kesakitan di perutnya apabila di tendang oleh Syazana tadi.

" Amsyar... You jangan salah sangka tau.  Maisarah ni yang tiba tiba tarik rambung I. " kata Syazana sambil menuju ke arah Amsyar.

" Amsyar,  you tengoklah perempuan kampung tu buat apa dengan rambut I.  Habis rosak. Bukan dia boleh ganti.  Rambut I ni , I buat mahal tau.  Mampu ke dia nak bayar.  I rasa perempuan kampung ni tak mampu bayar. " kata Syazana lagi sambil memeluk lengan Amsyar.

" Kau jangan nak hina tunang aku la perempuan.  Walaupun dia orang kampung,  tapi dia baik hati. Tak macam kau!! Hati busuk!! " jerkah Amsyar pada Syazana sambil meleraikan pelukan di lengannya itu.

" Apa hal ni bising bising?  " Soal Zurin sambil melangkah masuk bilik Maisarah.

Mata Myra tertumpu pada Maisarah.

" apa yang dah jadi ni?  . Ya Allah !! . Siapa yang buat kawan aku macam ni hah!!?  " Soal Myra sambil menuju ke arah Maisarah.

" Ni mesti kerja kau kan perempuan!!? " soal Zurin dengan dingin sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Syazana. 

Syazana dan dua orang  rakannya keluar dari bilik Maisarah .

" Maisarah,  awak okay? " soal Amsyar sambil duduk di sebelah Maisarah yang sedang terduduk di lantai kerana ditolak Syazana tadi.

" Saya okay.  Awak keluar lah dulu .   Jangan bagi tahu umi dan ayah okay " balas Maisara sambil melemparkan senyuman .

Amsyar hanya mengangguk tanda faham.  Lantas dia bangun dan melangkah keluar dari bilik milik Maisarah.

        ✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨

" Kau buat apa hah dengan Maisarah tadi pagi ?!! Sampai korang bergaduh " Soal Zamri dengan dingin.

DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔Where stories live. Discover now