" Masuklah. " jemput Amsyar pada Syazana. Syazana tersenyum malu melihat Amsyar.
Syazana melangkah masuk ke dalam rumah milik Amsyar dan Maisarah.
" so, kita nak buat dekat mana? " soal Syazana pada Amsyar yag sedang menutup pintu.
" kita buat dalam bilik kerja I " balas Amsyar sambil menunjukkan arah.
Selepas beberapa minit....
" Apa you ni, kita dah janji kan nak pergi tempat tu sama-sama. " ujar Syazana sambil membuat muka merajuk.
" suara siapa tu? " soal Maisarah yang sedang menekup telinganya di pintu bilik kerja Amsyar.
" saya dah janji kan, so nanti saya bawa la" balas Amsyar. Maisarah mula tidak sedap hati. Dia mengambil keputusan untuk membuka pintu itu. Tangannya memegang tombol pintu lalu dia memulas tombol pintu bilik itu. Matanya terbuntang luas melihat Syazana memeluk Amsyar dari belakang . Kedengaran pintu di buka itu membuatkan mata Amsyar dan Syazana tertumpu pada Maisarah.
Air matanya menitis ke pipi. " Awak buat apa ni? " soal Maisarah pada Amsyar dengan nada yang perlahan . Sungguh sakit hatinya saat melihat suaminya bergurau senda bersama perempuan lain. Tidak pernah dia melihat Amsyar menyentuh ataupun disentuh perempuan lain selain ibu dan dirinya.
Amsyar hanya memandang mata Maisarah dan mendiakan diri. Dia tidak berdaya mengatakan apa-apa " Maisarah tolong buatkan I air. " pinta Syazana.
" Korang sambunglah bergurau. Saya tak kisah. Mesti korang haus kan ? Nanti saya bawakan air. " ujar Maisarah sambil memandang mata Amsyar. Dia memusingkan badannya lalu dia melangkah keluar dari bilik itu.
Maisarah mengatur langkahnya menuju ke dapur dengan pantas. " Maisarah " panggilan dari Amsyar pada Maisarah.
" it's okay. I akan pujuk dia " ujar Syazana . Lantas Amsyar melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia terdiam. Syazana pula mengejar Maisarah.
Syazana mengatur langkahnya menuju ke arah Maisarah yang sedang membancuh air. Matanya tertancap ke arah mata Maisarah yang sedang menitiskan air matanya.
" Hisk.. Hisk... " tangisan kecil Maisarah seiring air mata jernihnya. Tangannya masih lagi mengacau air yang di minta Syazana.
" Maisarah, are you crying? " soal Syazana sambil memandang Maisarah yang sedang mengalirkan air mata kesedihannya.
" Hey, jangan menangis. " pujuk Syazana sambil memeluk bahu Maisarah. Maisarah tetap mendiamkan dirinya.
" Untuk apa kau datang sini? " soal Maisarah pada Syazana.
" Untuk kacau hidup kau. Seperti mana yang kau tahu, aku takkan lepaskan Amsyar. " .
" kesian aku tengok kau ni. Ada suami tapi macam tak da suami. Mak ayah pula dah mampos. " ujar Syazana lagi sambil memeluk tubuh. Perbuatan Maisarah terhenti lalu dia melepaskan sudu yang dipegang ke dalam gelas dan dia menghadap Syazana.
" Kau datang sini semata-mata untuk sakitkan hati aku, baik kau berambus lah. " ujar Maisarah sambil menahan perasaan marahnya pada Syazana.
" sekejap. Ni bukan rumah Amsyar ke? . Aku rasa kau tak da hak untuk halau aku melainkan Amsyar yang halau aku "
" Aku isteri dia. Rumah ni, rumaha ku dan dia " tegas Maisarah sambil memandang tajam ke arah Syazana.
" Amsyar ada anggap kau sebagai isteri ke? . Aku rasa tak da. Maksudnya, kau tak berhak pun untuk halau aku. " balas Syazana.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...