Bab 27 : LAMARAN

43 14 8
                                    

Maisarah terdiam. Cetus hatinya tertanya pada diri nya.. ' kenapa aku tak fikir semua ni? ' .

" Ya Allah apa yang aku dah buat ni.  Kenapa aku tak fikir semua tu? " soal Maisarah pada Myra dan Zurin.

" Aku dengan Zurin pon tak terfikir.  Kalau Zali dengan Amsyar tak cerita,  aku dengan Zurin pun tak tahu.  " balas Myra.

Maisarah menitiskan air matanya sambil  menekup mulutnya . Dia rasa sangat bersalah pada Amsyar kerana banyak sangat dia bersangka buruk pada Amsyar.

" aku nak jumpa Amsyar .. Aku nak jumpa dia sekarang..  Aku nak minta maaf pada dia. Aku banyak sangat buruk sangka pada dia. Aku nak minta maaf pada dia. " kata Maisarah sambil menitiskan air mata .

" Saya dah lama maafkan awak " sebuah suara berbisik padanya dari belakangnya. sungguh dia tidak perasan dengan kehadiran Amsyar dan Zali itu . Air mata Maisarah diseka lalu dia memandang ke belakang . Kelihatan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang handsome,  penampilan yang kemas dan bergaya. Amsyar mengenakan baju kod hitam.

" Maisarah, aku minta maaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Maisarah, aku minta maaf..  Aku yang salah dalam hal ni.  Aku tak sengaja sakitkan hati kau.  Aku betul-betul sayang dan cintakan kau.  Aku tak pernah cintakan sesiapa pun selain kau.  Aku harap sangat kau terima maafkan aku. Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau sejak zaman sekolah lagi. " jelas Amsyar lagi.

" aku yang sepatutnya minta maaf dekat kau. Aku  langsung tak beri kau ruang untuk terangkan semua ni. Aku harap kau maafkan aku.  " rayu Maisarah sambil menatap wajah milik Amsyar.

" Kau tak pernah buat salah pada aku Maisarah . " balas Amsyar.

" Misarah kau masih suka dan cintakan aku tak?  " soal Amsyar.

Maisarah hanya mendiamkan diri.  Malu untuk membuat pengakuan. Lantas dia menundukkan pandangannya.  Amsyar menyelukkan tangannya kedalam kocek kodnya  lalu mengeluarkan cincin yang dibeli tadi. Lantas dia melutut di hadapan Maisarah.

" Maisarah Nasuha Binti Rusli,  sudikah awak menjadi suri hati saya buat selamanya?  "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Maisarah Nasuha Binti Rusli,  sudikah awak menjadi suri hati saya buat selamanya?  " . Soal Amsyar sambil memandang Maisarah yang terkejut dengan tindakan Amsyar itu. 

DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔Where stories live. Discover now