Bam!! Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
Maisarah berdiri di belakang pintu biliknya sambil mengalirkan air mata kesedihannya. Sungguh dia tidak sangka Amsyar menuduhnya dia ada hubungan bersama Zaid tanpa usul periksa.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
Jarum jam menunjukkan pukul satu pagi.
Ting tong! Ting tong ! Bunyi loceng rumah Dato' Kamarul dan Datin Maryam.
Datin Maryam dan Dato' Kamarul tersedar dari tidurnya.
" Siapa yang datang malam-malam ni? " soal Dato' Kamarul.
" mana saya tahu " balas Datin Maryam.
Datin Maryam dan Dato' Kamarul menuruni anak tangga dan bergegas ke arah pintu rumahnya.
Datin Maryam membuka pagar rumahnya manakala Dato' Kamarul membuka pintu utama rumahnya.
" Kita dekat mana ni sayang? " soal Zamri dengan keadaan mabuk.
" dekat rumah mummy dengan daddy you la " balas Lusy sambil memapah Zamri yang masih dalam keadaan khayal.
" kenapa hantar I balik sini? . Aduh nanti mummy dengan Dady I bising lah " keluh Zamri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu .
" Astafirullah'alazim " ucap Dato' Kamarul apabila melihat keadaan Zamri itu.
Datin Maryam menyambut anaknya yang mabuk itu sambil menahan bau arak .
" Terima kasih ye " ucap Dato' Kamarul pada lusy.
" sama-sama. Lusy balik dulu ya " balas Lusy. Lusy menuju ke arah keretanya semula , lalu beredar dari perkarangan Dato' Kamarul.
" Nak jadi apa kamu ni Zam ? " soal Dato' Kamarul pada zamri dengan perasaan geram dan marah.
" kamu tahu tak, Nadia tu risaukan kamu. Dia call daddy dengan mummy tanya Zam ada dekat sini ke tak. Kenapa Zam buat Nadia macam ni hah?! . Siapa perempuan tadi tu? Daddy tak suka Zam pergi kelab malam lepastu enjoy dengan perempuan yang seksi macam tu. " marah Dato' Kamarul pada Zamri dengan dingin.
Datin Maryam membaringkan Zamri di atas sofa. Tak larat dia ingin memapah anaknya sehingga ke bilik dengan keadaan sebegitu.
" kamu tak kesian ke dekat Nadia ? . Dia tu isteri kamu tau. Kamu kena ingat apa tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap isterinya. " sambung Dato' Kamarul sambil berdiri di hadapan Zamri.
" Daddy, boleh tak diam? Zam mengantuk la. Please, berhenti membebel. " arah Zamri sambil menekap telinganya .
" tengok anak awak ni. Saya dah pesan banyak kali pada awak jangan bagi dia keluar malam. Tapi awak degil. Tengok, apa yang dah terjadi pada anak kesayangan awak ni? " soal Dato' Kamarul denagn dingin. Datin Maryam hanya menundukkan pandangannya.
" saya nak awak nasihatkan dia cukup-cukup . Kalau tidak, saya sendiri yang akan ambil tindakan . " arah Dato' Kamarul.
Dato' Kamarul mengangkat kaki meninggalkan isterinya dan anaknya di ruang tamu.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
Jarum jam menunjukkan pukul dua pagi. Nadia tersedar dari tidurnya. Badannya terasa sakit kerana tidur di sofa yang terletak di ruang tamu. Dia memicit bahunya sedikit. Matanya tertumpu pada jam rumahnya.
" Mana Zam ni? " soal Nadia.
Nadia membuka skrin telefonnya lalu membuka mesej daripada ibu mertuanya iaitu Datin Maryam.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
عاطفيةNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...