BAB 24 : RASA DIPERMAINKAN

57 15 2
                                    

Selepas beberapa saat Amsyar membaca mesej itu. Dia teringat yang dia lunch bersama Syazana .

" aku luch dengan Zali. " balas Amsyar.

" betul ni?  Kau dengan zali je? " soalnya lagi.

" Ha...  Aku dengan Zali je " balas Amsyar dengan rasa bersalah..

Myra masih tidak berpuas hati. Dia menghantar ketiga-tiga gambar yang Maisarah dapat tadi pada Amsyar..

" So,  tiga gambar dekat atas tu edit ke? " soal Myra yang saja ingin membuat Amsyar rasa takut.

Amsyar terkejut apabila melihat gambar itu .
' Siapa yang ambil gambar aku dengan Syazana ni?  Macam mana Maisarah boleh dapat?  ' soal Amsyar.

Amsyar mendail nombor Maisarah. Dia berasa tidak sedap hati selepas melihat gambar tersebut.

Myra mengangkat panggilan tersebut.

" Okay..  Biar aku jelas kan pasal gambar tu. " kata Amsyar selepas Myra mengngkat panggilannya itu.

" Kau nak explain apa Amsyar? " Soal myra sambil menahan marah.  Dia menoleh ke arah Maisarah yang sedang menangis teresak-esak . Sungguh kesian dia melihat keadaan Maisarah itu.

" Myra ke ni? .. Myra tolong bagi phone ni pada Maisarah.  Aku nak cakap dengan dia..  Tolonglah myra. " rayu Amsyar.

Zurin merampas telefon Maisarah dari Myra " Kau nak apa sebenarnya dari Maisarah?  ... Kau tahu tak,  yang kau ni dah bagi dia harapan palsu. Kau tahu kan yang Maisarah tu cintakan kau, tapi kau sanggup buat dia macam ni! .. Lelaki jenis apa kau ni ?!! " jerkah Zurin .

" Zurin...  Tolonglah..  Aku nak cakap dengan Maisarah. " rayu Amsyar.

Zurin memandang Maisarah dan dia bertanya " Kau nak ke cakap dengan dia? "

Maisarah hanya menggelengkan kepalanya sambil mengesat air mata di pipinya.  Zurin mematikan panggilan itu.

Amsyar pula  hanya menyalahkan dirinya dari tadi. Sungguh dia menyesal melayani Syazana..

" Maisarah,  aku minta maaf " rayu Amsyar sambil mengusutkan rambutnya.

' Macam mana aku nak bagi tahu perkara sebenar pada dia?  ' soal Amsyar dalam hatinya.

Pada masa yang sama.....

" Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? " soal Maisarah sambil mengeluarkan air mata sehingga teresak-esak.

" Sabar la Maisarah..  Aku faham perasaan kau..  Dah la buat apa ka  nak menangis sebab dia..  " pujuk Zurin yang sedang duduk di sampingnya.

         ✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨

Suasana yang gelap . Tempat itu hanya diterangi dengan lampu club malam. Dua orang gadis berpakaian seksi sedang duduk sambil tersenyum bahagia. 

" Wie Syazana ...  Kau rasa apa perempuan tu rasa bila dia dapat gambar gambar tu ? Dia percaya ke gambar-gambar tu?  " soal Bella .

" of course dia percaya sebab dia nampak depan mata dia and paling penting dia akan benci Amsyar sebab dia sangka Amsyar tu mainkan perasaan dia. " balas Syazana sambil tersenyum bahagia .

" So sad.. " balas Bella sambil tertawa.

" Dia tak layak untuk amsyar.. Dia tak de apa yang aku ada .Dia orang KAMPUNG " kata Syazana sambil membelai rambutnya.

" Betul tu..  Ada hati nak bercinta dengan anak dato' ? Sorry la wie.  Memang tak sepadan.  " sokong Bella .

Seorang lelaki hampiri Syazana dan dia terus memeluk Syazana dari belakang.

DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔Where stories live. Discover now