BAB 56 : DEMI KEBAHAGIAAN

132 14 3
                                    

" Saya rindu dengan umi dan ayah " ujar Maisarah sambil memandang Amsyar yang sedang melihat telefon. Mukanya sedikit muram. Rindu akan ibu dan ayahnya . Amsyar memandang Maisarah .

" Sayang, sini dengan abang " arahnya sambil menepuk katil. Maisarah menuruti sahaja arahan Amsyar. Lantas dia mengatur langkahnya menuju ke arah suaminya. Maisarah melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya di atas katil.

" Hujung minggu ni kita balik kampung Okay. Kita lawat kubur arwah umi dan ayah sekali. " Ujar Amsyar sambil memegang kedua-dua tangan isterinya.

" Okay " balas Maisarah.

" Dah, jangan sedih lagi. Semuanya akan baik-baik saja. Saya sentiasa ada dengan awak. " ujarnya lagi sambil memandang sayu ke arah isterinya. Sungguh dia berasa kasihan pada isterinya . Sudah la semasa ibu dan ayah Maisarah meninggal dia langsung tidak peduli akan perasaan isterinya. Setiap hari Maisarah menangis dan menanggung rindu akan ibu dan ayahnya.

" Dah, tidur. " arah Amsyar sambil membetulkan kedudukan bantal.

Ting!! Bunyi pemberitahuan whatsapp. Lantas pandangan Amsyar beralih ke arah telefonnya yang berada di atas meja yang tidak jauh dari katilnya.

Amsyar mengambil telefonnya lalu d ok a melihat nama Syazana terpampang di skrin telefon. Tangannya lincah membuka mesej yang di hantar oleh Syazana.

SYAZANA : Amsyar call I sekarang.

Amsyar mengimbas kembali pesanan Zurin.
Flashback....

" Tolong pujuk Maisarah. Tolong pujuk dia untuk terima aku balik. Aku sayang dia. Aku tak sanggup hilang dia. " rayu Amsyar .

" boleh, tapi ada syarat. Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Syazana . Selagi kau ada hubungan dengan Syazana, selagi tu masalah kau dengan Maisarah takkan selesai" ujar Zurin.

.........

AMSYAR : Saya busy ni.

Tipu Amsyar. Malas dirinya hendak melayani Syazana.

SYAZANA : Please Amsyar.

AMSYAR : Boleh tapi sekejap saja .

" mesej sapa tu " soal Maisarah pada Amsyar .

" kawan kerja " balas Amsayar .

" Ouh " balas maisarah sambil menganggukkan kepalanya.

Amsyar bangun dari duduknya kemudian dia keluar dari bilik itu lalu menuju ke arah ruang tamu. Maisarah mengikuti langkah Amsyar secara senyap . setiba Maisarah di tangga , dia menghentikan langkahnya .

" Saya rasa tak jadi kut kita nak keluar berdua besok . lagipun saya baru berbaik dengan Maisarah. " ujar Amsyar dalam panggilan itu.

" berdua ? " soal Maisarah dengan nada yang perlahan.

Amsyar mematikan panggilan itu . lantas Maisarah bergegas beredar dari situ.

✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨



Dini hari. Maisarah membancuh air kopi di dalam teko . Didalam fikirannya masih lagi bermain dengan penuh tanda tanya tentang soal semalam.

" siapa sebenarnya yang dia telefon semalam ? . " soalnya . Maisarah mengluh kecil .

" Good morning sayang ! " ucap Amsyar sambil melabuhkan punggungnnya di atas kerusi meja makan.

" Good Mornig husband " ucap Maisarah sambil mengukirkan senyuman ke arah suaminya.

" hari ni saya balik awal. awak nak saya masak makan malam dekat rumah tak ? " soal Maisarah sambil memandang suaminya yang sedang minum secawan kopi.

DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔Where stories live. Discover now