" mama, mama masih marahkan Amsyar ke? " soal Maisarah yang kini berda di sisi Datin Haliza. Matanya memandang Datin Haliza yang kini sedang menundukkan pandangannya.
" Mestilah mama masih marah pada dia. Mama tak sangka dia buat macam ni pada Maisarah. Mama malu dengan perangai anak mama " balasnya sambil memandang langit yang dihiasi bintang yang bercahaya.
Maisarah mencapai tangan Datin Haliza . Kemudian dia menatap wajah Datin Haliza yang kini sedang memandang dirinya. " mama, maafkanlah Amsyar. Maisarah yakin Amsyar takkan ulangi kesilapan dia yang lalu. " mohon Maisarah.
Datin Haliza mengeluh kecil. " Mama akan maafkan Amsyar kalau dia dah berbaik dengan Maisarah " ujarnya .
Di meja makan. Maisarah melabuhkan punggungnya di sebelah Amsyar . Manakala Datin Haliza duduk berhadapan dengan Amsyar. Amsyar memandang Maisarah lalu dia bertanya " sayang nak makan apa? " .
" Tak kisah. " balas Maisarah sambil mengukirkan senyuman pada suaminya. Amsyar tersenyum melihat isterinya mula tersenyum padanya. Sungguh dia berasa lega. Amsyar meringankan tangannya mengambil lauk untuk isteri tercinta. Dato' Halim dan Datin Haliza yang melihat perlakuan anaknya itu mula tersenyum.
" terima kasih " ucap Maisarah pada Amsyar .
Seusai makan malam selama 30 minit sambil berborak , Amsyar bangun dari duduknya lalu menuju ke sinki dapur sambil membawa pinggan dan mangkuk. Sedang dia membilas pinggan, Maisarah muncul dari belakang sambil membawa cawan yang perlu di basuh.
" Biarlah saya buat semua ni. Awak pergi masuk bilik , lepastu pergi rehat. " arah Maisarah sambil mengambil span dan pinggan yang dipegang oleh Amsyar.
" tak pa. Biar saya basuh " balas Amsyar sambil mengambil semula pinggan dan span yang diambil oleh Maisarah.
Maisarah terdiam. Dia memerhatikan wajah suaminya dengan penuh perasaan cinta tanpa ada perasaan marah dan benci.
Seusai Amsyar membasuh cawan yang di bawa oleh Maisarah, dia memusingkan badannya lalu menghadap isterinya . Maisarah mengalihkan pandangannya. Lantas Amsyar menggenggam erat tangan Maisarah. Maisarah masih lagi memandang ke arah lain.
Amsyar memeluk tubuh kecil Maisarah dari belakang kemudian dia meletakkan dagunya di bahu Maisarah. Maisarah terdiam seolah-oleh tidak boleh bergerak.
" Ini pelukan pertama saya pada awak. Saya minta maaf sebab selama ni saya tak pernah beri kasih sayang saya pada awak selama kita jadi suami isteri. " ujar Amsyar.
Maisarah meleraikan pelukan itu. Kemudian dia memusingkan badannya lalu menghadap Amsyar sambil tangan kanan memegang bahu suaminya dan tapak tangan kirinya di bidang sasa suaminya . Dia mengukirkan senyumannya pada Amsyar.
" kita cakap dalam bilik okay. Saya tak nak mama dengan papa dengar " ujar Maisarah.
" Okay " . Lantas mereka berdua mengatur langkah ke arah bilik mereka. Amsyar memimpin tangan Maisarah dengan erat sekali. Maisarah memeluk lengan milik suaminya.
Amsyar memulas tombol pintu bilik kemudian dia melangkah masuk manakal Maisarah pula masih berdiri di muka pintu . Amsyar berdiri di samping katil kemudian dia mengarah Maisarah menuju ke arahnya dengan memberi isyarat menghulur tangan . Maisarah mengikuti sahaja apa yang di arah Amsyar.
Setiba dia di hadapan Amsyar , Maisarah memandang bawah sambil memainkan jari jemarinya.
" Hey, are you nervous? " soal Amsyar sambil tersenyum melihat wajah isterinya. Maisarah mengangguk dengan perlahan .
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...