Bab 33 : AKU MINTA MAAF

35 15 4
                                    

" Wie,  tu bukan Syazana ke? . Perempuan tu buat apa duduk semeja dengan Amsyar? " soal Zurin sambil memandang tidak puas hati.

Maisarah, Myra dan Zurin tiba di meja yang Amsyar dan Syazana duduk. Lantas Amsyar yang perasan dengan kehadiaran Maisarah dan rakan-rakannya itu bangun dari duduknya.

" Duduklah Maisarah " ujar Amsyar setelah menarik sebuah kerusi di sebelah kerusi Amsyar.

Maisarah yang sedang masam mencuka itu hanya mengikuti sahaja arahan Amsyar itu. Begitu juga Myra dan Zurin , mereka melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Syazana.

" Ada apa awak ajak saya makan dekat sini?   " soal Maisarah sambil menahan perasaan geram pada Syazana.

" Kita nak lunch la. " balas Amsyar .

" Kalau macam tu,  saya dengan Myra,  Zurin makan tempat lain lah.  " ujar Maisarah sambil bangun dari duduknya.

"  Maisarah,  I nak minta maaf pada you.  " kata Syazana .

Lantas Maisarah memandang ke arah Syazana.

" Awak duduk dulu.  Lepas makan , saya nak cakap sikit dengan awak. "

✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨

Di rumah banglo milik Datin Haliza dan Dato' Halim . Datin Maryam dan Datin Zurah sedang rancak berbual di ruang tamu.

" Datin Maryam,  Saya dengar anak Datin dah nak kahwin . Betul ke? " soal Datin  Haliza sambil meletakkan air di atas meja .

" Haah.  Insyaallah hujung bulan ni.  " balas Datin Maryam sambil tersenyum bahagia.

" Dengan siapa? " Soal Datin Haliza lagi.

" Dengan anak I la " balas Datin Zurah.

Lantas mata Datin Haliza membulat.  Sungguh dia terkejut dengan balas yang diberi oleh Datin Zurah.

" serius la? Congratulations..  Dah nak jadi besan la korang berdua ni.  "

" Nampaknya macam tu lah.  " balas Datin Maryam.

" Anak you bila pulah Datin Haliza? " Soal Datin Zurah.

" Insyaallah tahun ni.  Bila tu tak tahu lagi .  " balas Datin Haliza sambil melabuhkan punggungnya di sofa single.

" I nak tanya you ni Datin Haliza.  Siapa bakal menantu you? " soal Datin Maryam.

" Bukan sesiapa pun bakal menantu saya.  Dia kawan Amsyar sejak sekolah menengah lagi.  Tak silap saya,  dia pun pernah berkawan dengan  anak you,  Zamri.  Mesti Zamri kenal . " balas Datin Haliza sambil menunjukan gambar di telefonnya.

Apabila Datin Maryam melihat gambar  cetus hatinya berkata ' ni bukan perempuan yang anak aku tergila-gilakan tu ke? . Kalau betul tu perempuan yang aku sangkakan, bagus juga dia kahwin dengan Amsyar dari anak aku.  '

" Macam orang kampung je bakal menantu you ni Datin Haliza . Tapi cantik orangnya.  " ujar Datin Zurah sambil melihat penampilan Maisarah di gambar yang Datin Haliza tunjukkan.

" Memang orang kampung pun.  Sopan santun orangnya.  Pandai hormat orang tua pula tu . Sama macam anak you tau , Datin Zurah " balas Datin Haliza. 

" Datin Maryam,  you kenal ke bakal menantu I ni?  Dari tadi you pandang gambar tu semacam je " soal Datin Haliza.

Datin Maryam memulangkan semula telefon milik Datin Haliza lantas dia membalas

" Kenal. Pernah la jumpa dekat fesyen show . Dalam hujung tahun lepas. Nama dia Maisarah tak silap I.  " balas Datin Maryam.

" Ouh..  Datin pun pergi ke fesyen show tu?. " soal Datin Haliza.

DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔Where stories live. Discover now