Suasana yang riuh rendah itu memecahkan kesunyian kawasan sekolah . Perasaan sedih dirasakan kerana cuti sekolah akan tiba... Ada yang gembira kerana inilah saat yang ditunggu-tunggukan bagi mereka yang gemar bercuti sekolah . Tapi tidak bagi tiga sekawan ini , yang terdiri daripada Maisarah, Zurin dan Myra.
" Myra ! Maisarah ! Sini kejap " panggilan zurin yang sedang berdiri di sebelah meja makanan sambil mengunyah ayam goreng yang dibawa oleh rakan sekelasnya.
Maisarah dan Myra yang sedang menjamu selera terhenti seketika apabila mendengar sebuah suara yang memanggil namanya. Maisarah memandang Zurin yang sedang memandang mereka berdua . Maisarah mengangkat kepala tanda ada apa. Zurin hanya mengerutkan dahinya sambil memuncungkan mulutnya.
Sifat malas menguasai Maisarah dan Myra . Lantas Maisarah terus memanggil Zurin sambil mengerut dahi. "Sinilah zurin! Kitorang tengah makan ni.. " . Zurin menuju ke arah myra dan maisarah sambil menghabiskan kunyahan didalm mulutnya..
" buruknya perangai anak dara ni!! Kalau makan tu duduk . Tak elok makan berdiri tau . Berdosa. Nanti Allah mar-" .. Tidak sempat lagi Maisarah menghabiskan leterhannya , Myra memotong. Myra terus sahaja menyambung apa yang maisarah ingin katakan
" Dah Maisarah . Kalau nak tunggu kau habis membebel sampai besok pon tak habis. Ada apa ni Zurin ? " . hihihihi ketawa kecil zurin. Manakala Maisarah hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya.
" aku nak tanya, korang cuti ni nak gi mana-mana ke?.. Kalau takde jom la kita pusing-pusing kampung.. Aku pergi holiday seminggu je, sebab ayah aku tak dapat cuti lama. " pertanyaan Zurin sambil menepuk bahu Maisarah .
Maisarah menjawap" aku pergi rumah atok aku cuti ni.. Dua minggu je tak silap, sebab ayah aku pon ada kerja.. Kalau nak pergi pusing kampung aku okay jek. Kau myra macam mana? "..
" Aku ikut korang je, kalau nak pergi pusing-pusing kampung aku boleh ikut . Tapi , tunggu lah aku balik holiday dari Langkawi dulu. "
" kalau macam tu, nnti korang bagi tahu aku bila korang free. Kalau semua free, kita keluar sama-sama. " kata Zurin sambil mengambil kerusi yang berhampiran dengannya.
slurpp... Slurpp Bunyi sedutan bihun sup... " wah, berselera kau makan Zali!.. Kau tak nak jumpa Zurin ke? Kan hari ni last day sekolah. " kata Amsyar sambil menepuk belakang badan Zali.
Uhuk! Uhuk!.. Bunyi batuk Zali kerana terkejut secara tiba-tiba ada orang menepuk belakang badannya.. " ishh kau ni Amsyar.. Nasib la tak tersempur kuah sup ni.. " jawap Zali sambil memandang tidak puas hati..
" lerk argh... Ni kau nak jumpa Zurin tak?.. Kalau kau nak jumpa, aku nak teman " pertanyaan Amsyar sambil memegang bahu Zali.
" ha ... Okey.. "
Seorang pelajar pengawas lelaki berbaju kemeja biru dan berseluar hitam datang mendekati Maisarah dan kawan - kawannya. Dia anak kepada Dato' Kamarul dan Datin Maryam . Dia juga mempunyai seorang adik yang bernama Hanis . Hanis dan abangnya tinggal bersama ibu sedaranya di kampung. Ayah dan ibunya sebuk berkerja di syarikat yang baru sahaja dibuka di Kuala Lumpur . Secara tiba-tiba pelajar lelaki itu berkata " alah , mesti lepas ni aku sunyikan sebab tak dengar ketawa korang lagi.. " .
" eleh bukan kau selalu marah kitorang ke Zamri? Ye la kitorang ni kan kalau ketawa tak boleh cover " jawap Zurin .
" betul tu. " myra juga menyokong kata kata Zurin itu...
" alah korang ni, tu pon nak ambil hati.. " kata Zamri sambil berdiri di sebelah Maisarah .
" dah tanggungjawab dia nak buat macam mana " ujar Maisarah untuk menyebelahi Zamri itupun kerana dia memahami tanggungjawab Zamri sebagai pengawas.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
RomanceNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...