Tuk.. Tuk.. Tuk... Ketukan pintu bilik pejabat Amsyar.
"Masuk... " kata Amsyar sambil menyemak fail kerjanya.
" assalamualaikum tuan Amsyar " Sapa dari Zamri sambil menuju ke arah meja Amsyar.
" Erhh Zam.. Awal kau sampai. Bukan kita meeting lagi setengah jam ke? " soal Amsyar sambil bangun dari duduknya.
" Saja... Lagi pun aku nak borak dengan kau sekejap. " balas Zamri.
" duduk lah dulu. " kata Amsyar sambil menuju ke ruang sofa. Lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
Zamri terus melangkah menuju ke arah Amsyar. Tiba di sofa single, lantas dia melabuhkan punggungnya.
" Kau nak borakkan apa dia? " soal Amsyar sambil memegang secawan kopi di hadapannya yang baru sahaja di hantar oleh kak Syima.
" Pasal kau bertunang dengan Maisarah lah. Kau ni tak de angin, tak de ribut alih - alih kau dah bertunang dengan dia. Sejak bila kau bercinta dengan dia? " soal Zamri sambil meletakkan fail yang di bawanya ke atas meja di hadapannya.
" Nak buat macam mana kalau dah jodoh kan. Lagi pun aku dah lama minat Maisarah. Sejak kita sekolah menengah lagi aku dah suka dia " terang Amsyar.
Dengar saja penerangan Amsyar, cetus hatinya ' Jodoh? ... Dia bukan untuk kau Amsyar. '
" By the way aku nak bagi kad jemputan majlis perkahwinan aku dengan menantu pilihan mummy aku. " kata Zamri sambil menghulurkan kad jemputan majlis perkahwinannya.
Amsyar tersenyum lebar. Tidak sangka kawannya dah nak kahwin. Lebih awal dari dirinya pula tu.
" serius la wie? " soal Amsyar sambil ketawa.
" Ya.. Aku serius la ni. Kau jangan bagi tahu Maisarah pula. Aku nak bagi tahu dia sendiri. " balas Zamri membuat riaksi wajah gembira.
" Kau ni lagi lah pelik. Alih - alih dah nak kahwin dah. Bila masa pula kau ni jadi seorang pencinta wanita ni Zam? " soal Amsyar.
" Baru je.. Ni pun sebab mummy aku paksa tau. Kalau tak, memang tak kahwin la aku " jelas Zamri.
Selepas 35 minit mereka berbual di bilik pejabat milik Amsyar, mereka bangun dari duduknya lalu terus melangkah meninggalkan bilik itu dan terus bergegas ke bilik mesyuarat.
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
" Amsyar!! " panggilan dari seorang wanita sambil menuju ke arah Amsyar.
Amsyar menoleh ke belakang dan matanya tertumpu pada wajah milik seseorang perempuan yang dia amat kenali. Sungguh dia berasa malas ingin melayan perempuan itu. Dia memusingkan badannya lalu meneruskan langkahnya.
" Amsyar.. Tunggu sekejap la " kata perempuan itu.
" kau nak apa lagi Syazana? " soal Amsyar sambil memandang serius pada Syazana.
" jom kita lunch sama sama. Saya nak cakap sikit dengan awak. " balas Syazana.
" Cakap je la apa dia? "
" pleass. Kali ni je " rayu Syazana.
" Okay.. Kita bual dekat Restaurant depan tu " balas Amsyar .
✨⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️[🌟]⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️✨
" Zam, thank you sebab terima kahwin dengan saya . " kata Nadia sambil melihat Zamri sedang minum kopi.
YOU ARE READING
DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
Roman d'amourNo6 #romance first karya Amsyar lelaki yang dia cintai dari zaman sekolah sehinggalah mereka berjaya membina istana cinta.. tetap disebabkan orang ketiga semuanya hancur sekelip mata.. Maisarah- gadis kampung , seorang pereka fesyen dan baik hati. A...