2 minggu dah berlalu sejak Carl sertai mereka. Dia sekarang sibuk menyiapkan sut yang dia dah rancang nak berikan kepada Boboiboy dan kawan-kawannya. Para saintis dan doktor di stesen tu kagum sebab budak berumur 11 tahun mempunyai IQ yang sangat tinggi. Mereka juga kagum dengan projek sut yang dia berikan. Mereka segera membantu untuk menyiapkan sut tu dengan harapan yang ianya berfungsi.
Boboiboy dan kumpulannya dipanggil ke makmal tempat Carl bekerja. Ianya sebuah makmal yang besar berwarna putih dan biru dan ada banyak bilik. Mereka berlima menuju ke bilik yang menempatkan Carl dan ciptaan terbarunya.
Kelihatan Carl sangat khusyuk menaip di komputer. Boboiboy menegurnya.
Boboiboy: Carl.
Carl: Eh,abang Boboiboy! Korang! Hai.
Yaya: Ada apa Carl kami dipanggil?
Carl: Oh ya. Kami ada siapkan sut tempur untuk abang dan akak semua. Tapi setakat ni untuk abang-abang dulu.
Boboiboy: Baguslah tu. Di mana?
Carl: Kejap.
Carl pergi ke rak yang menempatkan pelbagai gajet dan alat dan mengambil tiga alat berbentuk bulat. Dia berikan alat tu kepada Boboiboy,Gopal dan Fang.
Carl: Mari ke arena.
SKIP TIME
Mereka berada di arena untuk mencuba sut tempur yang dicipta Carl.
Carl: Caranya senang. Tekan butang yang ada pada alat tu.
Mereka bertiga menekan butang tu. Serentak itu,badan mereka diselubungi partikel yang membentuk sut tempur yang canggih.
(Macam tu tapi abaikan topeng,corak sesawang dan tanda lelabah tu.)
Mereka kini memakai sut mengikut warna masing-masing. Boboiboy warna oren,Fang warna ungu dan Gopal warna hijau.
Boboiboy: Woah! Terbaiklah Carl!
Gopal: Hebatlah sut ni.
Ying: Tapikan,apa kelebihan sut ni?
Carl: Kelebihannya,mulakan.
Kelihatan Amato dan K.Kaizo berada jauh dari mereka dengan beberapa barang.
Amato: Okey.
Amato membaling sebuah bom. Bom tu mengena mereka bertiga.
Yaya: Korang!
Asap berkepulan dan lantai tu retak. Bila asap tu hilang,mereka bertiga tak cedera sikit pun.
Boboiboy: Eh? Tak cedera?
Gopal: Kuat betul sut ni.
Carl: Bukan itu saja.
K.Kaizo mengambil alat penyembur api dan menyembur mereka.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ARK DIMENSION
FantasyBoboiboy dan rakan dipanggil ke galaksi untuk misi terbesar dalam hidup mereka K.Kokoci: Kamu semua kena selamatkan dimensi kita! Musuh dan sahabat lama turut dipanggil untuk menyelamatkan dunia. L.Tarung: Mereka adalah sekutu kita. Musuh lama kini...