57#:SANTA STORY(1)

132 14 4
                                    

Sekarang kita lihat apa yang salah seorang S-class kita buat. Di sebuah planet mati yang terletak di sektor berbahaya,kelihatan sebuah kota yang ditinggalkan berada di situ. Dan seorang(?) hantu merayau di sekitar kota tersebut.

Santa: .....

Santa,S-class rank ke-19 dan juga merupakan ahli kumpulan yang pernah menjadi lagenda. Santa berada di planet ni untuk mencari maklumat mengenai kumpulannya.

Santa: Tempat ni memang kena teruk.

Santa berjalan sehingga dia ternampak sesuatu terbang melepasi dirinya.

Santa: "Apa tu?"

Santa memandang benda yang terbang tadi. Ia nampak macam serangga berwarna merah.

Santa: "Serangga?"

Tiba-tiba,muncul kawanan serangga di sekelilingnya dan muncul seseorang yang Santa kenal.

Santa: Bug God,Kareeva.

Kareeva: Jadi,musuh lama aku.

Santa halakan tangannya dan letupkan Kareeva. Tetapi,badannya pulih dengan bantuan serangga kawalannya.

Kareeva: Kau ni.....bagilah aku habis cakap dulu.

Santa: Buat apa? Kau musuh aku. Sejak kejadian tu.

Kareeva: Cerita lama,tak payahlah nak ungkit.

Santa: Apa yang kau nak?

Kareeva: Takde. Cuma....nak tengok kau.

Kareeva mengarahkan serangannya menyerang Santa. Santa mengeluarkan bebola api dan campakkan pada serangga yang mendekatinya. Kemudian dia terbang ke arah Kareeva dan menolaknya dengan poltergeist. Kareeva bertukar menjadi serangga dan menyamar di sebalik serangganya.

Santa: Main sorok-sorok pulak.

Santa meletupkan mana-mana serangga yang dia nampak. Kareeva muncul di belakangnya secara mengejut dengan pedang serangga.

Santa: Hah?!

Kareeva: Bug Slash!!

Libasan pedang tersebut memotong bangunan di hadapan Santa sampai hancur. Manakala Santa tak cedera kerana dia hantu.

Kareeva: Badan kau tembus ya?

Santa campak bebola ais kepadanya tetapi Kareeva terbang untuk elak serangan tersebut.

Santa: Oi.

Kareeva: Hm?

Santa: Macam mana kau buat tu?

Kareeva: Buat apa?

Santa: Pedang tu. Setahu aku,kau cuma boleh kawal serangga dan lawan dengan tangan kosong. Macam mana?

Kareeva memerhatikan tangannya sebelum senyum sinis.

Kareeva: Benda ni? Ada seseorang tolong aku.

Santa: Siapa?

Kareeva: Krax.

Keadaan sekeliling bergegar. Benda mula terapung termasuk bangunan lama di situ. Angin kencang berkumpul di sekitar Santa dan badannya terapung. Santa memandang Kareeva tajam.

Santa: Apa. Yang. Kau. Buat?

Kareeva: Marah ke?

Santa menyerang dengan ribut taufan dan beberapa bangunan. Dia mengunci pergerakan Kareeva dan menghalakan semuanya kepadanya.

Kareeva: Esper?!

Serangan tersebut agak kejam. Habis badan Kareeva di pulas dan dicarik oleh angin dan batuan kecil. Sebaik saja Santa memberhentikan serangan tu,kawanan serangga datang dan membawa Kareeva pergi. Santa hanya membiarkan saja mereka.

BOBOIBOY: ARK DIMENSIONWhere stories live. Discover now