45#:SENJATA DAN KUASA

195 19 12
                                    

Jokertu: Adeh....

Semua penjenayah yang dilarikan oleh Boboiboy dan Gigirgirl kini sedang menjalani latihan dari neraka untuk jadi lebih kuat. Boboiboy yang latih mereka. Lebih kepada perlawanan berat sebelah.

Boboiboy: Itu je?

Gijimo: Kau sedar tak ada yang tak kuat antara kitorang? Adeh....

Boboiboy: Tahu. Jadi untuk korang yang pakar dalam benda lain selain lawan,korang akan kerja dengan kami.

Juggernaut: Kau dah hilang akal ke apa?! Kitorang ni penjenayah!

Boboiboy: Aku tak kisah korang penjenayah ke pedagang ke pembunuhan ke korang akan kerja dengan kami. Kalau ada yang tak puas..

Dia keluarkan duri beracun dari tangannya.

Boboiboy: Aku boleh uruskan.

Dari puluhan ribu penjenayah yang ada,seramai 7000 penjenayah tak nak bekerja dengan mereka. Jadi mereka dicampak masuk ke penjara. Yang nak bekerja pula diberi tempat tinggal dan kemudahan untuk hidup. Yang pakar dalam pembinaan dan pembangunan, mereka dibahagi kepada tiga. Kajian senjata,penyelidikan kimia dan sains dan pembangunan ketenteraan. Ada jugak yang kerja biasa macam pengawal atau tukang masak.

Borara: Apa yang aku nampak ni?

Kelihatan penjenayah yang berbadan tegap berlatih menjadi rekrut baru mereka.

L.Tarung: Haih....apa nak jadi dengan orang muda sekarang?

Gigirgirl: Sebenarnya kami ada tujuan buat macam ni.

Skrin bilik mesyuarat menunjukkan logo tangan merah memegang tangan kuning. Dan ia dikelilingi oleh bulatan hijau.

Boboiboy: Siapa kenal lambang ni?

K.Kaizo: Ini....lambang....

Adudu: Ini bukan lambang Starship Corp ke?

Starship Corp,merupakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan di rata-rata planet. Mereka syarikat yang menawarkan bantuan dan perkhidmatan untuk semua perkara dari bantuan kewangan hingga ke bantuan ketenteraan.

L.Tarung: Kenapa kamu tunjukkan benda ni?

Mereka berdua senyum je. Yang lain masih blur mengapa tetapi Carl dan Danny faham apa yang dimaksudkan.

Carl: Syarikat ni...korang punya?

Gigirgirl: Betul tu~

Mereka semua anime fall kecuali Carl dan Danny.

Gopal: Korang biar betul?!!

Boboiboy mengeluarkan beberapa helai surat dan apungkan semua surat tu untuk mereka baca.

Yaya: Kecemerlangan dalam bantuan kehidupan,sijil penghargaan,syarikat dermawan...

Macam-macam lagilah. Mereka terbeliak mata membaca surat tu semua. Boboiboy dan Gigirgirl kembang hidung.

Fang: Macam mana korang-

Boboiboy: Masa korang berlatih untuk beberapa tahun,masa tulah kitorang bangunkan syarikat ni. Lagipun kita perlukan bantuan kewangan.

Yaya: Tapi...takpe korang buat macam ni? Tak tercemar nama?

Gigirgirl: Kitorang tak kisah sangat. Lagipun cuba fikir. Kalau Pakatan nak tangkap kita,kita ada back up.

Boboiboy: Pertama,pemimpin planet yang tinggal di sini. Kedua,syarikat yang tak pernah menimbulkan masalah dan pengguna akan memilih mereka yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kadar yang memuaskan berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.

BOBOIBOY: ARK DIMENSIONWhere stories live. Discover now