Segalanya bermula dalam perjalanan Boboiboy untuk balik ke rumah di Kuala Lumpur. Masa telah dihentikan dan Boboiboy ditangkap. Dia dibawa ke sebuah institusi penyelidikan di planet Atata Tiga. Mereka menempatkan Boboiboy dengan seorang perempuan yang merupakan kembar kandungnya,Gigirgirl.
Sepanjang mereka berada di sana, mereka dijadikan bahan uji kaji dan menghadapi seksaan kalau gagal. Pernah sekali,mereka tak diberi makan selama 4 hari.
Badan mereka akan diklon dan klon yang terhasil memiliki memori badan asal. Mereka dijadikan tikus makmal, mainan untuk ketua mereka dan untuk mengumpul data tentang keabadian.
Yamato merupakan ketua penyelidikan tersebut. Dia menjalankan eksperimen untuk mencari cara untuk hidup selamanya melalui eksperimen Boboiboy dan Gigirgirl. Dia merupakan genius yang membuat teori semua kuasa boleh dimasukkan ke dalam badan melalui personaliti berganda dan tubuh yang tiada bentuk tetap.
Satu hari,pekerja baru bernama Lucy datang berjumpa dengan Boboiboy dan Gigirgirl di sel kurungan mereka.
Lucy: Selamat pagi. Nama saya Lucy dan saya bertanggungjawab terhadap kamu berdua.
Mereka berdua memandang Lucy dengan pandangan kosong. Mata mereka menunjukkan yang mereka dah tak sanggup lagi,cuma nak mati.
Lucy: Baiklah,semua nampak baik.
Lucy berjalan ke arah sel mereka dan duduk menghadap mereka.
Lucy: Sebenarnya,saya...kesian tengok kamu berdua. Jadi mangsa. Saya faham perasaan tu.
Lucy membuka kot makmal menunjukkan nombor yang berada pada perutnya.
Lucy: Sebenarnya,saya hampir mati sebab penyakit. Tapi bos yang selamatkan saya. Jadi saya tak ada pilihan selain membantunya untuk balas budinya.
Mereka berdua memandang Lucy dengan pandangan tak percaya.
Lucy: Dia memang ganas,tapi dia ada kebaikan juga. Kalau tak,kita mungkin takkan berjumpa.
Seseorang masuk ke dalam sel tersebut dan berjumpa dengan Lucy.
Adam: Kita kena pergi. Kita ada banyak lagi eksperimen nak dibuat.
Lucy bangun dan berjalan ke pintu keluar.
Boboiboy: Kenapa..
Lucy memandang mereka.
Boboiboy: Kenapa....tolong dia?
Lucy tak menjawab soalan tu. Dia hanya beredar dari situ.
Seminggu kemudian,Lucy ditugaskan untuk menjaga mereka berdua bersama Adam.
Adam: Kesian betul.
Lucy: Ya. Tapi kita tak boleh nak buat apa.
Mereka berdua memandang Boboiboy dan Gigirgirl yang berbaring di hadapan mereka. Adam mendekati mereka.
Adam: Hei,nak tengok silap mata?
Adam mengeluarkan gambar bunga tulip.
Adam: Tengok.
Adam lipat gambar tu dan bila dia tiup gambar tu,bunga tulip tadi muncul.
Adam: Menarik kan?
Mereka berdua memandang Adam seketika kemudian berpusing membelakangi mereka. Adam hanya mengeluh dan berjalan menghampiri Lucy.
Lucy: Berdasarkan kajian,dah beberapa klon dihasilkan tapi setakat ni takde perkembangan lain.
Adam: Mungkin ada sesuatu kita terlepas pandang.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ARK DIMENSION
FantasyBoboiboy dan rakan dipanggil ke galaksi untuk misi terbesar dalam hidup mereka K.Kokoci: Kamu semua kena selamatkan dimensi kita! Musuh dan sahabat lama turut dipanggil untuk menyelamatkan dunia. L.Tarung: Mereka adalah sekutu kita. Musuh lama kini...