Boboiboy: Serius lah?
Boboiboy dan geng dia berada di planet Rakka,planet yang dipimpin oleh raja haiwan bernama Tyler. Mereka berlima berada di sana bersama L.Tarung atas arahan Amato.
FLASHBACK
S-class berada di bilik mesyuarat untuk berbincang tentang misi terbaru mereka.
Amato: Baiklah,kita ada misi dan misi ni memerlukan enam individu.
Borara: Misi apa tu?
Amato: Sebenarnya,kita dapat isyarat dari sebuah planet untuk bertemu dengan Tarung.
L.Tarung: Aku?
Amato: Ya. Aku tak tahu nak mula dari mana tapi kau kena pergi ke sana. Ada peminat nak jumpa.
L.Tarung: Heh. Aku ada peminat?
Amato: Kau kena pergi jugak. Dan saya nak lima dari kamu semua ikut Tarung ke sana. Saya dah tentukan siapa yang akan ikut.
FLASHBACK END
Boboiboy: Tak sangka kan?
Gopal: Betul tu.
Planet Rakka,planet yang didiami oleh demi-human. Semua penduduk di situ,semuanya demi-human. Ada yang bertangan enam,ada yang ada ekor dan telinga kucing,ada yang berbadan sasa dan macam-macam lagi.
Fang: Tak pernah aku ke sini. Planet didiami demi-human?
Yaya: Kesimpulannya,penduduk planet ni alien humanoid kan?
Fang: Haah. Tapi ini kali pertama aku berada di planet ni.
Gopal:Korang!!
Mereka tengok Gopal tengah menghendap seorang awek berambut panjang,telinga dan ekor musang dan bergigi taring.
Gopal: Ini memang membahagiakan!
Terus,kepalanya dihempap batu dan berbenjol. Dia diheret Boboiboy dan yang lain menuju ke tempat yang ditetapkan.
Boboiboy: Kita nak pergi mana Fang?
Fang: Ikut maklumat,kita kena ke istana untuk bertemu dengan raja.
Mereka berjalan menuju ke istana. Bila mereka sampai,mereka jawdrop berjemaah.
Yaya: Apakah...?
Istana tu tak nampak macam istana tapi lebih kepada taman. Bangunan di tengah taman seluas mata memandang. Pokok yang berbagai bentuk,warna dan jenis berada di taman tersebut dengan pekebun menguruskan taman. Terdapat air pancut di tengah taman bercorak singa berwarna emas dan sekumpulan pengawal di hadapan bangunan tersebut.
Boboiboy: Sini ke?
Fang: Ikut maklumat,memang sini tempatnya.
Mereka masuk ke dalam taman tersebut. Salah seorang pekebun bernama Suzy menghampiri mereka.
Suzy: Kamu semua ni siapa?
Fang: Kami diminta untuk bertemu K.Tyler.
Suzy: Ah,tuanku. Baiklah.
Suzy menunduk sedikit dan membisikkan sesuatu kepada mereka.
Suzy: Hari ni panas.
Fang: Tapi matahari dilindungi awan.
Suzy: Kata laluan diterima.
Suzy membuat isyarat membenarkan mereka masuk. Pengawal di hadapan bangunan tersebut membuka pintu untuk mereka. Fang berjalan menuju masuk ke dalam bangunan tersebut diikuti Boboiboy,Yaya,Gopal dan Ying. Mereka berjalan terus menuju ke bilik raja.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ARK DIMENSION
FantastikBoboiboy dan rakan dipanggil ke galaksi untuk misi terbesar dalam hidup mereka K.Kokoci: Kamu semua kena selamatkan dimensi kita! Musuh dan sahabat lama turut dipanggil untuk menyelamatkan dunia. L.Tarung: Mereka adalah sekutu kita. Musuh lama kini...