#9:KEHIDUPAN DUNIA LAIN

467 40 15
                                    

Mereka dah balik ke stesen bersama bangkai makhluk tu. Geng Boboiboy dan geng alien berehat sementara Carl dan pakar yang lain membedah siasat makhluk tu.

Boboiboy dan yang lain berada di ruang tamu,berehat sambil makan biskut coklat dan vanila milkshake. Bukan biskut Yaya ya.

Boboiboy: Korang rasa,makhluk apa yang serang Gopal tu?

Fang: Entah. Sepanjang aku berada kat angkasa,ni kali pertama aku nampak cyborg macam ni.

Gopal: Tapi,aku tak rasa itu cyborg.

Boboiboy: Kenapa? Kan dah terang yang makhluk tu ada mesin dalam badan dia.

Gopal: Itu maksud aku. Cyborg sepatutnya gabungan mesin dengan benda hidup tapi makhluk tu tak nampak macam cyborg.

Ying: Sebab kuasa kau berkesan ke atasnya?

Yaya: Kalau macam tu,kita tunggu K.Kaizo panggil kita kalau mereka jumpa apa-apa.

SKIP TIME

Kesokkannya,mereka berada di makmal milik Carl. Geng Boboiboy dan geng alien.

Carl: Saya dan pakar yang lain dah jalankan pembedahan ke atas makhluk tu.

Adudu: Jadi?

Carl: Makhluk tu bukan cyborg macam yang kamu semua fikir.

Gopal: Yes! Aku dah kata dah!

Boboiboy: Yelah Gopal.

Carl: Mengikut kajian,cyborg sepatutnya adalah gabungan antara organisma dengan mesin. Tapi,makhluk ni bukan macam tu.

Ejojo: Kenapa?

Carl: Daripada apa yang kami dapati, makhluk tu merupakan gabungan organisma dengan mesin SEJAK KELAHIRAN.

Mereka semua terkedu. Sejak kelahiran? Maksudnya makhluk tu dilahirkan macam tu?

Carl: Dan mengikut kajian,sel makhluk tu bersambung dengan mesin bermakna ia dilahirkan menjadi cyborg semula jadi.

Adudu: Tapi,kan mustahil untuk lahirkan cyborg?

Carl: Ya. Kalau ianya cyborg biasa.

Carl membuka komputernya dan menaip. Seketika,dia menunjukkan gambar makhluk tu.

Carl: Kami dapati yang struktur makhluk tu adalah biasa dari luaran tapi sangat kompleks dari dalaman. Jadi,kami memanggil maklhuk ini...

Complex Unidentified Living Organism a.k.a C.U.L.O.

Suasana bilik tu menjadi tegang.

Carl: Saya akan buat beberapa kajian terhadap makhluk ni dengan pakar yang lain. Sementara itu-

'Perhatian. Boboiboy dan pasukannya sila ke bilik mesyuarat sekarang.'

Boboiboy: Kita dipanggi lagi.

Borara: Ni mesti sebab makhluk ni.

Boboiboy: Jomlah.

Mereka semua pergi meninggalkan Carl dan menuju ke bilik mesyuarat.

SKIP TIME

Mereka dah tiba dan dapati Amato,Felix,K.Kaizo,K.Kokoci dan L.Tarung berada di situ.

Boboiboy: L.Tarung? K.Kokoci? Apa yang kamu berdua buat kat sini?

L.Tarung: Saya dengar yang misi kalini lain dari biasa. Saya nak ikut.

K.Kokoci: Aku kat sini sebab ikut L.Tarung.

Amato: Mereka berdua akan ikut serta dalam misi ni. Duduk dulu.

Mereka semua duduk sebelum mulakan perbincangan.

BOBOIBOY: ARK DIMENSIONWhere stories live. Discover now